Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 6, 2012

PEDASSS..!!! MAT SABU DAN PROJEK "TIPU BESAR-BESARAN"..!!!

pas tipu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Abang Mat” atau “Mat Sabu” terus menerus cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap BN apabila menjangkakan penipuan besar-besaran akan dilakukan oleh pihak kerajaan pada PRU ke-13 nanti.

Suami kepada dua wanita bernama Normah ini menimbulkan persoalan tersebut dengan mengandaikan bahawa kerajaan akan menipu di dalam pilihanraya dan berbohong berkenaan isu daftar pemilih.

Kononnya, Pakatan Haram, terutamanya PAS akan terus mendokong demokrasi untuk menuju ke Putrajaya. “Kononnya”lah…

Tanpa disedari, Mat Sabu sendiri dan sekutu-sekutunya menabur penipuan, pembohongan serta pendustaan yang tidak terhingga banyaknya sejak PRU ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008 lagi.

Siapa tidak ingat tentang 16 September? Tidak ingatkah Mat Sabu apabila “ketua”nya itu mendakwa akan menggulingkan Kerajaan BN dengan lebih “30 lompatan” Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Haram?

Siapa yang tipu? Pakatan Haram…

Tidak ingatkah Mat Sabu bagaimana PAS menipu penyokongnya sendiri yang berjuang mahu menubuhkan “Daulah Islamiyyah” dan hukum hudud, tiba-tiba berubah hala mahu menubuhkan kerajaan kebajikan dan melupakan hukum hudud sehingga menyebabkan ramai golongan ulama PAS “merajuk” dari perjuangan?

Siapa yang menipu? Penyokong sendiri pun ditipu, apatah lagi rakyat biasa…

Lupakah Mat Sabu bagaimana “Khalifah DAP”nya, Lim Guan Eng menipu rakyat berhubung projek Bayan Mutiara dan penduduk Kampung Buah Pala yang kehilangan kampung warisan nenek moyang mereka di Pulau Pinang?

Siapa yang menipu lagi? Itu pun mahu “disembah kaki” DAP?

Tertanya-tanya pula di mana perginya jam tangan Omega? Rakaman video hanyalah “besi”? Dan bagaimana pula dengan penipuan demi penipuan lain selepas itu?

Itu belum lagi disentuh mengenai manifesto-manifesto dan janji “bulan dan bintang” Pakatan Haram ketika PRU ke-12 dulu..!!!

Pakatan Haram terus menipu mengenai isu Mismah yang kononnya SPR sengaja memberikan kerakyatan padanya untuk mengundi BN. Pakatan Haram terus berbohong dan menimbulkan persespsi buruk terhadap SPR dengan data daftar pemilih.

Kononnya orang yang sudah mati pun masih ada di dalam sistem data SPR dan layak mengundi. Kononnya ada pengundi hantu dan beli undi.

Padahal itu semua karut belaka! Kalau benar Kerajaan BN menipu, sampai kiamat pun PAS, DAP dan PKR tidak akan merasa menjadi Menteri Besar. Kalau BN menipu, Guan Eng takkan menjadi Ketua Menteri. Nik Aziz, Azizan, Nizar dan Khalid Ibrahim tidak akan berjawatan Menteri Besar!

Dipercayai, para pemimpin pembangkang akan terus berbohong menipu rakyat di dalam setiap gerak kempen mereka sama ada dalam bentuk ceramah, kuliah, risalah, forum mahupun cetakan akhbar mereka.

Ceramah mereka penuh dusta. Kuliahnya diisi dengan pembohongan. Risalah Pakatan Haram pula menabur fitnah. Forum yang mereka anjurkan penuh karut marut dan cetakan akhbar mereka disulami tohmahan jahat menyiarkan persepsi buruk terhadap BN.

Sebenarnya, kenyataan Mat Sabu itu sangat berkait rapat dengan Pakatan Haram sendiri.

Hakikatnya, Pakatan Haramlah yang akan terus menerus menabur penipuan dan pembohongan secara besar-besaran sehingga Pilihanraya Umum ke-13 berlangsung dan tak kira sama ada mereka menang atau tidak, segala fitnah jahat terhadap BN itu akan tetap mereka teruskan.

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Salam buat Tuan empunya blog,
Mohon tuan/puan/cik untuk membenarkan link www.dtubes.tv ke blog tuan/puan semua.

Terima kasih.
Che Chu Bidin

Anonymous said...

Assalamualaikum,

" Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)
Berhati-hati dalam penulisan anda kerana ianya akan menjadi bahan bukti pada hari akhirat kelak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!