Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 2, 2012

PEDASSSS..!!! DULU DEPA NAK LELONG, SEKARANG DEPA NAK DUDUK KAT SITU..!!!

PENGANJURAN program 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darulaman di Alor Setar, Kedah semalam, mengundang kelucuan bagi sesetengah rakyat negeri ini yang masih tidak lupa apa yang dilaungkan oleh pakatan pembangkang kira-kira lebih sedekad lalu.

Ketika Putrajaya mula dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar 1999, parti pakatan pembangkang bersama Pas menjaja dakyah-dakyah antaranya ia adalah mega projek oleh kerajaan yang membazir dan menghabiskan duit rakyat.

Justeru, kesemua parti yang bersekongkol dalam pakatan itu memburuk-burukkan Putrajaya hingga ke tahap mahu ia dilelong sahaja.

Namun kini, lain pula ceritanya, 'ibarat cakap tak serupa bikin' dahulu mahu Putrajaya dilelong tetapi sekarang mereka pula yang 'terhegeh-hegeh' dan 'tergila-gilakan' Putrajaya.

Sungguh melucukan kerana amat jelas, apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka sejak dahulu (dan hari ini sebahagian pemimpin itu masih lagi hidup) adalah ibarat meludah ke langit lalu terkena muka sendiri.

Tapi tidak mengapalah, semua orang mempunyai hasrat atau impian dan mungkin pemimpin parti pembangkang tidak berfikir panjang ketika mengeluarkan kenyataan mahu melelong Putrajaya dan hari ini mereka tiba-tiba insaf kepentingan Putrajaya lalu mahu memilikinya.

Hakikatnya, ia menunjukkan satu lagi pengajaran bahawa Pas sentiasa tidak konsisten dalam apa jua dilakukan sama ada dasar negara Islam, negara kebajikan, perjuangan hukum hudud atau tidak dan sebagainya. Biar rakyat menilai. 

Dalam satu majlis di Dewan wawasan Jitra, Kedah baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata: 
"Dulu depa mahu lelong Putrajaya tapi sekarang berjuang nak ke Putrajaya, saya sebenarnya nak belikan loceng kepada (Datuk Seri) Nik Aziz (Abdul Aziz) untuk dia guna waktu lelong," kata Dr. Mahathir berseloroh sambil disambut dengan sorakan daripada orang ramai. 
 Apapun begitulah Pas, yang mana rakyat negeri ini sudah puas 'geleng kepala' sejak 2008 apabila melihat satu persatu isu, masalah dan kontroversi timbul akibat kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Sejak isu pelantikan Exco yang menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak 'dipantau' oleh jawatankuasa pemandu Pas Pusat, pergolakan dalaman masih berlaku hingga ada pemimpin Pas negeri yang mahu agar orang muda diberi laluan memegang jawatan itu jika Pas memenangi semula Kedah.

Ini menunjukkan isu tersebut belum selesai bahkan kerajaan negeri tidak sudah-sudah berdepan dengan pelbagai masalah antaranya isu krisis kewangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hingga menyebabkan para pelajar dan kakitangannya teraniaya. 

Ketika ini, Pas sering mendabik dada berbangga dengan Kuin yang mempunyai kursus-kursus pengajian seperti Syariah, Usuludin, Bahasa Arab dan Muamalat tetapi fakta sebenar ialah Kuin adalah projek yang dimulakan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Kuin di bawah Pas menghadapi banyak masalah antaranya kenaikan mendadak yuran pengajian pelajar dari RM60 ke RM200 sejam kredit, kegagalan menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), potongan zakat dan ansuran bank bagi perumahan dan kenderaan walaupun gaji pekerja dipotong setiap bulan untuk tujuan tersebut.

Selain itu, kursus perubatan yang baru diperkenalkan juga tidak mendapat sambutan sewajarnya.
Ketika pembangkang kononnya mahu menuju ke arah pendidikan tinggi percuma, Kuin pula mengenakan caj RM25 seorang bagi membuat pemeriksaan terhadap sesi kemasukan pelajar.

Selain itu, Kuin menetapkan RM150 hingga RM250 seorang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Kuin sahaja, sedangkan pemeriksaan itu boleh dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kos RM20 dan di klinik swasta sekitar RM70 seorang.

Rakyat juga tertanya-tanya apabila isu-isu tender terbuka terhadap beberapa projek kerajaan negeri juga masih gagal dijawab sewajarnya oleh kerajaan negeri. Mungkin ada baiknya jika Pas Kedah mencermin diri sendiri kerana begitu beria-ia mahu menawan Putrajaya sedangkan mentadbir kerajaan negeri dalam keadaan 'lintang pukang' dan dihimpit pelbagai masalah. 

Apapun, Himpunan Hijau Ke Putrajaya itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pengisiannya adalah aktiviti biasa seperti ceramah-ceramah rutin Pas sebagai usaha untuk menguatkan momentum mereka kononnya bagi menawan Putrajaya yang terletak kira-kira 470 kilometer dari Stadium Darulaman.

Sebab itu, sasaran kehadiran 100,000 orang ke perhimpunan mulai pukul 4.30 petang hingga ke 9 malam itu, tidak tercapai atau menjadi sesuatu yang boleh dipertikaikan. - Klik sini

2 comments:

Uhud said...

Itulah PAS dulu, kini dan selamanya terdiri daripada golongan Munafikun.

Anonymous said...

salam abaang,dulu kami tak tau bagaimana nak cari duit bagi siapkan Putra Jaya tetapi sekarang ini 101% semua dah ok,kami pun ada nafsu juga nak rasalah duduk tempat-tempat macam tu,hampa saja dok rasa nikmatnya.
harap hampa semua bagilah jalan sikit.thank you.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!