Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, June 17, 2012

PRU DI MUSIM HAJI: IDRIS AHMAD MENYALAK TAK TENTU HALA..

idris
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, yang terkenal dengan sifat “gila glamour”nya baru-baru ini melatah dan tertekan dengan isu ‘Pilihanraya Umum ke-13 di musim haji’ dengan menyatakan bahawa media pro-kerajaan BN sengaja menggembar-gemburkan isu itu untuk menutup kepincangan negara.

Idris dalam kenyataannya di Harakahdaily baru-baru ini langsung tidak menjawab isu kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi arahan agar para pemimpin, penyokong tegar dan jentera PAS supaya tidak ke Mekah menunaikan haji sekiranya PRU ke-13 ditetapkan berlangsung di musim haji tahun ini.

Persoalannya, siapa yang memulakan isu PRU ke-13 di musim haji? Siapa yang menyalak tak tentu pasal dengan membuat spekulasi liar sesuka hati dan mengandaikan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan PRU pada musim haji kali ini?

Sewajarnya Idris Ahmad pergi bertanya kepada Hadi Awang, Nik Aziz dan Tuan Ibrahim yang tiba-tiba saja mengandaikan bahawa Najib akan mengadakan PRU ke-13 pada musim haji.

Pada mulanya, PAS melalui “johan rajalawak bodoh’ parti itu, Mahfuz Omar, mendesak Perdana Menteri untuk mendedahkan tarikh PRU ke-13 yang masih menjadi teka-teki dan gosip politik di negara ini.

Mahfuz kononnya mendesak demikian supaya rakyat lebih bersedia untuk merancang untuk menunaikan haji pada tahun ini atau tidak, serta membuat persediaan yang sewajarnya.

Kemudiaan, mulalah para pemimpin PAS menyambut desakan Mahfuz itu dengan membuat spekulasi sendiri mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan membuat kenyataan media yang kononnya Najib merancang untuk mengadakan PRU pada musim parlimen.

Jadi, siapa sebenarnya yang memanaskan isu PRU ke-13 di musim haji? Para pemimpin PAS atau para pemimpin Kerajaan BN?

Bukankah terang-terang menunjukkan bahawa PAS sendiri yang memulakan isu tersebut dan kemudian para pemimpin PAS sendirilah juga yang memanaskan isu itu?

Para pemimpin BN dan media hanyalah memberi ulasan mengenai arahan “bodoh” PAS yang mahu pemimpin, penyokong dan jenteranya menangguhkan ibadah haji mereka pada tahun ini jika PRU berlangsung padsa musim haji.

Salahkan para pemimpin BN “smash” PAS atas kebodohannya itu? Nampak sangat PAS mendahulukan politik berbanding Islam. Jelas sangat PAS mengutamakan PRU ke-13 berbanding ibadah haji yang menjadi rukun Islam yang kelima itu!

Tak payahlah Idris cuba menegakkan benang yang basah kerana sememangnya dalam isu ini menunjukkan PAS telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan muamalah Islam yang sebenar.

Perkara rukun Islam yang wajib ditunaikan sekiranya mampu seperti ibadah haji telah dinafikan demi memastikan PAS tidak kehilangan undi pada PRU ke-13 ini.

Apakah PAS fikir para pemimpin, penyokong dan jenteranya saja yang akan terlibat tidak dapat mengundi pada PRU kali ini jika diadakan para musim haji?

Apakah PAS fikir umat Islam di kalangan pemimpin UMNO, ahli, penyokong dan jentera UMNO tidak terlibat sama menunaikan haji? Ibadah haji itu untuk orang PAS saja, kah? Orang UMNO tak tahu naik haji?

Nampaknya Idris Ahmad sudah ketakutan. Dia tahu ramai umat Islam yang menyokong PAS marah dan menyedari ketidakwajaran “fatwa” PAS yang mahu mereka menangguhkan ibadah haji mereka demi PRU ke-13.

Umat Islam dari kalangan penyokong PAS memang marah dengan keputusan PAS itu yang memperlihatkan “warna sebenar” parti itu yang lebih mementingkan undi mereka dari ibadah mereka kepada Allah SWT.

Demi Allah, kalau saya dijadualkan Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini dan pada masa yang sama negara akan mengadakan PRU, saya tetap akan ke tanah suci menunaikan rukun Islam kelima yang wajib atas diri saya itu.

Kerana saya sedar dan tahu bahawa Islam lebih penting berbanding politik. Dan jika dalam kubur nanti, saya lebih selesa untuk menjawab bahawa rukan Islam yang wajib dari segi syarak itu lebih utama berbanding mengundi pada PRU yang lebih bersifat duniawi.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!