Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 24, 2012

BALAK OH BALAK..!!! AZIZAN TAU ROMPAK BALAK SAJA..YANG LAIN TAK TAU..!!!


http://dukeofumno.blogspot.com/

Agak menarik untuk mengikuti perkembangan pertadbiran dan perlaksanaan dasar Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tidak dilaksanakan tanpa menghiraukan ketetapan perundangan dan sekaligus tidak dibuat dengan cara Islam, khususnya mengenai aktiviti pembalakan.

Sebagaimana maklum, Islam itu mengutamakan sistem perundangan sebagaimana yang dijelaskan melalui ajaran Rasulullah SAW bahawa Islam itu adalah agama undang-undang dan patuh pada sistem yang melambangkan tamadun manusia itu.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Namun, lain halnya dengan Menteri Besar Kedah dan Kerajaan PAS Kedah yang bertindak dengan cara tidak bertamadun dan mengingkari ketetapan prosedur perundangan aktiviti pembalakan di negeri Jelapang Padi itu.

Di Kedah, Hutan Simpan Kekal Gunung Inas merupakan kawasan hutan yang dipelihara kehijauannya dan ketika pentadbiran BN dulu, aktiviti pembalakan yang dijalankan di situ dikawal ketat oleh Kerajaan Negeri,  Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak berwajib yang lain.

Di situ, hanya balak yang matang saja ditebang dan jumlah balaknya sangat terhad bergantung kepada saiz balak yang dibenarkan undang-undang sahaja.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitu juga dengan Hutan Simpan Kekal Pedu yang merupakan kawasan hutan tadahan air yang begitu kaya dengan pokok-pokok balak bernilai tinggi dan tidak pernah disentuh oleh 8 Menteri Besar dan Kerajaan BN Kedah sejak merdeka.
Namun malang, setelah PAS mentadbir Kedah, kedua-dua hutan warisan rakyat itu “dibotakkan” selicin-licinnya oleh rejim Azizan Razak dan konco-konconya dengan berselindung di sebalik “Ladang Sejahtera”.
Dalam ertikata lain, mereka gondolkan hutan-hutan simpan itu selicin-licinnya tanpa membiarkan sebatang pokok pun. Pokok kecil atau besar, habis ditarahnya.

Akibatnya, Lata Celak yang menjadi lokasi pelancongan di kaki Gunung Inas terjejas teruk dan tidak lagi menjadi lokasi pilihan. Ia tercemar teruk, mati tidak berpengunjung dan airnya yang dulu jernih diiktiraf antara yang paling bersih di Malaysia telah menjadi keruh serta tidak selamat.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitu juga kawasan hutan simpan di Pedu yang menjadi punca sumber bekalan air bersih dan
Dikatakankan bahawa konsesi-konsesi balak diagih kepada syarikat-syarikat kroni secara “direct nego” dan tidak melalui tender terbuka sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Menurut fakta, Azizan telah melibatkan kawasan seluas 15,000 hektar kawasan hutan, termasuk hutan-hutan simpan kekal di Kedah, untuk dijadikan Ladang Sejahtera. Dalam ertikata lain, 15,000 hektar itu akan diratakan tanpa sebarang pokok dan kemudian akan dijadikan ladang getah.

Padahal, Ladang Sejahtera itu hanyalah alasan untuk “merompak” kekayaaan hutan Kedah yang tidak disentuh dan dikawal dengan baik oleh Kerajaan BN Kedah sebelumnya.

Ia adalah satu usaha Kerajaan PAS Negeri Kedah untuk menjana pendapatan memandangkan mereka gagal untuk menarik pelabur masuk ke negeri itu dan membawa pembangunan ekonomi sebagaimana BN dahulu.

http://dukeofumno.blogspot.com/
 
Paling sadis, Azizan memberikan kuasa penuh kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) untuk melaksanakan projek Ladang Sejahtera itu dan bersikap lepas tangan selain memberi kepercayaan penuh kepada CEO dan Exco lantikannya menguruskan segalanya.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Azizan tidak tahu apa-apa mengenai cara perlaksanaannya dan dia begitu mudah ditipu kononnya perlaksanaan projek itu mengikut prosedur dan kehendak perundangan. Padahal, PMBKed tidak mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Pegawai Perhutanan Negeri, laporan jabatan yang diberikan kepada PMBKed sebenarnya menolak projek tersebut dan menurut Pengarah JAS Negeri, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan EIA dari tahun 2008.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Namun, CEO PMBKed cuba memperbodohkan Azizan dan para media dengan mengemukakan buku tebal yang kononnya “kelulusan EIA”, padahal terang-terang di buku tersebut tertulis “buku cadangan”! Apakah CEO itu begitu tolol untuk membezakan antara “kelulusan” dan “cadangan”?

Kerana itulah JAS mengeluarkan notis mengarahkan aktiviti pembalakan di Gunung Inas dihentikan serta merta sehingga kajian dan kelulusan EIA dikeluarkan. Namun Azizan degil dan mahu projek tersebut diteruskan juga.

http://dukeofumno.blogspot.com/

Begitulah keadaannya perihal aktiviti pembalakan di Kedah yang tidak dikawal dan dilakukan secara ikut suka hati seolah-olah hutan-hutan di negeri ini hak milik mak bapak mereka. Sudahlah Kedah tidak memiliki hutan yang banyak, tapi yang sedikit itu pun mahu ditarah PAS Kedah hingga licin!

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir semua rakyat di kawasan terbabit sedar dan sudah bangkit menentang projek tersebut, namun Azizan terus memekakkan telinga. Mungkin Azizan terpaksa berbuat demikian demi mengisi dana PRU ke-13 tidak lama lagi? Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

tak tau..tak tau..tak tau.. bukan aku
tak tau..tak tau..dia kut..!!

Anonymous said...

tak tau..tak..tak tau..tak tau...
bukan aku..tak tau..tak tau..dia yg buat kut..!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!