Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 14, 2012

REMAJA POMPUAN PAKATAN HARAM KURANG AJAR PUKUL PENGEMIS..!!!?



Biadap dan tiada didikan! Sakit hati bila tonton video ni! Itulah yang mampu penulis luahkan dan katakan selepas menonton sebuah video yang berada dalam laman You Tube.

Video ini sudah lama dimuat naik ke dalam You Tube iaitu pada tahun 2010.

Cuma untuk dikongsi bersama untuk memberikan pengajaran agar remaja muda-muda zaman sekarang untuk tidak meletakkan akal dan fikiran mereka di ‘kepala lutut’.

Dalam video itu, dua orang remaja yang suara seakan-akan perempuan tetapi berpakaian seperti lelaki, atau ‘pengkid’ lebih dikenali ramai untuk gelarannya melakukan satu tidakan yang dikirakan berada pada tahap bodoh!

Penulis percaya, kejadian dalam video ini berlaku dalam Malaysia sendiri memandangkan suara dari kedua-dua pelaku dan perakam video ini jelas bertutur dalam Bahasa Melayu. Malah, keadaan sekeliling juga menunjukkan bangunan-bangunan adalah di negara kita.

Dengan tidak semena-mena, dua pelaku ini telah memukul kepala seorang pengemis yang sedang tidur di kaki lima.

Apakah yang dilakukan oleh si pengemis itu sehinggakan dia dipukul? Adakah pengemis itu mengganggu dua pelaku tersebut? Penulis tiada jawapannya.

Yang pasti, penulis tahu tindakan yang dilakukan oleh pelaku-pelaku itu hanyalah dengan niat suka-suka untuk ‘mengacau’ ketenteraman pengemis tua jalanan itu.

Malah, dengan jelas perkataan ‘mana-mana je’ memang menguatkan lagi mereka sengaja merancang untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Selepas selesai dengan rancangan ‘gembira’, boleh pula mereka bersorak dan gelak ketawa tanda berjaya menghasilkan satu perbuatan yang harus dibanggakan.
Patutkah begitu?

Sedangkan, si pengemis tua itu sudah menunjukkan isyarat untuk tidak bertindak kasar dengan dirinya.

Bukan itu sahaja, pelancong-pelancong asing juga dilihat seolah-olah terkejut dengan perlakuan dua orang remaja itu.

Subhanallah!

“Akan muncul di akhir zaman suatu kaum yang muda umurnya (para pemuda) yang bodoh akalnya.” – HR. Al-Bukhari. 

Sumber: MNH

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!