Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • Rakyat Diminta Jauhi DAP - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup melabelkan parti DAP sebagai 'raja putar belit' yang menggerunkan dan perlu dijauhi rakyat. Belia...
    30 minutes ago

Sunday, June 10, 2012

PEDASSS..!!! PEMUDA PAS LAYAN SYRIA LEBIH TERUK DARI ISRAEL...!!!

nasrudin
Nampaknya puak-puak Dewan Pemuda PAS sememangnya suka cari masalah dengan negara Islam. Terbaru, Nasrudin Hasan Tantawi mengarahkan anak buahnya yang diketuai oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss untuk mengutuk dan mengecam Kerajaan Syria.

Menurut Nasrudin, Dewan Pemuda PAS akan mendesak agar Kerajaan Pusat bertindak menutup kedutaan Syria di ibu negara selagi kemelut kerajaan Syria tidak menghentikan “kekejaman” terhadap rakyatnya yang memberontak.

Dewan Pemuda PAS juga dikatakan telah mengerah seramai 100 orang (padahal tak sampai pun 100 orang!) pada Jumaat lalu untuk menunjuk perasaan di depan kedutaan negara itu dan menuntut agar Duta Syria dihalau pulang serta merta.

Persoalannya, apakah ini yang dinamakan sebagai tindakan matang dari seorang saudara Islam terhadap sebuah kerajaan Islam yang lain?

Apakah ini cara yang dianjurkan oleh Islam dengan menghalau saudaranya sendiri?

Apakah Dewan Pemuda PAS berhak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara dan apakah tindakan itu tidak mencemar kedaulatan negara Syria?

Pada saya, sekiranya Dewan Pemuda PAS tidak berpuas hati dengan mana-mana pentadbiran negara Islam, rasanya mereka boleh bertindak secara diplomasi, bersyura dan menghantar memorandum secara aman.

Islam tidak pernah menganjurkan umatnya bertindak secara kasar begitu dalam muamalahnya.

Islam menggariskan agar umatnya bertindak dengan kasih sayang sesama saudara seagama dan bertegas terhadap golongan kuffar. Memandangkan Syria adalah sebuah negara Islam, tidakkah boleh bantahan tersebut dibuat dengan cara yang lebih baik dan sesuai?

Mengapa tidak memprotes Anwar yang terang-terang menyebelahi Zionis Israel dan sepentas bersama Salman Rushdie? Mengapa Dewan Pemuda PAS tidak berdemonstrasi di depan pejabat PKR dan menuntut agar pejabat itu ditutup?

Mengapa pula Nasrudin tidak menggesa agar Kerajaan Pusat bertindak menghalau Anwar keluar dari negara ini? Bukankah lebih baik menghalau agen Yahudi di negara ini keluar dari menghalau Duta negara yang dikatakan sebagai “paksi kejahatan” oleh negara Uncle Sam yang pro-Yahudi?

Tidakkah Nasrudin tahu bahawa di zaman kegemilangan Islam dahulu, ada juga gabenor yang kurang bagus dan dibantah rakyat. Namun, tiada satu pun yang dihalau keluar dari kawasan mereka. Paling teruk pun, Khalifah akan memanggilk mereka untuk berbincang dan mereka digugurkan dari jawatan tersebut.

Dalam konteks ini, tiada pun sebarang tindakan menghalau kerana ia dilihat biadap, tidak sopan dan tidak sesuai dilakukan terhadap para pemimpin Islam.

Jadi, mengapa Nasrudin tidak mengambil contoh terbaik yang ditinggal dari zaman para Khulafa’ Ur-Rashidin berkenaan?

Lebih jelas lagi, Nasrudin cuba mengheret Malaysia untuk campur tangan tentang hal ehwal negara lain. Dalam ertikata lain, tindakan tersebut boleh dilihat sebagai mencabul kedaulatan negara itu.

Sebagai contoh, sekiranya US atau Israel cuba campur tangan dalam hal ehwal negeri Kelantan atau Kedah, apakah Nasrudin setuju dengan tindakan tersebut? Apakah Nasrudin sanggup membiarkan Israel mendesak Nik Aziz letak jawatan?

Apa kata kalau Benjamin Netanyahu mengupah Sam Ketot dan AMK untuk berdemo serta menghalau Nik Aziz atau Azizan Razak untuk keluar dari bangunan kerajaan atas kegagalan mereka mentadbir negeri? Nasrudin sanggup biarkan?

Janganlah bersikap macam budak-budak. Kalau rasa tak puas hati, hantar memorandum pada Duta Syria sudahlah. Tak payahlah nak halau-halau atau desak mereka keluar dari Malaysia. Jagalah adab susila dan akhlak umat Islam Malaysia sikit…

Sumber: Mykmu

3 comments:

Anonymous said...

salam sedare...sy cdgkn sedara cari sndiri brite psl syria ni...trbukti kerajaan die syiah nusairi ni sgt zalim...da byk da negara laen yg halau duta syria ni..mmg ptot pn..

Anonymous said...

Misti ikut tuan besar lah , kalau tuan besar kata jaga keselamatan Israel , kena jagalah.
Ini pun gua kena kasi tau ka?

cikgu det said...

Selepas dimalukan ambiga...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!