Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 13, 2012

PEDASS BERAPI..!!! KHALID KOREK IDUNG CARI GADUH DENGAN GUAN ENG...?!!!

khalid gereja
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad awal pagi tadi agak marah apabila diasak melalui laman twitter mengenai kemungkinan Pakatan Haram yang akan menobatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan haram pembangkang itu menang pada PRU ke-13 nanti.

Pada mulanya, seorang pengguna Twitter menggesa agar rakyat bersedia untuk menerima Guan Eng sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram memenangi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, Khalid Samad yang “tersentuh” dengan gesaan itu mempertikaikan bagaimana Guan Eng boleh menjadi Perdana Menteri sedangkan DAP hanya bertanding di 48 kerusi dari jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen di seluruh negara.


“DAP brtanding 48 kerusi dari 222 Prlmn, bagaimana ianya boleh berlaku?,” katanya yang dipetik pada jam 2 pagi tadi, sejurus selepas tamat perlawanan bola sepak Euro2012 di antara skuad England bertemu Perancis.

Persoalannya, dari mana Khalid Samad tahu bahawa DAP hanya akan bertanding di 48 kerusi Parlimen sahaja pada PRU ke-13 nanti?

Apakah Pakatan Haram sudah selesai membuat pembahagian kerusi di antara mereka dan mencapai kata sepakat untuk menyerahkan sebanyak 48 kerusi sahaja untuk DAP dari jumlah 222 kerusi Parlimen?

Khalid Samad bukan Presiden PAS. Khalid Samad bukan Mursyidul Am PAS dan dia yang kerap keluar masuk gereja itu bukannya berjawatan Ketua Pembangkang mahu pun Ketua Pakatan Haram sekali pun!

Jadi, siapa Khalid Samad untuk menentukan jumlah kerusi yang akan dipertandingkan oleh DAP dan siapa dia untuk mempersoalkan kewajaran Guan Eng menjadi Perdana Menteri?

Layakkah dia bersuara sedemikian atau Khalid Samad hanya hentam semberono mengambil jumlah kerusi yang ditandingi DAP pada PRU ke-12 yang lalu?

Tidakkah Khalid Samad tahu bahawa DAP kini sedang melobi Anwar Ibrahim untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada PRU ke-13 nanti?

Tidakkah Khalid Samad sedar bahawa DAP kini mempunyai beberapa calon Melayu yang direkrut khas untuk mewakili mereka di kawasan-kawasan Parlimen yang punya majoiriti Melayu?

Tidakkah Khalid Samad peka mengenai cubaan DAP yang dikatakan dalam diam mendesak Pakatan Haram agar mengurangkan kuota PAS untuk diserahkan kepada parti “kembar” PAP itu?

Siapa Khalid Samad untuk menafikan hak Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan perlembagaan membenarkan seorang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri?

Jika benar pun DAP hanya bertanding di 48 kerusi Parlimen, dan bukan parti yang memiliki majoriti di Parlimen untuk menjadikannya Perdana Menteri, siapa yang boleh halang Guan Eng sekiranya dia dilantik ke jawatan itu?

Contohnya, jika dibandingkan dengan di antara parti di dalam Pakatan Haram, DAP memiliki kerusi Parlimen yang terbanyak berbanding PKR. Tapi, mengapa Anwar pula yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen?

Memang benar PKR menang 30 kerusi Parlimen dan DAP hanya menang 28 kerusi pada PRU ke-12. Tapi bagaimana dengan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti, dipecat dan sebagainya? Antaranya ialah Datuk Seri Zahrain, Gobalakrishnan dan Zulkifli Noordin.

Jadi kedudukannya ialah Ahli Parlimen DAP lebih banyak dari PKR sekarang dan mengapa Anwar Ibrahim masih “menebalkan muka” sebagai Ketua Pembangkang? Tak malukah?

Sewajarnya Khalid Samad diam saja dari bercakap mengenai jawatan Perdana Menteri. Yang pastinya jawatan tersebut tidak akan disandang oleh PAS. PAS hanya layak “dibalacikan” saja oleh DAP dan PKR. Itu saja standard PAS di mata Pakatan Haram.

Lainlah kalau PAS bergabung BN dan menjadi salah satu parti komponennya. Mungkin ada harapan untuk jadi Menteri. Tapi memandangkan “nabi PAS” berkeras tak mahukan perpaduan umat Islam, maka biarlah PAS terkontang-kanting “dikudakan” DAP dan PKR…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,bagaimana pula PAS nak jawatan PM tu ? Adakah PAS cukup kerusi untuk menuntut hak kerusi PM tu ? Khalid,lain kali bila bercakap ikut faktalah.Kalau setakat menang 30 kerusi parlimen,janganlah nak berangan PAS boleh dapat jawatan PM tu !

Bila Kak Su Bersuara... Heh!