Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 8, 2012

PEDASSS BERAPIII..!!! BARU BEKU PTPTN SEKEJAP..MERAUNG MACAM BUDAK LAPAR PUTING..!!!

ptptn



Sangat menggelikan hati apabila melihat reaksi Pakatan Haram apabila dipermainkan melalui dasar “pendidikan percuma” karut-marut mereka berhubung isu PTPTN yang mahu dimansuhkan sebelum ini.

Ekoran ‘menyokong’ mahu memansuhkan PTPTN yang dicanang Pakatan Rakyat di seluruh negara, pihak PTPTN telah membekukan pinjaman dari tabung pendidikan itu dari disalurkan kepada para pelajar di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Unisel dan KUIS adalah IPTS yang bernaung di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim. Anwar juga bekas Menteri Kewangan “paling berjaya dalam sejarah” dilantik sebagai “penasihat ekonomi” negeri itu.

Maknanya, Selangor memang kaya memandangkan ia ditadbir oleh “tokoh-tokoh ekonomi” (masuk poket sendiri), dan sudah tentu “mampu” untuk membiayai yuran serta memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar Unisel dan KUIS.

Malangnya, tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada dua IPTS di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor itu dikatakan telah menekan pihak negeri dan disifatkan sebagai taktik “membalas dendam”.

Pelik. Mereka mahu pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN. Tapi bila PTPTN dibekukan di negeri itu, mereka melenting tak tentu pasal dan menyalahkan Kerajaan Pusat?

Baru tiada PTPTN sebulan dua pun sudah gelabah dan tertekan? Bagaimana nak mansuhkan PTPTN jika baru beku sedikit pun dan jadi macam “ayam berak kapur”?

Paling pedas ialah kenyataan Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said…

“Kami bagi peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik. Kami nak mereka buktikan kerajaan Selangor boleh melaksanakan sistem pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti”.

Difahamkan bahawa ketika pinjaman PTPTN dibekukan, yang paling merana ialah para pelajar Unisel dan KUIS. Walaupun pembekuan itu hanya melibatkan tempoh yang singkat, ramai pelajar di situ yang hampir tidak dapat meneruskan pengajian mereka.

Dan dilaporkan juga pihak Unisel dan KUIS juga telah mengalami “krisis kewangan” apabila kedua pihan IPTS itu tidak dapat memotong wang pinjaman PTPTN dari akaun pelajar seperti biasa untuk yuran pengajian. Miskin sekejap…

Maka puak-puak Pakatan Haram pun makin kuatlah memaki hamun PTPTN dan Kerajaan, kononnya mahu mendera dan membalas dendam terhadap mereka.

Balas dendam? Balas dendam untuk apa? Apa yang perlu didendamkan di dalam isu PTPTN? Bila Pakatan Haram mahu memansuhkan PTPTN, pihak PTPTN hanya cuba merealisasikan kehendak Pakatan Haram melalui pembekuan itu saja.

Patutnya, Pakatan Haram patut berterima kasih kepada PTPTN kerana ‘menyokong’ dasar pendidikan percuma dan memansuhkan tabung pinjaman tersebut.

Baru sebulan dua PTPTN melakukan simulasi “pemansuhan” melalui pembekuan pinjaman di Unisel dan KUIS, Pakatan Haram sudah mahu menangis macam budak kecil tak dapat botol susu?

Mujurlah hari ini pihak Kerajaan mengarahkan pihak PTPTN menarik balik pembekuan pinjaman tersebut. Jika tidak, makin meroyanlah puak-puak pembangkang jika sumber pendapatan Unisel dan KUIS “kering kontang”…

Jelaslah bahawa PTPTN memang sangat-sangat diperlukan oleh para pelajar di IPTA dan IPTS di seluruh negara. Kerajaan arahkan pembekuan pinjaman PTPTN itu pun kerana memikirkan tentang para pelajar…

Pada mulanya, mungkin Kerajaan sebelum ini menjangkakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor mampu menampung pengajian para pelajarnya dan memberikan pendidikan percuma di IPTS itu tanpa memerlukan PTPTN.

Namun, melihat kerajaan pimpinan Khalid itu gagal lagi meneruskan dasar pendidikan percuma di kedua IPTS itu, maka pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik setelah memikirkan nasib ribuan pelajar yang memerlukan pinjaman PTPTN tersebut.

Itulah! Lain kali jangan sombong! Bila orang kata dasar Pakatan Haram mahu mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma itu tidak wajar, pembangkang nak berdegil jugak!

Lain kali, fikir dulu sebelum dengar kata Adam Adli. Pelik benar bila pembuat dasar dengar kata budak “kanyaq” yang tak tentu hala macam Adam Adli. Patut pun rakyat kata Pakatan Haram ni memang “poyo” dan “hampeh”..!!!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Jangan ulangi kesilapan yg di buat semasa UMNO memerintah kelantan dulu..di mana penyokong parti lawan tidak mendapat baja dan jalan bertar di buat sekerat sekerat iatu di hadapan rumah penyokong UMNO bertar dan sebaliknya.....bila rakyat telah meluat apa jadinya..telah 20 tahun lebih negeri tersebut masih lagi di tangan PAS......INGAT JANGAT ULANGI PERBUATAN BODOH NI KERANA APABILA RAKYAT TELAH MELUAT BURUK PADAHNYA....MAIN POLITIK ADA HADNYA DAN JANGANLAH PERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK ANAK KITA WALAUMACAMANA SAKITNYA HATI KITA MEREKA TETAP MASA HADAPAN NEGARA.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!