Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 25, 2012

PEDASSS BERAPI BUAT POK NIK AJIS..!!! ILMU POK NIK HANYA SETARAF DENGAN PENGIKUT AYAH PIN..!!!

pok nik celako
Saya tidak dapat menafikan kehebatan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang yang graduan Al-Azhar, sebuah universiti Islam yang ternama dan banyak mengeluarkan tokoh-tokoh dan cendekiawan Islam.

Sebagai bekas graduan Al-Azhar, Nik Aziz boleh berbangga dengan ijazah yang diperoleh dari universiti berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataannya baru-baru ini yang menyatakan bahawa ilmu yang ada pada dirinya setaraf dengan bekas Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, adalah sesuatu yang melampau dan tidak wajar sama sekali.

Mana mungkin ilmu Nik Aziz setaraf dengan Syeikh Mahmoud Ashour yang mengabdikan diri dalam gedung ilmu dan para ilmuan Islam di seluruh dunia.

Mana mungkin seorang bekas pelajar Al-Azhar yang sebok menjadi ahli politik, yang menghalalkan kutukan dan budaya memaki hamun, boleh dianggap setaraf dengan seorang ilmuan Islam yang bergelumang di dalam dunia ilmu serta menumpukan fokus terhadap ilmu Allah.

Pada saya, kenyataan Nik Aziz yang menganggap ilmunya setaraf dengan seorang Syeikhul Azhar adalah satu kenyataan yang membuktikan dirinya bongkak dan angkuh.

Kenalkah Nik Aziz kepada Kamariah Ali? Kamariah Ali merupakan seorang bekas lulusan universiti Al-Azhar seperti Nik Aziz.

Jadi, memandangkan Nik Aziz dan Kamariah adalah bekas lulusan Al-Azhar, secara logiknya Nik Aziz boleh menganggap ilmu yang ada padanya setaraf dengan Kamariah, bukan?


Tapi, untuk pengetahuan Nik Aziz, Kamariah adalah seorang pengikut Ayah Pin..!!!

Pada saya, taraf Nik Aziz adalah sama dan hanya setaraf dengan ilmu yang ada pada Kamariah Ali.
Jika Kamariah dianggap sesat melalui ketaksubannya kepada Ayah Pin, Nik Aziz pula boleh juga dikatakan menyeleweng dan terpesong fahamannya menerusi ketaksubannya kepada idealogi politik yang digalaskan selama berpuluh tahun itu.

Setahu saya, sejak awal penubuhan PAS, parti itu tidak pernah bergabung dengan DAP yang dianggap sebagai parti yang memusuhi Islam dan Nik Aziz sendiri ketika mudanya pernah menggelar DAP sebagai parti “syaitan”.

Namun, sejak PAS mempunyai satu jawatan baru iaitu “Mursyidul Am” di era kepimpinan Abdul Hadi Awang, PAS semakin menyeleweng dan sering mencetus kontroversi yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Apatah lagi setelah PAS bergabung dengan DAP dan PKR, Nik Aziz dengan selamba mengulas bahawa dia sanggup bekerjasama dan bersekutu dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional!

Islam dan ilmuan Islam manakah yang sanggup membantah petikan firman Allah SWT yang melarang sama sekali untuk mengikut atau berkerjasama dengan syaitan?

Bukankah Allah SWT telah menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh umat Muhammad yang utama? Dan saya tidak pernah pula mendengar atau membaca firman Allah yang menyatakan UMNO atau BN adalah musuh umat Islam di dalam Al-Quran!

Pada saya, jelaslah bahawa kenyataan Nik Aziz yang mengatakan bahawa ilmu yang ada padanya adalah setaraf dengan Syeikh Mahmoud Ashour adalah satu kenyataan yang tidak tepat langsung dan tidak benar sama sekali.

Pada saya, taraf Nik Aziz hanya boleh disamakan dengan Kamariah Ali. Mereka berdua sama-sama merupakan lulusan Al-Azhar dan sama-sama sesat serta menyesatkan umat Islam di negara ini. Wallahua’alam.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

cikgu det said...

Nik aziz lulusan india,dia mmbayangan ulamak2 yg ada dlm pas pun ramai
lulusan azhar..pun begitu atas sbb2 nik aziz sndiri ramai ulamak pondok mengecam ni aziz.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!