Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 20, 2012

PEDASSS..!!! BUKTI PENYOKONG PAS TOTOK FANATIK MEMBABI BUTA..!!!

harakah
SECARA peribadi, penulis faham dengan taktik putar belit PAS dalam semua hal membabitkan sensasi politik di Malaysia ini.  Soal tangguh haji ini pun begitu jugalah.

Cuma yang nampak sedikit berbeza, dulu PAS akan ulang-ulang pembohongan sampai segelintir orang percaya, sekarang PAS umpama bomoh jahat pembela polong – dia sendiri yang buat orang sakit, dia jugak yang kemudiannya ubatkan.

Soal menangguhkan haji untuk pilihanraya ini tak payah diulas panjang-panjang, memang dimulakan oleh PAS sendiri melalui Ketua Penerangannya Tuan Ibrahim Tuan Man.  Tapi kelihatannya PAS cuba mengalihkan kesalahan itu dengan menuduh isu ini timbul kerana Perdana Menteri nak mengadakan pilihanraya di musim haji.

Sedangkan soal itu (mengadakan pilihanraya di musim haji) tidak pernah dibayangkan Perdana Menteri dimana-mana sekalipun sehingga nak dijadikan topik muka depan lidah pembelit rasmi PAS, Harakah hari ini.

Belum disebut dan dihujahkan lagi pandangan ulama tersohor Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour yang mengatakan 100 ribu orang pergi menunaikan haji sekalipun tidak akan mendatangkan masalah kepada proses pengundian yang diadakan di Malaysia.

Tak perlu masuk bab ini lagi kerana persoalan itu (mengadakan pilihanraya di musim haji) tidak timbul sama sekali.

Kalau PAS nak ‘cuba air’ (test the water) sekalipun, tak payahlah membabitkan Perdana Menteri.  Ini masalah yang dicipta sendiri, kenapa pulak orang lain yang nak disalahkan?  Kalau rasa gesaan Tuan Ibrahim itu menjejaskan PAS dari sudut pandangan kredebilitinya sebagai parti Islam, maka ambil tindakan ke atasnya.

Ini dalam masing-masing mengaku bahawa Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut (cuma pandangan peribadi), kepada orang lain pulak nak dialihkan kesalahannya.

Beginilah tuan-tuan, cara PAS mengalihkan pandangan rakyat dari kesalahan yang mereka sendiri lakukan, tak pernahnya nak mengaku kesilapan dan kesalahan sendiri, sentiasa sahaja dia yang betul orang lain yang salah.

Ini masalah kalau pihak ini (PAS) dipilih menjadi kerajaan.  Masalah ini sudah mula kelihatan di Kedah dan Kelantan untuk masing-masing menilaikan PAS ini parti macam mana.  Sentiasa ada orang yang nak dipersalahkan walaupun ia adalah kesalahan sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

entah le puak2 hamPas ni...esok bila n.ajis mati pun nak salah kan umno juga. bangang betui le...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!