Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 21, 2012

PEDASS..!!! APA YANG SALAHUDDIN MENGARUT KAT DEBAT NIHHH..???

din pudu
Agak “catchy” sedikit apabila mendengar kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyatakan bahawa rakyat akan dibenarkan berdemonstrasi sekiranya Putrajaya berjaya dikuasai oleh Pakatan Haram pada PRU ke-13 kali ini.

Salahuddin yang berdebat dengan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, berkata, demonstrasi tersebut bagaimanapun tertakluk kepada “standard of procedure” (SOP) yang dibenarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Saya tertawa sinis mendengar kenyataan Salahuddin yang sebenarnya sangat dangkal dan mentah itu. Apakah dia fikir Kerajaan BN di Putrajaya tidak membenarkan rakyat berdemonstrasi?

Apakah Salahuddin rasa pihak polis tidak mengamalkan SOP yang betul ketika berhadapan dengan para demonstran berbaju kuning pada setiap siri himpunan Bershit yang dianjurkan pihak Pakatan Haram sebelum ini?

Sebenarnya, Kerajaan BN memang membenarkan demonstrasi diadakan dan menggariskannya supaya mengikut SOP yang betul dari PDRM.

Dalam ertikata lain, jika para demonstran bertindak melampaui batas yang digariskan oleh SOP pihak polis, maka pihak polis boleh bertindak mengikut SOP anti-rusuhan yang ditetapkan perlembagaan dan ia selari dengan kehendak Salahuddin tersebut.

Jadi, apa yang istimewanya pada kenyataan Salahuddin itu? Kerajaan BN sudah pun mengimplikasikan prosedur untuk rakyat berdemonstrasi, bukan?

Lainlah Salahuddin berjanji akan membiarkan rakyat berdemontrasi mengikut selera mereka dengan membenarkan rakyat memenuhi jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk di kawasan yang padat.

Lainlah jika Salahuddin bersedia membenarkan rakyat berdemonstrasi di depan kedai-kedai dan premis perniagaan sehingga menggangu operasi perniagaan yang dijalankan disitu.

Apakah Pakatan Haram bersedia untuk membenarkan rakyat masuk berdemonstrasi di dalam bangunan kerajaan atau di depan pintu pagar pejabat kerajaan?

Jika benar, mengapa rakyat diarahkan untuk bersurai dan menamatkan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor tempohari?

Mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memanggil polis untuk berkawal di depan pintu pagar pejabat SUK Selangor dan meminta rakyat bersurai serta merta?

Itukah kebenaran berdemonstrasi yang dinyatakan oleh Salahuddin itu?

Persoalan utama kepada Salahuddin, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak PDRM sekiranya para demonstran bertindak ganas dan melanggar kawasan yang dibenarkan berdemonstrasi?

Misalnya, Salahuddin membenarkan kawasan seluas 100 meter dari kawasan ibu pejabat PAS untuk dijadikan kawasan rakyat berdemonstrasi dan dia meletakkan penghadang di sempadan yang dibenarkan itu.

Apa Salahuddin akan buat sekiranya para demonstran melanggar sempadan dan menceroboh penghadang yang dibuat oleh polis?

Apakah Salahuddin sedia menerima pencerobohan rakyat yang memberontak dengan ganas tanpa sebarang tindakan dari pihak polis?

Bolehkah polis membiarkan saja pencerobohan itu dan rakyat terus mengganas tanpa penggunaan “water canon”, cota atau pasukan FRU dalam situasi tersebut?

Jelaslah hujah Salahuddin tersebut telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan BN dalam tindakannya mengatasi demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh puak-puak Pakatan Haram tempohari.

Kebenaran untuk melakukan demonstrasi itu hanyalah “gimik bodoh” yang tiada membawa apa-apa makna pun. Tiada yang istimewa jika Pakatan Haram memerintah Malaysia dan selayaknya mereka dibakul sampahkan saja oleh rakyat…

Sumber:  Mykmu.net

6 comments:

nell said...

Hot!! mai pakat sggh cni http://tinyurl.com/d6njmv4

Anak Lenggong said...

Guang Eng panggil polis untuk mengawal rumah nya sewaktu Perkasa nak serahkan memorandum..Akbar utama pula dihalang untuk membuat liputan di Penang..ni amalan demokrasi ala Pembangkang ke..

Anonymous said...

Salam Bro,Salehudin ni bodoh yang tak boleh diajar.Biasalah.Orang bodoh akan mengeluarkan kenyataan yang menampakkan dirinya bodoh.

Anonymous said...

Tuan!,bila YB Zul bagi ceramah sikit mereka hantar kaki pukul,sebab apa jadi macam itu?.cakap ada betulkah?.lu punya Parti Auta Saja...!.

Anonymous said...

Kalu macam tu ,kito pakat2 g buat demontrasi di Kota DarulNaim,Tgk Macam mano sambutan TGNA

KlorocBleach

Anonymous said...

Din pudu, kami nak berdemo di Puduraya blh x?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!