Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 8, 2012

PEDASSS..!!! PAKATAN HARAM MEMANG FAIL BAB DEFENCE...

A4PTM_M32-29_071207

PAKATAN haram di Malaysia ni kelihatan macam tahu semua benda dalam soal pentadbiran sebuah negara.  Penulis tegaskan disitu, ‘kelihatan’.  Termasuklah dalam hal ini, soal pertahanan.

Macam pembohongan dalam isu kapal selam Scorpene yang masih cuba dipertahankan walaupun dah banyak kali dibuktikan salah.

Untuk cerita kapal selam ini saja, dari dakwaan rasuah, tak boleh menyelam sehinggalah kepada tuduhan seorang wanita dibunuh kerananya, semuapun sekadar menunjukkan bahawa Pakatan haram ini sebenarnya tidak tahu apa-apa pasal pertahanan.

Biarlah penulis buka rahsia disini.  Kalau pakatan haram ini ada otak, mereka patut tahu negara kita memang pernah buat beberapa kesilapan dalam perolehan untuk menguatkan pertahanan negara ini dulu.

Kesilapan ini bagaimana pun bukan disengajakan, tapi lebih kepada tertekan dengan kemungkinan pengaruh komunis merebak setelah kejayaan Vietnam Utara menawan Saigon pada 1975. Kita sendiri pada waktu itu sedang berhadapan dengan perang gerila oleh Parti Komunis Malaya (PKM) aka hero Mat Sabu.

Pertama, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Tun Hussein Onn pada akhir 70-an telah meluluskan pembelian 84 buah pesawat terpakai A4 Skyhawk dari Amerika Syarikat di bawah program PERISTA.  Ramai tidak tahu yang Amerika sendiri pun pelik kenapa Malaysia nak beli pesawat tinggalan perang Vietnam yang dah lama tersadai di padang pasir Arizona.

Kepelikan ini menyebabkan Amerika Syarikat beri designasi baru kepada pesawat Skyhawk itu sebagai A4 Skyhawk PTM – Perculiar To Malaysia.  Perkataan perculiar ini banyak digunakan untuk mengambarkan keanehan, walaupun ada kata ia merujuk kepada ‘khas’.

Sebetulnya, tidak pelik, cuma masa yang diambil untuk menilai pesawat baru, bukannya pendek tapi panjang.  Maka itu keputusan segera dibuat untuk membeli pesawat terpakai.

Dari 84 yang dibeli, hanya separuh yang dibaik pulih untuk digunakan, manakala separuh lagi ditinggalkan sebagai sumber alat ganti sebab Amerika dah tak keluar lagi dah jenis pesawat perang macam itu.  Dari separuh yang digunakan, hampir 1/3 jatuh terhempas termasuk satu yang menyebabkan juruterbangnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kenapa pada waktu itu, DAP dan PAS tidak membangkitkan soal perolehan yang ternyata silap ini?  Tak payah jawab, sebabnya mereka tidak tahu, bodoh.  Walhal kalau nak dijadikan isu, memang ada isu disitu.  Mungkin bukan dari segi rasuah dan penyelewengan, tapi dari segi kewajaran memilih pesawat tidak layak terbang, yang akhirnya terbukti merugikan negara.

Kesilapan kedua, ialah bila negara hampir membeli pesawat pejuang tercanggih (waktu itu) jenis Tornado Gr-2 dari Britan pada 1987, sedangkan pada waktu tersebut tidak ada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkelayakan mengendalikan pesawat canggih seumpama itu.


Menteri Pertahanan waktu itu ialah Datuk Abdullah Haji Ahmad Badawi, jadi sendiri mau fahamlah
Keputusan itu akhirnya dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 1988 oleh  Menteri Pertahanan yang menggantikan Abdullah, siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohd dan pesawat Tornado digantikan dengan pesawat pejuang ringan/serangan darat Hawk Mk 208/209 yang masih digunakan sehingga sekarang.

Tujuan penulis bangkitkan semua ini bukan sangat nak mengenang kisah lama, tapi sekadar nak memaklumkan kepada generasi muda hari ini bahawa Pakatan haram ini bodoh.  Bab yang ada isu dia tidak kompang-kompang kan, bab yang tidak ada isu itu yang dikecohkannya.
Scorpene ini tidak terkecuali.

Hakikatnya, tidak ada salah dan betul tentang perolehan sistem pertahanan.  Semuanya ikut keperluan negara masing-masing, disamping pakej persenjataan yang dimasukkan dalam perolehan.  Contoh kapal selam Scorpene yang diperolehi Chile dan Malaysia, berbeza dari segi harga (walaupun jenis sama) sebab Scorpene Chile tidak dilengkapi torpedo tercanggih jenis Blackshark, sedangkan Malaysia ada.

Syarikat Perimekar yang dituduh menerima rasuah bagi pihak Perdana Menteri sebanyak  €114 juta itupun sebenarnya adalah pembekal perkhidmatan sokongan untuk projek Scorpene selama 6 tahun.  Diulangi, pembekal perkhidmatan, bukan orang tengah seperti yang rancak difitnahkan Pakatan haram.

Pendek kata, Pakatan ini bodoh dan mereka cuba mengajak rakyat Malaysia ikut jadi bodoh macam depa juga.  Sebab itu penulis tidak bimbang bila mereka bangkitkan hal pertahanan, sebab dah tahu memang tidak akan sampai ke mana.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

pembangkang memang nya bodoh.....lembu di kata kerbau

Bila Kak Su Bersuara... Heh!