Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 2, 2012

SEKITAR PETANG SEMALAM..KATAK HIJAU MEMANGGIL HUJAN...

Hujan Di Himpunan Si Katak Hijau

Hari ini berlangsung satu Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah. Sasaran kehadiran yang digembar gemburkan ialah 100,000 orang.

Surat pekeliling telah lama dihantar oleh Setiausaha Agung PAS sejak 19 Mei lepas meminta ahli-ahli PAS hadir bagi memenuhkan stadium sebab kalau ada sedikitpun ruang kosong alamatnya hasrat nak meniru Gelombang Merah tak kesampaian.

Tajuk surat bunyinya mengarut dan terdesak betul. Kerahan Ahli PAS Ke Himpunan Hijau menuju Putrajaya. Ini dah nama paksaan dah macam kerahan tenaga kalau tak ikut sama tiket syurga ditarik balik agaknya.

Nampak seperti terdesak sangat nak lawan Gelombang Merah yang menghimpunkan lebih 100,000 rakyat dan penyokong UMNO di Stadium Bukit Jalil.

Mengikut maklumat rakan-rakan banyak juga bas-bas yang parking di sekitar Stadium Darul Aman, betul ke? T-shirt free dan elaun serta upah wang kehadiran pun ada. Biar betul. Bukankah benda sebegitu kerap puak PAS kaitkan dengan UMNO?

Seperti kita sedia maklum, kapasiti tempat duduk Stadium Darul Aman ialah lebih kurang 32,000 dan sekiranya ruang berdiri tingkat atas dan ruang pejalan kaki setiap pintu dan ruang depan dipenuhi, total kapasiti akan menjadi sekitar 35,000 orang.

Bagi stadium size biasa seperti Stadium Darul Aman jika semua ruang duduk, ruang padang dan olahraga stadium dipenuhi tanpa sedikitpun ruang kosong  jumlah hampir 50,000 orang lebih logik, itupun dalam keadaan berhimpit-himpit dan sukar untuk bergerak.

 
Kot kalau ada mamat haprakdaily kata 60,000 berhimpun atas padang dan 44,000 ribu lagi duduk di kerusi sedia ada itu namanya kebanyakkan hadirin dalam keadaan berlaku tindih menindih atas perut dan atas kepala.

Kot ye pun nak cukupkan 100,000 orang kira biarlah logik dek akal, kan nampak sangat menipu namanya.

Entah dari mana dia dapat statistik 60,000 orang boleh duduk atas padang dan trek olahraga stadium, mengarut sungguh. Satu meter persegi sepuluh orang berhimpit-himpit jantan betina ka?

Setakat maklumat rakan-rakan, paling tinggipun 60,000 orang yang hadir itupun termasuk yang berada di luar stadium. Angka yang hampir tepat mungkin lagi kurang dari itu.

Dengar kata hujan mencurah-curah di Alor Setar Kedah tatkala petang tadi betul ke? Harapnya tidaklah, sebab kalau betul ada berlaku hujan automatik acara itu akan dikenali sebagai Himpunan 100,000 Katak Hijau.

Tapi hujan adalah rahmat, bukan begitu? Ya, rahmat hanya bila hujan turun waktu program PAS tapi dianggap bala bila hujan turun tatkala majlis anjuran UMNO berlangsung. Dwi standard itu biasalah dalam politik kepartian yang memperalatkan agama, tak gitu?

Sumber: Mykmu

3 comments:

FreeKedah said...

jakun2 ni habis buat rosak rumput stadium. Pi bagi lembu NFC tu mkn rumput kan bagus.

FREE KEDAH! FREE KEDAH!

Anonymous said...

Ugama pas berkiblatkan salib dan berimankan jesus christ. Mana sama dengan islam yang berpandukan Al-Quran dan beriman pada allah.

Anonymous said...

Berkat katak hijau... Hujan basah lencun..., klu umno dikira bala, pas dikira apa ya?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!