Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 19, 2012

PEDASSS BERAPIII..!!! BILA KALIMAH TAKBIR DISALAHGUNAKAN SESUKA MAK BAPAK DIORANG..!!!


Korang tahu tak kalimah takbir tu apa maknanya? Tahu tak bila kalimah takbir patut digunakan dan atas tujuan apa kalimah takzim kebesaran Allah SWT tu digunakan?

Kalau kita tenngok rakaman video kat atas, sekumpulan penyokong Pakatan Haram yang dipercayai penyokong PAS telah menyerang sesi soal jawab pada ceramah Zulkifli Noordin, di PJS 1 anjuran Belia 4B, baru-baru ni...

Zul Noordin bukan orang UMNO. Dia bekas orang PKR dan dia sebaris dengan Hasan Ali yang dipecat dari PAS. Dia juga selalu sepentas dengan bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hasan Basri, yang dipercayai masih lagi ahli PAS sehingga kini.

Dan sampai sekarang, Zul Noordin dan rakan-rakannya ni tak ada kena mengena dengan UMNO. Diorang just berceramah keliling negara menyedarkan rakyat tentang siapakah dia sebenarnya Anwar Ibrahim...

Ye la...dia kan dulu macam adik beradik dengan Anwar dan keluarganya. Dia punya baik dengan family Anwar sampai boleh masuk ke dapur rumah Anwar...macam rumah sendiri. Jadi, dah tentu dia lebih banyak tahu tentang Anwar...dan tu sebab dia bongkarkan cerita "rahsia" Anwar..

Kenapa dia dedahkan? Wallahu'alam. Aku pun tak tahu. Tapi dia kata dia dah tak tahan dengan Anwar...

Tapi, kenapa dia diserang macam tu? Macam tu ke sikap orang-orang PAS yang berakhlak? Macam tu ke Islam dan Rasulullah ajar? Zul Noordin ajak baik-baik tanya soalan, diorang datang serang dia macam tu..? 

Lepas tu diorang takbir...lepas serang orang yang sampaikan kebenaran, diorangv takbir? Sesuai ke? 

Masa JAIS serbu gereja yang cuba ancam aqidah umat Islam kat PJ tempohari, tak pulak puak-puak PAS ni serang gereja tu...Kenapa takde pun takbir orang-orang PAS bila JAIS serbu gereja tu? Tak sesuai ke?

Entah la. Aku pun heran dengan perangai diorang ni. Kengkadang...malu jugak aku bila tengok perangai orang PAS macam tu. 

Aku tak kisah  kalau diorang nak serang Zul Noordin kalau dia cuba nak ancam aqidah umat Islam. Tapi, kalau Zul Noordin tu dedahkan kebenaran, tak wajar la guna keganasan cam tu.

Soalan aku pada orang PAS; Korang suka tak kalau ada orang serang dan ketuk kepala Nik Ajis masa dia maki hamun.."Celako..! Celako..! Celako..!"? Peliknya, lepas maki hamun pun ada hati jugak nak bertakbirrrrr..!!! Heh! Ajaran agama PAS memang macam tu ke?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!