Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 15, 2012

SEMUA KEHENDAK KAKITANGAN MAS DAH TERTUNAI: KALAU TAK PERFORM JUGAK, RESIGN JE LAAA...

 
Aku tertarik untuk mengulas mengenai jawapan Datuk Seri Najib di Parlimen pada hari Rabu lalu yang juga Menteri Kewangan mengenai faktor utama Khazanah membatalkan “swap share” antara MAS dan Air Asia yang sempat berlangsung selama 8 bulan...

Padahal, “swap share” tu antara tujuannya ialah “mengikat paksa” Tony Fernandez generate keuntungan pada MAS. Ye laaa...kalau MAS terus rugi, dah tentu Tony pun akan rugi, kan? Tony tu sanggup rugi ke?

Tapi, aku rasa PM bagi jawapan yang tepat dalam hal ni. Ini bukan statement “bodek”. Tapi pada aku, PM dan thinktanknya dah fikir panjang pasal semua ni...

Najib jawab, “swap share” tu dibatalkan sebab pertukaran saham tu dapat bantahan keras dari gabungan kesatuan sekerja MAS (GUAM) yang mewakili lebih kurang 20,000 orang kakitangannya.

Kalau dilihat dari sudut negatif, korang akan cakap Najib ikut cakap staff MAS, kan? Heh! Selalunya itulah yang timbul dari golongan “typical minded”...(termasuk aku pada mulanya...)

Ya. Memang PM mendengar suara GUAM dan rakan-rakan kesatuan yang lain. Salah ke dia dengar rintihan dan bantahan 20,000 kakitangan MAS yang akan menjadi “nadi” syarikat penerbangan tu? Dan tentu ada sebab mengapa Najib dengar dan setuju untuk batalkan “swap share” tu...

Pada aku, memang tepat Najib batalkan “swap share” tu kerana bantahan GUAM. Sebagaimana kita tahu, GUAM tu mewakili 20,000 kakitangan MAS.

Dan MAS sekarang di dalam keadaan “tenat” dan perlu mendapatkan kerjasama semua pihak, terutamanya kakitangannya, untuk “memulihkan” keadaan.

Cuba bayangkan kalau 20,000 kakitangan tu “meragam”, “monyok”, “murung”, “jadi lembab”, kerja dalam keadaan marah, bengang, moody dan sebagainya? Dah tentu service MAS akan menurun. Ye la kan... “bila nadi lemah, dah tentu itu tanda-tanda nak mati”.

Korang nak syarikat penerbangan negara tu “mati” ke???

Lepas tu pulak, dilaporkan Dany (Rashdan) yang kakitangan MAS tak suka sangat tu resigned. Dia berhenti kerja. Mungkin Dany resigned sebab dia dengar banyak komplen dan tak suka kat dia la kot. Tapi dia resigned secara profesional...hantar notice...

Shane Nolan yang kerap kena “belasah” dalam blog diorang pun dah tamat kontrak pada Mei lalu. Dia tak sambung kontrak...

Terbaru, aku dengar sorang bekas orang kuat Air Asia yang bekerja di MAS hantar notis berhenti kerja jugak, boss besar kewangan MAS, Rozman Omar, dan tak heranlah kalau sorang lagi tu boss engineering department MAS, Azhari Mohd Dahlan pun blah jugak.

Actually, asalnya Azhari ni dulu pekerja MAS. Lepas tu dia berhenti kerja dengan MAS dan join Air-Asia. Tapi lepas tu dia resigned kat Air Asia dan kerja balik dengan MAS. Ye la kan...kat Malaysia ni ada 2 syarikat aviation je, maka dia kerja kat dua-dua syarikat tu je la..

Tapi, aku dengar...pasal sejarah Rozman dan Azhari ni pernah kerja dengan Air-Asia, maka diorang pun didesak letak jawatan kat blog diorang.

Takpe la kan...diorang pun dah blah dah dari MAS. Mungkin setakat tu je “jodoh dan rezeki” diorang kat MAS. Khabarnya Rozman akan patah balik ke Air-Asia dan handle finance kat situ. Azhari mungkin jugak akan ikut langkah sama jugak. Air Asia ambil balik diorang...

Terfikir jugak aku...kalau ni tak bagus, “virus” dan tak boleh pakai, mahu ke Air Asia tu ambik diorang kerja. Korang tahu la Air Asia, kan? Swasta..tak de kerja main-main. Kalau perform, diorang akan simpan dan kalau tak perform...korang faham-faham je la kan...heh!

Kakitangan MAS sebelum ni kata macam-macam kat Tony Fernandes. Tuduh dia macam-macam. Nak ambik alih MAS la..nak conquer aviation industry la..macam-macam.

Aku bukan la nak membela Tony. Aku tak favor Tony pun, tapi dia memang hebat. Dari zero, dia berjaya naikkan Air-Asia sampai sahamnya 3 kali ganda dari saham MAS. Padahal dia tu takde background buat business kapal terbang pun. 10 tahun je dia ambik untuk buktikan kebolehan dia..

Tapi kakitangan MAS “belasah” dia kaw-kaw. Padahal, kalau MAS sendiri teruk. Lepas tu nak salahkan Tony pulak?

MAS backup kuat. Dapat bantuan penuh kerajaan. Dah nak lingkup 3 kali pun semua kerajaan bailout. Tapi Air-Asia sapa yang backup? Kalau Air-Asia lingkup, sapa nak bailout diorang? Patutnya kakitangan MAS malu dengan kakitangan Air-Asia dan Tony...

Patutnya, kakitangan belajar dari Air-Asia. Tak payah sombong la. Orang sombong selalu rugi! Lagipun, kakitangan MAS bukannya bagus sangat pun performance..bising je lebih..buat blog la..itu la..ini la.orang tu tak betul..orang ni “bastard”..maki hamun orang sesuka hati je...

Kakitangan MAS yang dok maki orang tu bagus sangat ke? Tak “bastard”? Bro...cuba la musahasabah diri tu dulu. Tuding jari tu kat diri sendiri sebelum tuding jari dan maki hamun orang lain...

Let’s say kalau MAS tu bankrap jugak lepas ni, MAS “gulung tikar”, kakitangan MAS tu nak kerja kat mana? Emirates? SIA? Heh! Aku rasa diorang pun taknak kakitangan yang tak perform dan bising je lebih...

Kalau nak join Air-Asia, nak ke Air-Asia “kutip” kakitangan MAS yang panggil diorang “bastard” dulu? Tu laaa..lain kali jangan maki orang sesuka hati. Lain la kakitangan MAS bersedia untuk lompat dari airlines industry dan masuk jadi “mat dan minah kilang elektronik..kan?

Tapi, concern aku ialah pada MAS, sebab aku sayang company tu...

Aku rasa kakitangan MAS patut say “thank you” kat PM sebab dengar rintihan, bantahan dan kehendak diorang. Nak swap share dibatalkan, PM batalkan. Nak Danny, Shane Nolan, Rozman dan Azhari blah dari MAS...diorang dah undur diri secara baik...

MAS nak duit pun, macam-macam sukuk dah dijamin MAS akan terima. Nak pesawat baru, tu haaa...dah sampai dah Airbus A380 dan Boeing 737-800 – yang paling canggih di dunia tu..!!!

So..yang tinggal sekarang ialah baki pengurusan MAS yang ada dan 20,000 kakitangan MAS. Boleh dikatakan hampir semua kehendak dah ditunaikan dan tertunai...

Jadi...kini aku rasa giliran rakyat macam aku pulak yang nak demand kat MAS, khususnya GUAM. Dah dapat semua kehendak korang, kan? Kalau macam tu...korang kena buktikan korang perform kali ni. Pastikan MAS pulih sepenuhnya dan catat untung balik.

Kalau MAS rugi jugak, siap la korang! Aku rasa, kalau MAS rugi jugak lepas ni, rakyat sendiri akan demand suruh korang resign ramai-ramai. Dah tiga kali bailout ni... So, korang buktikan...kalau tidak, aku tak tahu la apa yang rakyat akan cakap nanti...heh!

Kan sebelum ni aku dah tulis..MAS tu bukan badan amal..bukan badan kebajikan masyarakat yang akan bela korang sampai mati. MAS tu kepentingan negara..ada pride. Jadi kakitangan yang kerja kat situ jaga la kepentingan negara tu betul-betul.

Kalau tidak..baik blah je laaa..ramai lagi orang lain yang nak kerja dengan MAS dan berpotensi untuk bekerja lebih banyak dari bercakap atau berpersatuan...heh! Ingat la pesan aku ni. Aku tulis ni bukan pasal aku benci...tapi pasal sayang. Kalau aku benci..dah lama dah aku hentam..! Heh!

1 comment:

Anonymous said...

Bro

Pekerja Mas ni tah kenapa dari dulu sampai sekarang ego je. Maaflah aku cakap ni tapi aku cakap apa yg aku lihat sendiri. Kalau bandingkan crew dlm flight pun berbeza sangat. Airasia punya crew rajin dan tak berhenti bekerja hingga sampai destinasi walaupun 8 jam.

Lagi satu, ramai yg bagi feedback pegawai Mas yg kat overseas tu alahai...kalau setakat nak makan angin lebih baik jangan datang. Cukup mudah buat kerja dgn pegawai Airasia sebab mereka faham business dan promote negara.

Eloklah pisahkan saham tu. Biar Airasia maju dan Mas kena kerja kuat untuk compete. Kalau masih ego juga, tak tahulah nak kata apa. Tiap2 tahun rugi ber-million.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!