Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 13, 2012

PERBUATAN DERHAKA NIZAR PATUT DICONTOHI...

KETUA Dewan Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss cuba membela “boss”nya, Nizar Jamaluddin, yang sebelum ini bersikap kurang ajar terhadap DYMM Sultan Johor berkenaan nombor pendaftaran, WWW 1.

Dalam kenyataannya itu, Raja Ahmad menyalahkan akhbar Kosmo yang dikatakan sengaja mensensasikan tentang harga bidaan nombor pendaftaran WWW 1 itu yang dikatakan mencecah harga bidaan RM500,000.

Katanya, Kosmo menerbitkan berita yang melaporkan mengenai bidaan tersebut pada keluaran akhbar itu pada tarikh 25 Mei sebelum Nizar memberikan komen kurang ajarnya pada lebih kurang jam 4.07 petang di laman twitter.

Raja Ahmad cuba menegaskan bahawa Kosmo sengaja mensensasikan isu tersebut bagi “memancing” komen dari pihak tertentu melalui karikatur di dalam akhbar berkenaan. Dalam kata lain, mungkin Raja Ahmad mengandaikan Kosmo cuba memerangkap “boss”nya itu…

Persoalannya, salahkah Kosmo melaporkan mengenai keistimewaan dan nilai nombor pendaftaran WWW 1 kepada rakyat Malaysia?

Salahkah nombor pendaftaran tersebut dibida sehingga harganya mencecah RM500,000 asalkan ada yang sanggup membeli?

Sebenarnya, isu nombor pendaftaran WWW 1, nilai harganya dan sebarang kaitan mengenainya sememangnya menjadi perhatian ramai dan ditunggu-tunggu oleh pihak media.

Ramai yang ingin mengetahui berapa harga nombor pendaftaran itu, berapa bidaan tertinggi untuknya, siapa yang berjaya memilikinya dan pada kenderaan jenis apakah ia bakal diletakkan?

Memang cantik nombor pendaftaran WWW 1. Lebih cantik dari AGS 10, AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.

Jadi, salahkah Kosmo melaporkan berita sensasi mengenainya? Berdosa di mana? Apakah melaporkan mengenai perihal harga bidaan nombor pendaftaran tersebut dianggap menderhaka dan menyinggung DYMM Sultan Johor?

Berbanding Nizar, tiba-tiba “boss” Raja Ahmad itu menyindir dan memberikan komen yang kurang ajar terhadap DYMM Sultan Johor mengenai nombor pendaftaran tersebut, sekaligus mengundang kemurkaan baginda.

Siapa suruh gatal jari menaip di Twitter mengenai sesuatu yang boleh dianggap kurang ajar?

Siapa pula yang suruh Nizar gatal mulut cari pasal dengan DYMM Sultan Johor sehingga mengundang kemarahan rakyat padanya?

Tidakkah Nizar ingat tentang sejarahnya sebelum ini yang sanggup memohon derhaka dari DYMM Sultan Perak, Sultan yang melantiknya sebagai Menteri Besar Perak dan memberikan gelaran “Datuk Seri” padanya dulu?

Dan kini Raja Ahmad cuba membela seorang yang suka menderhaka kepada DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu? Begitu? Atau Raja Ahmad juga mahu dicop sebagai penderhaka seperti Nizar juga?

Terkini, Nizar khabarnya mahu memohon ampun dan maaf dari DYMM Sultan Johor.

Semudah itu? Setelah menyindir, berkurang ajar dan menderhaka kepada DYMM Sultan Johor, Nizar mahu pihak istana melupakan segala keaiban yang cuba dilemparkan kepada institusi kesultanan Johor itu?
Pada saya, mungkin DYMM Sultan Johor boleh memaafkan Nizar.

Tapi, saya yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia akan tetap ingat tentang Nizar sebagai penderhaka.

Pendek kata, “ingat Nizar Jamaluddin, ingat penderhaka pada Sultan dan Raja-Raja Melayu”!

Sumber: Perak Today

2 comments:

Anonymous said...

Sultan inginkan nombor WWW 1, maka baginda pun beli dengan WANG BAGINDA SENDIRI. Apsal ada orang nak komplen?

Baru2 ni aku makan 'Maggi Ketam', semangkok RM 30 ringgit.., takder pun sapa2 datang dan bagitau.., "lebih baik beli mee sup biasa.., dapat 10 mangkok dan boleh d sedekah2 kat fakir miskin..!"

Bongok betul sesetengah manusia ni... Hal peribadi pun nak masuk campur...

Anonymous said...

Sultan inginkan nombor WWW 1, maka baginda pun beli dengan WANG BAGINDA SENDIRI. Apsal ada orang nak komplen?

Baru2 ni aku makan 'Maggi Ketam', semangkok RM 30 ringgit.., takder pun sapa2 datang dan bagitau.., "lebih baik beli mee sup biasa.., dapat 10 mangkok dan boleh d sedekah2 kat fakir miskin..!"

Bongok betul sesetengah manusia ni... Hal peribadi pun nak masuk campur...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!