Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, June 10, 2012

PEDASSS..!!! KHALID GAGAP CAKAP BESAR LA WEHHH..!!!

Masa PTPTN dibekukan sementara untuk pelajar-pelajar baru UNISEL, tidak ada langsung cakap-cakap daripada Khalid Ibrahim tentang usahanya membantu pelajar-pelajar terbabit. 

Bahkan HAMPIR KESEMUA pemimpin Pakatan Rakyat menjerit, melalak, meraung dan bergolek-golek atas tanah mendesak agar pembekuan ditarikbalik sebab mereka sedar, Selangor tidak mampu untuk memberikan bantuan apatah lagi menyediakan pendidikan percuma sepertimana yang mereka seringkali laung-laungkan selama ini.

Apabila pembekuan ditarik balik, Khalid Ibrahim pun muncul kembali dengan sembang-sembang juahnya. Katanya, Barisan Nasional ketakutan dan tergesa-gesa menarik balik pembekuan tersebut sebab dia telah berjaya mencari RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL.
Agak aneh kenyataan Khalid Ibrahim itu…

Dalam tempoh tidak sampai 48 jam, dia sudah berjaya mencairkan aset UNISEL bernilai RM30 juta (BACA DI SINI) kononnya untuk membantu para pelajar UNISEL!

Khalid Ibrahim berbeza dengan gelaran tokoh korporat yang bijaksana diberikan kepadanya oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat, terperangkap dengan kegelojohan dan keserakahan yang telah menjadi darah dagingnya selama ini. 

Kalaulah benar sudah ada RM30 juta untuk diberikan kepada para pelajar UNISEL yang gagal mendapat pinjaman PTPTN, mengapa tidak diuar-uarkan dari awal? Mengapa perlu buat cerita sedih kononnya, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menjual aset UNISEL bagi mendapatkan jumlah wang berkenaan? Mengapa perlu meraih simpati kononnya Kerajaan Negeri Selangor telah dianiayai walhal dari awal lagi Kerajaan Negeri Selangor telah meminta agar PTPTN dihapuskan?

Kesian kepada Rektor UNISEL yang telah bersusah payah merayu, berbincang, menyembah kepala lutut dan menagih simpati daripada pengurusan PTPTN semata-mata agar pembekuan PTPTN ditarik balik. Bersusah payah dia dan pentadbiran UNISEL berunding, apabila pembekuan ditarik balik, Khalid Ibrahim menyatakan Kerajaan Pusat takut dengan Kerajaan Negeri Selangor sehingga terpaksa melutut dan meminta ampun maaf kepadanya.

Apa punya bengonglah Menteri Besar Selangor yang dipilih oleh peminat Pakatan Rakyat ni. Masa benda tu ditahan sementara, muka mengalahkan taik kena lenyek tapi bila dah diteruskan semula, kembali dabik dada kononnya duit dah ada tapi Kerajaan Barisan Nasional yang takut sampai perlu lepaskan semula pinjaman berkenaan.

Juak-juak dan penyokong pun turut berdendang dengan lagu yang sama. Konon-kononnya Kerajaan Persekutuan sudah terketar-ketar dan tersalah langkah, dan pada masa yang sama, tersalah jangka tentang KEKUATAN SEBENAR Kerajaan Negeri Selangor.

Walhal, inilah golongan yang paling kuat melalak tentang ketidakadilan, tentang Federalisme, tentang 1Malaysia, bahkan meraung-raung tentang di dalam UNISEL bukan hanya anak-anak orang Pakatan tetapi juga anak orang UMNO!

RM30 juta kononnya… tetapi hanya muncul selepas semuanya selesai. Kalau tak selesai, sampai bila-bila pun RM30 juta tak muncul-muncul!

Baru PTPTN, belum lagi perkara-perkara lain… belum lagi tentang janji-janji manifesto Pakatan yang tidak tertunai sampai sekarang.

Membaca kenyataan Khalid Ibrahim dan cakap-cakap para penyokong Pakatan Rakyat, mengingatkan kita kepada cerita BUDAK PEMBOHONG dan SERIGALA. Ceritanya saling tak tumpah dan saling tidak berbeza!!!

Sumber:  Klik sini

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!