KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Thursday, June 28, 2012

PEDASSS.!!! ANTARA NAJIB DAN 2 BERUK MAT YEH NI, SIAPA LAYAK JADI PM..???

anwar beruk
Di Malaysia, terdapat dua individu yang dikatakan menjadi calon utama sebagai Perdana Menteri selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 diumumkan, iaitu sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak, atau Anwar Ibrahim.

Jika Barisan Nasional (BN) menang, maka sudah tentulah Najib yang selaku Presiden BN akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri dan jika Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya maka Anwarlah yang dijangka menjawat jawatan tersebut.

Sebagaimana maklum, dua calon PM ini dikaitkan dengan skandal wanita.

Pakatan Haram mengaitkan Najib dengan bekas model, mendiang Altantuya Sharibuu, manaka Anwar pula tidak kering isu dan sering dikaitkan dengan skandal-skandal seks terlarang sama ada pasangannya wanita atau lelaki.

Mari kita berbicara soal Najib dan Altantuya terlebih dahulu…

Faktanya, mahkamah telah memutuskan bahawa Najib tiada kena mengena langsung dengan kes kematian Altantuya dan Karpal Singh mengesahkannya sebagai peguam pemerhati kes itu.

Najib difitnah mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dan puak-puak Pakatan Haram cukup berbangga dengan gambar super imposed yang disebarkan secara konvensyenal dan di laman-laman web.

Melihat gambar itu, rasanya orang yang rabun pun takkan percaya kesahihannya. Nampak sangat gambar itu diedit oleh seorang amatur yang baru pelajar “photoshop”.


Najib turut bermubahalah dengan nama Allah SWT sebanyak 3 kali di dalam masjid-masjid, termasuk di mimbar, menafikan pembabitannya dengan skandal Altantuya atau seumpamanya.

Tiada sebarang video, audio atau gambar tulen yang membuktikan pembabitan Najib dengan Altantuya.

Raja Petra, seorang penglipur lara yang dipercayai selama ini ditaja Pakatan Haram telah menarik balik hikayat dongengnya berkenaan skandal Najib – Altantuya dan menegaskan bahawa dia sendiri sangsi dengan kebenaran hikayatnya itu.

Terbaru, kerajaan Perancis menegaskan bahawa Altantuya tidak pernah masuk ke negara itu dari tahun 1999 hingga 2006, sekaligus menafikan dakwaan kononnya Altantuya adalah agen pembelian Scorpene yang dibunuh Najib kerana menuntut komisyen.

Mana ada agen pembelian kapal selam yang tak perlu melawat negara yang membuat produk tersebut? Kalau nak projek buat longkang pun kena melawat tapak, takkanlah Altantuya tak perlu melawat Perancis kalau benar dia agen pembelian Scorpene?

Nampak sangat menipunya. Nak reka-reka cerita pun, biarlah logik sikit…

Kita beralih pula kepada Anwar Ibrahim dan skandal-skandalnya. Saya tulis “skandal-skandal”nya kerana Anwar dikaitkan dengan lebih dari 5 skandal seks..!

Faktanya, Anwar tidak pernah bermubahalah, bersumpah dengan nama Allah ataupun membuktikan bahawa dirinya tidak terlibat dengan skandal-skandal yang dikaitkan dengannya. Nak bersumpah dengan nama Allah pun takut?

Antara skandal-skandal Anwar yang terkenal ialah “Anwar vs. Saiful Bukhari”, “Anwar vs China Dolls”, “Anwar vs Sukma”, “Anwar vs Shamsidar”, dan filem yang dijangka “box office” serta bakal diterbitkan ialah “Anwar vs Siam Dolls”.

Itu baru sebahagian dari rakaman yang dikatakan sangat mirip dengan Anwar. Fakta forensik audio visual mengesahkan lelaki itu adalam 99% Anwar, cuma Hadi Awang dan pemimpin PAS saja yang terpaksa “cover line” mempertahankan Anwar.

Padahal dilaporkan lebih 90% pemimpin PAS dan DAP tahu dan mengaku bahawa lelaki itu memang benar-benar Anwar! Tapi mereka terpaksa mendiamkan diri sebab nak menang PRU ke-13…

Mana jam tangan OMEGA milik Anwar? Anwar dan Kak Wan dah tunjuk jam tangan itu? Bukti semudah itu pun Anwar tak mampu tunjukkan?

Bagaimana pula dengan video “ais krim” milik Nallakarupan? Dengarnya Anwar teruk kena jawab soalan-soalan maut dari Kak Wan, betulkah? Kalau dengan Kak Wan pun tak lepas nak jawab, macam mana nak jawab pada rakyat?

Macamana pula dengan air mani yang ada dalam salur dubur Saiful? Pakar kimia sahkan air mani itu milik Anwar. Mahkamah Cuma tolak cara bahan bukti itu disimpan, tapi mahkamah tidak nafikan air mani itu milik Anwar.

Macam mana air mani itu ada pada Saiful sedangkan air mani itu hanya EKSKLUSIF dimiliki oleh Anwar dan Kak Wan suami isteri sahaja. Kak Wan “supply” pada Saiful, kah?

Saya rasa, saya tak perlu tulis panjang tentang moral, tabiat dan sifat Anwar lebih lanjut. Rasanya pembaca lebih tahu dan arif, bukan?


Cuma kalian semua perlu fikir, antara Najib dan Anwar, siapa yang layak jadi PM? Takkanlah nak suruh Mahfuz atau Zuraida Kamarudin yang jadi PM, kot?

Tapi, seorang rakan saya pernah berkata bahawa lebih baik Mahfuz jadi PM berbanding Anwar. Kalau Mahfuz jadi PM, sekurang-kurangnya dia hanya bodoh sahaja. Tapi kalau Anwar jadi PM, maka teruklah Malaysia kerana dia bukan saja bodoh, tapi jahat lebih dari Zionis Yahudi Israel, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments: