Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 20, 2012

PEDASSS..!!! NIZAR FIKIR TWITTER BOLEH DIBUAT DENGAN LESUNG BATU..???

nizar jelir
Nizar Jamaluddin yang semakin dibenci oleh para penyokong PAS nampaknya cuba meraih simpati dari puak-puak tersebut apabila mendakwa pihak polis bertindak keterlaluan di dalam siasatan terhadapnya mengenai isu nombor pendaftaran kenderaan, WWW 1.

Kata Nizar, pihak polis bertindak melampau kerana merampas telefon bimbit dan komputer riba miliknya baru-baru ini. Kononnya, dia bukan buat “video conference sulit” atau himpunan bawah tanah untuk diambil tindakan sebegitu…

Lebih meloyakan tekak ialah bila bekas Menteri Besar yang menjadi boneka DAP itu menegaskan bahawa rakyat semakin marah dan akan membalas dendam pada UMNO kerana tindakan yang dilakukan terhadapnya itu.

“Saya yakin rakyat semakin marah. Mereka akan balas dendam terhadap Umno,”, katanya yang dipetik dari Harakahdaily semalam.

Sebenarnya, saya rasa macam nak ludah saja muka Nizar kerana menderhaka kepada DYMM Sultan Johor. Dan perasaan itu makin meluap-luap setelah membaca kenyataan akhbar yang dibuatnya melalui harakahdaily itu.

Keterlaluankah pihak polis merampas telefon bimbit dan komputer milik Nizar bagi membantu siasatan yang mereka jalankan?

Saya ingin bertanya pada Nizar dan pada sesiapa saja yang “sayang” pada “balaci” Ngeh dan Nga ini…

Sebagaimana maklum, laman sosial twitter merupakan sebuah laman sosial yang berteraskan internet di mana selalunya para pemegang akaun akan membuat “twit” melalui telefon bimbit atau komputer.
Saya tak pasti jika Nizar mampu ber”twit” menggunakan mesin taip, lesung batu atau tayar keretanya di laman sosial tersebut.

Jadi, sebagai pihak berkuasa yang sememangnya waras, pihak polis menyiasat kes tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat, sudah tentu akan mencari alat atau “device” yang digunakan Nizar untuk melakukan “twit” tersebut.

Takkanlah polis nak rampas mesin taip, lesung batu atau tayar kereta Nizar untuk membuktikan dia ada ber”twit” dan menghina DYMM Sultan Johor..?!

Sudah tentu melalui telefon bimbit atau komputer tersebut dan ia akan menjadi satu bukti yang sangat relevan yang dikenal pasti sebagai alat untuk Nizar menderhaka tempohari.

Telefon bimbit dan komputer Nizar sudah tentu ada “history” dan jika di padam sekali pun, sudah tentu pakar forensik PDRM mampu mengesan bahan bukti tersebut, bukan?

Jadi, tidak timbul pun sama ada pihak polis melampau atau tidak dalam hal merampas telefon bimbit dan komputer Nizar itu…

Memang benar Nizar tidak melakukan “video conference sulit” atau buat gerakan bawah tanah. Kalau Nizar buat begitu, bukan telefon bimbit atau komputer ribanya saja yang akan dirampas, malah Nizar sendiri akan masuk “ke dalam”!

Hampir membuatkan saya termuntah ialah kenyataan “tak boleh blah” Nizar, kononnya rakyat semakin marah dan akan balas dendam pada UMNO.

Rakyat marah pada siapa? Nizar atau UMNO? Perasan benarlah mamat mata sepet ini. Dia tak tahukah sedangkan puak-puak PAS Perak sendiri pun menyampah, meluat dan marah padanya kerana menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dan Johot, apatah lagi rakyat yang lain..!!!

Ramai para pemimpin PAS Perak yang merungut di belakang Nizar dan menyatakan bahawa Nizar merupakan penyebab utama PAS semakin dibenci oleh orang Melayu. Tidakkah Nizar dapat maklumat sebegitu? Harap puak-puak PAS akan berani berkata demikian di depannya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!