Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 25, 2012

WAJIB BACA..!!! CIRI-CIRI "WINNABLE CANDIDATE" MENURUT ISLAM..!!!

Kepada sesiapa yang rasa dirinya "winnable candidate", aku rasa WAJIB baca artikel ni yang memberikan ciri-ciri calon IMNO-BN yang terbaik pada PRU ke-13 kali ini...

Maknanya, kalau rasa ciri-ciri tu tak ada pada diri korang, tak payah la berangan nak bertanding nanti...heh!

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk,
kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin berbudi,
Pertama elok, kedua pandai.

Ciri-ciri pemimpin yang baik digambarkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)”. (Surah Al-Qasas :6)

Semestinya individu itu terdiri daripada kalangan orang Islam, kuat iman dan jasmaninya, amanah, berintegriti dan beradab.

Mudah sahaja, Islam memberi dua patah kata sebagai kriteria yakni ‘kuat’ dan ‘amanah’, maka selesai semua masalah tentang isu Winnable Candidate.

Pemimpin yang baik memenuhi agenda ‘turun padang’ bersama masyarakat dan tahu aktiviti rakyat.
Khianat jika tidak amanah dalam menunaikan tanggungjawab. Kita tidak mahu apabila hampir pilihan raya, barulah menunjukkan muka depan khalayak ramai.

Jadi perkara seperti ini yang perlu dilihat secara menyeluruh khususnya golongan anak muda.

Anak muda masa kini mampu menganalisis – cuma analisa itu benar, tepat ataupun sebaliknya.

Sekarang adalah dunia IT, tanpa sempadan yang membolehkan kita memeriksa banyak perkara. Apabila kita memberitahu sibuk bekerja, anak muda boleh tahu kerja apa yang kita lakukan.

Apabila bercakap, sentiasa hendak menang dan semua betul, serta menggambarkan kemenangan kita. Ini muhasabah diri kita. Jangan kita memberi perkataan yang indah semata-mata.

Tetapi berikan pentarbiahan (pendidikan), cuci minda keduniaan daripada masyarakat dan pengisian agama serta ilmu. Orang yang konsisten dalam perjuangan memartabatkan Islam adalah orang yang berilmu.

Seingat saya dua tahun atau tiga tahun lepas, saya dan sahabat berada di atas Lebuhraya Persekutuan yang ketika itu begitu sesak. Di hadapan kereta sahabat saya ialah sebuah kereta Ferrari.

Saya terdetik, kaya macam mana pun orang itu tetap sama seperti kami, tidak dapat melepasi kesesakan tersebut.

Dalam keadaan sesak tiba-tiba terdengar bunyi siren polis trafik yang meminta semua kenderaan memberi laluan.

Menandakan orang berkedudukan tinggi di mata masyarakat ingin lalu. Ketika itu saya terfikir untuk menulis satu artikel mengenai betapa manusia menginginkan kuasa kerana baginya dengan kuasa dia boleh melakukan apa sahaja.

Oleh itu Nabi Muhammad SAW meminta umatnya supaya jangan meminta kedudukan. Sahabat RA yang alim, beretika, berintegriti, berakhlak mulia bertemu Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Zar al-Ghiffari.

Dia antara sahabat Nabi yang paling awal memeluk Islam. Apabila balik ke kampungnya, dia islamkan satu kampungnya.

Dia memasuki Islam dengan analisa malah pergi mencari Muhammad dan menyelidik ajaran Baginda, lalu dia menerimanya dan menyebarkan ajaran tersebut di kampungnya.

Tetapi apabila dia datang kepada Nabi dan menyuruh Baginda melantiknya sebagai gabenor, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau menjadikan ku sebagai pemimpin?”

Mendengar permintaan ku tersebut, baginda menepuk pundak Abu Dzar dan berkata: “Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepemimpinan itu adalah amanat.

Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Imam Muslim, no. 1825)

Sahabat Nabi yang hebat dan yang mempunyai ilmu, Nabi menyatakan dia lemah. Nabi lebih memahami apa maksud lemah Abu Zar al-Ghiffari.

Ada ulama seperti Imam Nawawi rahimahullah bahaskan yang diertikan dengan lemah di situ mungkin dia ini lemah dari sudut pentadbiran dan pengurusan.

Maksudnya pemimpin ini perlu ada kemampuan untuk mentadbir urus. Imam Nawawi membawakan dua hadis Abu Dzar dalam kitab Riyadhush Shalihin, dalam bab “Larangan meminta jabatan kepemimpinan dan memilih untuk meninggalkan jabatan tersebut jika ia tidak pantas untuk memegangnya atau meninggalkan ambisi terhadap jabatan.” Kuasa memang mampu menggugat iman, kehidupan dan kebahagiaan manusia.

Oleh itu bukan semua orang boleh ke hadapan untuk menjadi yang berkuasa. Orang tertentu sahaja yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk menjadi berkuasa dan tidak semestinya apa yang ALLAH SWT pilihkan itu akan menjadi wakil rakyat yang terbaik. Ini mungkin ujian ALLAH untuk kita membuka mata dan menilai sama ada dia memimpin dengan cara pimpinan Islam ataupun tidak.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!