Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 29, 2012

AIKKK..??? TOLONG LA BAGI BONUS KAT MAHFUZ JUGAKKK..!!! NANTI DIA MENANGIS PULAKKK...!!!

ALHAMDULILLAH, majoriti rakyat Malaysia khususnya para penjawat awam dan golongan pesara bersyukur kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkan kepada mereka di bulan Ramadhan Al-Mubarak melalui bonus yang diberikan melalui Kerajaan BN.

Rata-ratanya bersyukur kerana Malaysia dikurniakan sebuah kerajaan yang prihatin dan cukup membantu, khususnya umat Islam yang memerlukan perbelanjaan lebih menjelang persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

Yang tak bersyukurnya ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, yang cukup terkenal dengan kedunguan dan kedangkalan pemikiran.

Terbaru, Mahfuz mengkritik pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 yang diberikan kepada kakitangan awam dan golongan pesara kerajaan yang bakal diterima pada 9 Ogos ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menuduh bahawa pemberian itu tidak menyelesaikan masalah rakyat yang kesempitan hidup dan bonus tersebut adalah untuk menutup mulut rakyat.

Mahfuz juga cuba mencetus spekulasi kononnya pemberian bonus tersebut akan disusuli dengan kenaikan harga barang yang kemudiaannya akan menyulitkan lagi kehidupan rakyat di negara ini.
Persoalannya, apakah Mahfuz tahu apa erti bonus?

Sebenarnya, Mahfuz perlu tahu bahawa bonus itu bermaksud pemberian majikan kepada kakitangannya atas sumbangan mereka melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja mereka dan pemberian tersebut adalah “optional” serta terpulang kepada majikan untuk diberikan atau tidak.

Jelas dan terang sekali bahawa pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai pemberian bonus itu adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan awam dan pesara atas sumbangan mereka di dalam perkhidmatan kepada kerajaan sebelum ini.

Mahfuz juga perlu tahu tentang erti keikhlasan dan penghargaan yang diberikan melalui bonus tersebut dan betapa besar nilainya kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan. Mereka tidak kaya raya seperti Mahfuz dan jumlah RM500 itu besar ertinya pada mereka…

Mengenai kesempitan hidup, rasanya tiada siapa pun yang suka hidup mereka sempit. Namun Mahfuz perlu percaya bahawa rezeki setiap makhluk Allah itu sudah tersurat sejak azali lagi. Ada yang miskin rezeki dan ada pula yang kaya.

Untuk pengetahuan Mahfuz, sekiranya kerajaan memberikan sebanyak RM10 juta pada seorang individu yang miskin, belum tentu dia akan menjadi kaya sekiranya Allah tidak izinkan. Begitu juga jika kerajaan memberikan RM1 kepada orang kaya, belum tentu orang kaya itu akan miskin.

Jadi, kesempitan hidup adalah berpunca dari rezeki yang ditetapkan Allah dan pemberian bonus tersebut adalah sebagai satu usaha meringankan beban mereka-mereka yang kurang pendapatannya agar mereka menikmati Ramadhan dan Aidilfitri dengan lebih sempurna.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis “pancing” kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kakitangan awam dan pesara melalui pelbagai program dan peluang-peluang pekerjaan, serta skim persaraan yang munasabah.

Justeru itu, tiada salahnya pemberian bonus tersebut yang bertujuan untuk meringankan beban kakitangan awam dan pesara. Hanya Mahfuz saja yang suka memutar belitkan fakta dan memburuk-burukkan kebaikan yang kerajaan lakukan.

Mengenai kenaikan harga barang, rasanya Mahfuz tidak perlu risau. Perdana Menteri sudah menyediakan “payung sebelum hujan, perahu sebelum banjir”.

Mahfuz pernah dengar nama “Kedai Rakyat 1Malaysia” atau KR1M? Kedai yang menawarkan barangan murah, berpatutan dan berkualiti yang diburuk-burukkan Pakatan Haram sebelum ini? Pernah dengar?

Justeru itu, Mahfuz tak perlu gusar. Rakyat di negara ini bijak memilih untuk membeli-belah di kedai yang dijamin harga rendah itu dan harga-harganya sememangnya dikawal kerajaan. Mungkin saudara mara Mahfuz ramai yang membeli-belah di KR1M…

Apa yang perlu ialah Mahfuz sewajarnya memuji tindakan kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, itu saja. Tidak perlulah memutar belit perkara yang hak semata-mata kerana politik murahan PAS.

Kalau kerajaan BN lakukan sesuatu yang baik, sewajarnya Mahfuz puji. Barulah nanti rakyat akan melihat Mahfuz sebagai seorang yang bijak dan membelakangkan politik demi kepentingan rakyat. Itu pun Mahfuz tak boleh fikir? Memang sah Mahfuz rendah IQ…

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

agak2 masa si mahfuz tu bukak mulut dan bersuara dia pakai otak atau kepala lutut..mungkin jugak kepala yg dlm seluar tu kot...tu yg asyik buat statement busuk jer....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!