Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 1, 2012

WOI NIZAR..!!! MANA PEGI 16 BUAH CAMRY TUUU..???!!!

camry nizar

Nizar Jamaluddin sememangnya terkenal dengan sikapnya yang suka menderhaka kepada DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu di negara ini. Sudah memang begitu sifat azalinya, mana mungkin dia meninggalkan sikap kurang ajarnya itu.

Sebagaimana maklum, baru-baru ini Nizar yang dikatakan suka membawa lilin di dalam poketnya telah bertindak kurang sopan dan boleh dikategorikan sebagai menderhaka terhadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Di dalam twitternya, kenyataan Nizar yang jelas menyindir, mengkritik pedas, cuba mencetus persepsi negatif rakyat terhadap Baginda Sultan dan seolah-seolah sengaja mencara “pasal” dengan Istana Johor mengenai pembelian nombor pendaftaran kenderaan, WWW 1.

Kata Nizar, wang tersebut dibazirkan oleh DYMM Sultan Johor dan sepatutnya digunakan untuk keperluan rakyat. Banyak juga dia mengomel di twitter, tapi saya enggan menyiarkan kata-kata busuknya itu di sini.

Namun seperti dijangka, Istana Johor bukanlah serendah IQ Nizar dan tidaklah bodoh seperti “puppet” Ngeh dan Nga itu. Anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail pantas membela ayahandanya dengan menjelaskan bahawa wang yang digunakan untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan itu bukanlah bersumberkan dari duit rakyat.

Malah, Tengku Ismail menegaskan bahawa wang tersebut adalah dari Istana Johor sepenuhnya dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak, termasuk Kerajaan BN Negeri Johor.
Pedas dan tepat di dahi “komunis” itu. Syabas Tuanku!

Apa yang Nizar perlu tahu bahawa wang sebanyak RM520,000 itu adalah dari pihak Istana Johor sepenuhnya dan ia seolah-olah kurniaan DYMM Sultan Johor buat rakyat di seluruh Malaysia.

Wang tersebut akan dibayar kepada sebuah Jabatan Kerajaan dan ia akan digunakan bagi memenuhi keperluan rakyat dan tidak pun dibazirkan kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Nizar.

Nizar perlu diingatkan tentang 16 buah Toyota Camry yang dibelinya dengan menggunakan duit rakyat ketika dia menjadi Menteri Besar Perak. Tidak sampai setahun, kereta-kereta itu telah dijual kembali dengan harga “second hand” yang jauh lebih rendah!

Masih ingat lagi AGS 10, AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606?

Cantik benar nombor-nombornya, bukan? Berapa harga yang dibida Nizar? Mengapa tidak ada angka 44? Sebab masyarakat Cina menganggap nombor itu “mati” dan membawa sial? Mungkin kerana tidak memilih nombor itu maka Nizar “disialkan” dari kerusi Menteri Besar?

Mana perginya kesemua kenderaan-kenderaan mewah itu? Sudahlah “dikapurkan” duit rakyat Perak, tanah di negeri itu pula cuba diserahkan sehingga 999 tahun kepada warisan komunis sehingga memurkakan DYMM Sultan Perak! Orang Melayu pun tak ada yang diberi tanah selama 999 tahun secara percuma. Tapi Nizar nak beri pula?

Pada saya, Nizar adalah pengkhianat Melayu dan penderhaka tegar kepada DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu di era ini. Mujurlah dia hidup di zaman ini. Kalau dia hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka, rasanya sudah lama dia dibunuh Laksmana Tun Tuah.

Tapi, Nizar itulah juga yang disayang puak-puak PAS di Perak. Kononnya Nizarlah “nyawa”, Nizarlah “payung”. Mereka tidak sedar bahawa Nizar itu sebenarnya “mangkuk bertingkat yang berayun-ayun”!

Seharusnya Nizar beri pengajaran atas sikap kurang ajarnya itu. Jika seorang rakyat Thailand boleh dihukum kerana menghina Raja Thai di internet, mengapa pula undang-undang di Malaysia tidak boleh menghukum dan memberi pengajaran kepada orang seperti Nizar?

Sebutkan siapa pemimpin Pakatan Haram yang cuba membelanya? Kalau berani bela, belalah! Dengan yang membela itu pun akan disumbat ke penjara nanti. Kalau Pakatan Haram bela Nizar, jelaslah bahawa nasib Institusi DiRaja berada dihujung tanduk jika mereka memerintah nanti.

Orang macam itu pun rakyat nak sokong lagi? Tolonglah fikir secara waras dan logik sikit…

Sumber: Klik sini

1 comment:

Danny said...

Ketua Pengarah JPJ memang ada kuasa untuk bagi nombor kepada mana-mana pemimpin. Tapi secara moralnya memang tak sepatutlah.

Nizar kena jawab, sekiranya dia dapat nombor-nombor berkenaan secara peruntukan. Bayangkan nombor-nombor berkenaan sekiranya ditender dah tentu memberi pulangan kepada hasil negara.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!