Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 15, 2012

SURAT TERBUKA KEPADA VIDEO 15 MINIT CEO PERBADANAN MB KEDAH, DATUK SHABUDIN...!!!


Korang dah tengok video jawapan PMBKed pasal isu balak kat Gunung Inas tu kan? Seperti yang aku katakan semalam, ini respon awal aku untuk Dato' Shahbudin, CEO yang dok cover Azizan dan PAS tu...

1. Pertamanya, dia complain pasal perkataan "rakus". Katanya tak sesuai! BAHASA TEPI JALAN..!!! Dia sifatkan macam tu..

Heh! Habis tu..hangpa balun balak tak hengatttt..sampai licin kamu kebasss!!! Tak rakus lagi macam tu? Nak guna perkataan apa? PAS Kedah "kutip balak secara berhemah"? Perkataan lagu tu? Heh! Balun sampai botak gunung tu...nak dikatakan "berhemah"? Khuaaakk ptuihhh..!!!

Perkataan RAKUS tu ada dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Perkataan tu TAKDAK KAT TEPI JALAN LA DATUKKK..!!! Datuk belajar tang mana? Datuk belajar kat tepi jalan kaaa??? Kalau Datuk nak loyar buruk...saya pun boleh loyar buruk jugak dengan Datukkk..!!! Perkataan tu digunakan rakyat penduduk kampung kat situ..! Datuk HINA RAKYAT ke hina wartawan..???!!!

2. Shahbudin kata, Ladang Sejahtera tu selari dengan Dasar Getah Negara. Heh!

Memang la. Nak capai target dasar tu kan? Tapi, Dasar Getah Negara tu tak suruh buat Ladang Getah kat tepi sungai tempat sumber air bersih masyarakat..!!! Dasar tu tak suruh buat kat lokasi pelancongan berpotensi besar untuk penduduk setempat..!!!

Awat? Tak boleh buat di hutan yang jauh dari sungai Kupang kat Lata Celak tu? Sungai tu ada 7 lata, tau!!! Habis jahanam semua pasal balak untuk PAS tu. Macam tu tak boleh pakai perkataan "rakus" lagi ka..??? Kepentingan rakyat hangpa ketepikan pasai DUIT? Heh! Takdak cara lain nak buat duit ka?

Datuk simpan la graf laporan tuuuu..!!! Kalau graf tu tebal macam muka Datuk pun, ia tak mungkin boleh redakan kemarahan penduduk kampung Iboi, Bokbak dan sebagainya kat situ...

3. Kyoto..Rio..Bali protokol..semua tu Datuk sebut...Kononnya aktiviti Ladang Sejahtera tu tak lari dari protokol tu? Heh! 500 hektar baru kena apply EIA, kan? Heh!

Actually, aku dah jumpa orang Jabatan Pehutanan. Aku ada gambaq dia..tapi aku tak mau publish. Memang betul, 500 hektar, baru kena apply EIA. Dan dalam hal ni, PAS dah mempermainkan undang-undang protokol tu...

Datuk dah mengaku...seluas 5,000 hektar akan dijadikan Ladang Sejahtera dibawah PMBKed, kan? PMBKed cuba tipu undang-undang. Depa bahagi-bahagikan hutan tu ikut compartment. Lepas tu, depa bahagi-bahagikan lagi kepada blok-blok balak ikut setiap syarikat balak. Jadi, takkan ada blok yang lebih dari 500 hektar dan kononnya depa tak payah apply EIA..bijak la tu kononnya...

Bila aku tanya dia pasal blok-blok tu, dia kata blok-blok tu akan bercantum..! Maknanya seluas 5,000 hektar tu semuanya akan bercantum semua...dari satu kawasan blok kecik...cantum-cantum semuanya dan jadi besar dan luas la...heh! Tu dia PAS Kedah menipu..!!!

Padahal, semua kawasan tu bawah PMBKed..!!! Maknanya PMBKed kena apply EIA laaaa..!!! Syarikat-syarikat balak yang diberikan kontrak SECARA DIRECT NEGO tu...tak payah apply EIA. Yang perlu apple EIA ialah PMBKed..!!! Faham..???

Sebab tu la Datuk tu dah sediakan awal-awal EIA. Kononnya depa tau undang-undang laaaa..! Tapi yang dia tunjuk EIA tebal mcam muka dia tu hanya laporan EIA dan BUKU TEBAL TU BUKANLAH KELULUSAN EIA..!!! Actually, kelulusan EIA tu masih belum diterima pun oleh Jabatan Alam Sekitar..!!!

Korang boleh hubungi Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Sayuti Sepeai. Dia yang bagitau kat aku masa aku pergi ke Gunung Inas hari tu..!!! Dia tak pernah terima lagi. Maknanya, PAS Kedah belum serah pun EIA tu kat JAS..!!! Dia kata, dia ada terima satu permohonan EIA. Tapi dia tak pasti dari sapa. Dan DIA TOLAK...REJECT permohonan tu..!!! Heh!

4. Lepas tu dia sebut pasal TERES..! Heh Best nihhh..! Dia kata teres dia tu selamat dari sebarang bentuk hakisan dan takkan menyebabkan air hujan mengalir ke sungai..!!! Heh! 

So kat bawah ni aku tunjukkan rupa TERESSSSSS..!!! TERES YANG DATUK TU KATA DIA EXPERT BUAT TU..!!! Dia tunjuk gambar dia kat opis...aku tunjuk gambar yang aku rakam masa aku kat TERES tu... 

Dia kata TERES dia tu dilitupi tumbuhan anti-hakisan. Tang mana tumbuhan tu? Kalau korang nak tau, teres ni curam dan ditepinya gaung yang direct ke Sungai Kupang yang jadi sumber air bersih penduduk kampung. Macam tu Datuk tu kata dia jaga spesifikasi dan buat teres yang selamat dari hakisan dan air hujan tak masuk ke sungai..??? Heh! Menipu la tuuuu..!!!

Ni apa ke nama ni Datuk? Ni dah kategori hakisan tahap kronik..!!! Sampai ada tanah runtuhhh..!!! Pokok rebah wooo!!! Macam ni ke hasil TERES PENGALAMAN 40 TAHUN BUAT KERJA LADANG GETAH..???

5. Lepas tu Datuk sebut dia dok dalam Board Risda...Hebat la tu...

Tapi...dia tak tahu ke ini bukan soal Ladang Getah...sekarang ni isu PEMBALAKAN dan CARA PEMBALAKAN TU DIBUAT..!!! Paham ke tidak, Datuk?

6. Beri pendapatan kepada 3,000 orang, ye Datuk? RM10,000 seorang untuk setahun ye???

Berapa juta RM yang masuk ke kocek PAS, Datuk? Tabung apa tu, Datuk? Tabung Kerajaan atau Tabung DANA PRU13 PAS? Cakap biar terang Datuk... rakyat dapat RM10,000..PAS dapat berpuluh juta setahun noooo...bijak noooo..!!!

Sapa peserta Ladang Rakyat tu, Datuk? Penduduk kat sekitar Gunung Inas atau orang-orang PAS kat Langkawi, Jerlun, Changloon, Kodiang, Sg Limau, Sg. Petani, Alor Setar atau "nelayan PAS" kat Kuala Muda? Tak payah sembunyi la Datukkkk...

7. Lepas tu dia sebut pasal "air keruh". Dia suruh ambil air sungai Kedah untuk dibandingkan dengan air sungai Kupang dan Lata Celak....

Apa punya perbandingan ni Datuk? Datuk nak suruh bandingkan kereta Kancil dengan KCX 8 ke? Dah tentu la KCX 8 menang, Datuk! Air Lata Celak patutnya dibandingkan dengan air di Lata Sedim la..!!! Baru adil ikut kategori..!!!

Kalau Pak Tam, Pak Da dan Pak Teh ambil sebotol air dari Lata Celak, dan mintak Datuk minum depan camera, Datuk berani tak? Alaaaa...minum je la Datukkkk!!! Bukannya air tu tercemar pun...kan??? Berani tak? Nak ajak Azizan minum sekali ke? Ishhh...jangan la..nanti susah pulak nak usung MB ke IJN...tersumbat jantung tu nanti Datuk nak tanggung ke..???

Lagi satu, Ladang Getah takdak chemical ke, Datuk? Ladang Getah tak pakai racun, kottttt..??? Kaki makcik kat Kampun Iboi tu pasai kena lumpur kot...??? Bukan chemical ke..??? Heh!!! Agak-agak la kalau nak cover MB punnnn...

8. Okay...Datuk bukak sesi Q & A...soal jawab...soalan..soalan...silakan...

Heh! Mujur la aku takdak kat situ...heh! Betul-betul nasib baik la Datuk ni...heh! Okay...Datuk kata getah tak boleh buat kat tanah pamah dan kena buat kat kawasan bukit. Betuk tu Datuk. Tapi...takde ke kawasan bukit yang jauh dari kawasan Lata Celak tu? Kenapa perlu ditarah kat situ? 

Cari la kat bukit lain. Atau sekurang-kurangnya jauh-jauh la dari Lata Celak tuuuu..!!! Itu pun tak boleh buat ke? Alam sekitar, sumber air bersih dan lokasi eko-pelancongan rakyat yang penting atau projek balak Ladang Sejahtera yang penting? Pilih antara dua...RAKYAT atau BALAK..???

Okay...berikut adalah soalan-soalan aku yang tak berapa panas la kot..kan? Heh!

i. MANA DIA KELULUSAN EIA DARI JAS? YANG TEBAL TU "PROPOSED"..!!! TERANG-TERANG NAMPAK KAT BUKU TU KAN? MANA KELULUSAN EIA TUUU..???



ii. DATUK KATA LADANG YANG DEKAT DENGAN SUNGAI TU BUKAN PMBKed PUNYA. OK BETUL. TAPI KAWASAN YANG DITARAH SAMPAI LICIN KAT TEBING SUNGAI YANG CURAM TU SAPA PUNYA??? ORANG KAMPUNG PUNYA KE..???

Haaaa...yang ni Pak Mat Tempe kat Kg Iboi tu punya ke Datuk?

Opocotttt..!!! Sadiq Sigaraga punya ke Ismeth Ulam Raja yang punya? Adehhhhh....heh!

iii. SEBELUM BUAT PROJEK KAT SITU, KERAJAAN PAS KEDAH TAK PEGI TENGOK KE KAWASAN TU SAMA ADA MELIBATKAN SUMBER AIR BERSIH RAKYAT KE...LATA CELAK YANG JADI SUMBER EKO-PELANCONGAN PENDUDUK KE...AIR KERUH KE TIDAK...KAWASAN TU DEKAT DENGAN SUMBER AIR KE TIDAK..?

iv. SEBELUM BUAT BENDA TU...ADA REFER DENGAN JABATAN HUTAN TAK? KENAPA PEGAWAI HUTAN TU KATA REPORT YANG DIA HANTAR PASAL PEMBALAKAN KAT SITU TAK SESUAI DAN TAK PATUT DI BUAT?

v. ADA REFER PULAK DENGAN JABATAN ALAM SEKITAR TAK? YE LAAA...EIA MEMANG ADA...TAPI TU "PROPOSED EIA"..BUKAN KELULUSAN EIA..!!! DATUK...PROPOSED EIA TU MAKNANYA "EIA YANG TELAH DICADANGKAN"..BUKANNYA "KELULUSAN EIA YANG TELAH DICADANGKAN"..!!! LAGI PUN PENGARAH JAS KATA PMBKed TAK APPLY PUNNNNN..!!!! DATUK YANG TIPU ATAU PENGARAH TU YANG TIPU..???

Cukup la 5 soalan ni dulu...risau gak Datuk sakit kepala nanti. Relax la Datuk. Saya tak serang Datuk pun. Cuma...saya mintak DATUK...BUAT LA KERJA CARA ISLAM..!!! Bila Datuk nak jawab soalan saya? Nanti kalau keluar video baru Datuk...Datuk bagitahu saya, yeeeerrr..heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!