Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 13, 2012

PEDASSS..!!! SAYUTI OMAR BUKTIKAN BLOGGER PAS DUNGU..!!!





AGAK menarik membaca leteran mengarut penulis upahan PAS, Sayuti Omar, di blognya mengenai kerugian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebanyak RM1.8 juta yang hanya disebabkan oleh Himpunan Bershit 3.0 pada 28 April lalu.


Sayuti menulis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussien perlu menanggung kerugian tersebut kerana tidak bijak (bodoh la tu) menguruskan himpunan tersebut.

Tulisnya lagi, RM1.8 juta itu termasuk harga 909 kelongsong peluru gas pemedih mata, 58 lagi jenis gas yang digunakan untuk menyuraikan peserta himpunan dan merawat anggota polis yang tercera diserang puak-puak pengganas berbaju kuning itu.

Sebenarnya, saya tidak hairan apabila orang bodoh (Sayuti) yang suka menuduh orang lain bodoh. Mungkin dia tidak sedar bahawa dia sendiri bodoh dan cuba memperbodohkan puak-puak PAS yang percaya pada tulisannya.

Untuk rekod, “penganut agama PAS” memang terkenal dengan kebodohan dan kerendahan IQ mereka berfikir menggunakan akal.

Kenapa Sayuti tidak menggunakan akal dan fakta untuk berhujah? Apakah dia begitu “bebal” untuk menerima hakikat bahawa pihak DBKL telah menawarkan sebanyak 4 buah stadium untuk puak-puak Bershit 3.0 berhimpun?

Salah satu stadium yang ditawarkan DBKL ialah Stadium Merdeka, stadium kegemaran dan yang diminta puak-puak Bershit pada himpunan versi 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

Jadi, mengapa puak-puak Bershit itu menolak? Itu adalah fakta. Dan apakah Sayuti sengaja memperlihatkan kebodohannya dan melupakan fakta tersebut? Agak melucukan melihat sikap Sayuti yang keanak-anakkan itu.

Apakah Sayuti tidak merasai suasana aman ketika Himpunan Hijau Ke Putrayjaya yang dianjurkan PAS di Stadium Darulaman pada 1 Jun lalu?

Meskipun stadium yang berkapasiti 32,387 orang itu penuh padat dengan “ratusan ribu” orang (padahal paling ramai pun 80,000 orang saja!), himpunan itu berjalan dengan lancar dan dalam suasana aman serta terkawal.

Maknanya, jika Bershit 3.0 dengar kata dan berhimpun di dalam stadium tempohari, berkemungkinan besar himpunan itu akan berjalan dalam suasana aman. Duduk dan bantah di dalam stadium, sudah tentulah aman…

Jika Himpunan Bershit 3.0 berlangsung di dalam stadium dan dalam keadaan aman, sudah tentu PDRM tidak perlu menggunakan satu kelongsong pun peluru gas pemedih mata. Tiada mata yang perlu pedih.

Sekiranya Bershit 3.0 berlangsung aman di dalam stadium, sudah tentu tiada yang akan cedera, tiada yang akan bengkak-bengkak sakit dan tiada yang akan dirawat di hospital. Polis tak sakit, puak-puak baju kuning pun tak sakit.

Himpunan Hijau PAS Ke Putrajaya tempohari ada ke yang kena pukul dengan polis? Ada ke pak-pak lebai dan “muslimut” PAS yang pedih-pedih mata?

Sebenarnya, Sayuti dan puak-puak Bershit itulah yang kurang bijak dan tidak bertamadun corak pemikiran mereka. Yang diburuk dan tidak elok diamalkan, itulah yang mereka suka buat.Yang mana yang baik dan afdhal, itulah yang mereka tolak…

Kalaulah Bershit 3.0 “bijak”, sudah tentu PDRM dan kerajaan tidak perlu mengalami sebarang kerugian berhubung himpunan yang menyusahkan rakyat dan merugikan para peniaga di sekitar kawasan yang terjejas tersebut.

Sayuti tahu berapa juta kerajaan rugi. Tapi Sayuti tahu atau tidak berapa kerugian para peniaga di sekitar jalan TAR dan sekitarnya? Sayuti tahu berapa juta Malaysia kerugian dari sektor pelancongan kerana Bershit 3.0?

Dan Sayuti tahu berapa ramai puak-puak Bershit yang tinggal solat ketika himpunan itu? Bukan setakat rugi di dunia, diakhirat pun rugi juga? Ada Sayuti persoalkan semua itu?

Sumber: Perak Today

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!