Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 2, 2012

PEDASSS..!!! NIZAR DAN PEGUAM YANG GILA KUASA..!!!

azmi-sharom-june1
BUAT sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, ada 2 cara dimana undang-undang digubal dan diterima pakai sebagai rujukan dinegara ini.  Yang pertama sudah tentulah melalui Parlimen, dimana ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih akan duduk bersidang dan menentukan undang-undang.

Cara yang kedua ialah apabila sesuatu kes diputuskan di Mahkamah tertinggi negara (Mahkamah Persekutuan) yang mungkin berlainan daripada undang-undang asal dari yang diluluskan di Parlimen.  Ini adalah amalan biasa di negara-negara bekas jajahan British.  Undang-undang seumpama ini dipanggil Law of the land.

Dalam kedua-dua di atas, dimana para peguam terlibat?  Melainkan peguam itu adalah ahli Parlimen, maka jawapannya ialah tarak, yilek.

Justeru, amat menggelikan hati bila ada 2 peguam (seorang dipanggil pakar perundangan) yang memberikan pandangan bahawa Akta Hasutan tidak sepatutnya digunakan dalam kes Nizar memfitnah Sultan Johor kerana kononnya menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat WWW1, seperti disiarkan Malaysian Insider hari ini.

Tidak setakat itu, salah seorang dari mereka yang juga orang kuat Majlis Peguam, Syahredzan Johan dipetik sebagai berkata “This Act must go. It is against democracy and one’s constitutional freedom of expression and speech” (Undang-undang itu mesti dihapuskan.  Ia bertentangan dengan demokrasi dan kebebasan berucap dan menyuarakan pendapat dalam perlembagaan).

Persoalannya sekarang lu dua orang sapa?

Keputusan untuk menghapuskan sesuatu undang-undang atau tidak perlu dibuat di platform yang betul iaitu Parlimen atau Mahkamah Persekutuan, bukan di tangan lawyer cabuk yang tak seberapa tapi dah diagung-agung sebagai pakar dan sebagainya.

Kalau rakyat memilih kerajaan sekarang, bermaksud mereka bersetuju (secara kolektif) dengan apa juga tindakan yang dibuat oleh wakil mereka di parlimen.  Kalau rasa nak buang atau kekalkan undang-undang, perlulah berdasarkan suara rakyat, bukan suara peguam yang tak berapa belas ribu orang tu.

Tak tahu bila ianya bermula, tapi kelihatannya peguam hari ini sudah rasa diri mereka lebih bagus mengatasi segala yang lain.  Sebab itulah segelintir dari mereka yang kemudian membentuk Majlis Peguam, beraja dimata bersultan dihati.

Nak cakap pasal keadilan tapi polis pukul perusuh, depa kondem, perusuh pukul, terbalikkan kereta polis, depa buat tak nampak, keadilankah itu?

Balik pada soal Nizar tadi, kalau bukan menghasut apa yang kita nak gelarkan tindakan Nizar tu?  Adakah itu nak dipanggil setia?  Toksah nak perbodohkan atau perlekeh sistem beraja di Malaysia inilah, setiap kelompok perlukan ketua dan ketua negara ini ialah Sultan dan Raja, terimalah hakikat itu.

Kalau Nizar boleh setia dan patuh kepada DAP, kenapa dengan institusi beraja dia boleh buat main-main?  DAP ada nama dalam rukun negarakah?

Tak payah faham undang-undang pun boleh tahu semua ni.  Peraturan yang direka manusia saja yang menjadikan peguam nampak ‘somebody’, itu pun dalam Mahkamah saja, luar mahkamah, lu orang sama macam orang lain jugak.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Apabila makan upah dan talibarut DaPig

Bila Kak Su Bersuara... Heh!