Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 29, 2012

PANASSSS..!!! FAEKAH KATA GENG AZMIN BALUN KONTRAK LEBIH LUMAYAN DI SELANGOR..???

faekah
“Saya ambil sedikit aje..!”, mungkin itu yang dikatakan Faekah di atas. Meskipun dihujani dengan pelbagai kutukan dan desakan meletak jawatan dari para pemimpin serta penyokong PKR, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengaku masih “kebal” dan “tebal kulit muka”nya menahan segala cemuhan itu.

Dalam kenyataan terbarunya hari ini, Faekah menegaskan bahawa Khalid mempercayainya, malah menyerahkan lebih banyak tugasan dan tanggungjawab kepadanya untuk menguruskan hal ehwal Kerajaan Negeri Selangor.

Setiausaha Politik MB Selangor itu dikecam hebat oleh para pemimpin PKR Selangor ekorang tindakannya menggunakan “letter head” Kerajaan Negeri itu dan memberikan kontrak PNSB yang dikatakan “terpilih” kepada firma guaman anak saudaranya.

Antara yang dikatakan sangat marah terhadap Faekah ialah kumpulan pro-Azmin Ali, termasuk Shuhaimi Shafie yang menyelar tindakan Faekah baru-baru ini dan menuduhnya sebagai menyalahguna kuasa di pejabat MB.

Desas desus bertiup kencang semalam menyatakan bahawa pihak tertinggi PKR telah bermesyuarat mengenai Faekah dan dia dijangka akan meletak jawatan pada Jumaat (esok) selepas dipujuk oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah.

Persoalannya, mengapa hanya Faekah saja yang didesak untuk berundur? Mengapa hanya dia? Apakah kerana dia seorang wanita yang tidak bersuami maka dia boleh diperkotak-katik dan diserang sebegitu?

Memang benar Faekah “tersalah langkah” dan “langkah silap”nya itu telah berjaya dihidu oleh kroni-kroni Azmin Ali di Selangor.

Dan memang tidak dapat dinafikan ia menjadi ‘point” paling ampuh untuk mengenakan Faekah yang merupakan seorang yang paling dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan kroni-kroni Wan Azizah yang bermusuh dengan golongan pro-Azmin.

Tapi sebenarnya, kesalahan Faekah itu dikatakan amat kecil berbanding ramai lagi kroni-kroni Anwar dan Azmin yang telah mengambil kesempatan membolot projek-projek yang lebih besar di negeri itu.

Antaranya ialah projek-projek membabitkan pasir, perumahan, tanah dan projek-projek besar yang membabitkan urusan bernilai ratusan juta ringgit. Kalau projek harga berbilion, selalunya ia hanya diberikan kepada Anwar sahaja memandangkan gajinya hanya RM1 di Selangor, bukan?

Sewajarnya untuk berlaku adil dalam hal ini, PKR sepatutnya menyerang DAP yang dikatakan telah mengaut hampir semua projek-projek di Selangor melalui sistem “tender proksi terancang” sebelum diserahkan kepada sebuah syarikat khusus yang dikaitkan sebagai milik DAP.

Mujurlah mendiang Teoh Beng Hock sudah mati. Jika mendiang masih hidup, rasanya tidak kurang dari empat ADUN DAP di Selangor yang akan berjaya di heret oleh SPRM ke mahkamah berdasarkan maklumat dari mendiang Beng Hock.

Jadi, jika dilihat mengenai kontrak guaman PNSB yang “disebat” oleh anak saudara Faekah dan dibandingkan dengan kontrak-kontrak yang lebih lumayan yang diperoleh oleh kroni-kroni Azmin dan DAP, rasanya ia sangat berbeza nilainya.

Faekah hanya makan “ikan bilis”, tapi kroni-kroni Azmin dan DAP makan ikan Siakap, dan sesekali mereka akan berjaya menikmati “hidangan undang kara (lobster)” yang paling mewah!

Justeru itu, tak payahlah para pemimpin PKR dan DAP mendesak atau menekan Faekah kerana mereka lebih “pelahap” berbanding Setiusaha Politik kesayangan Khalid Ibrahim itu.

Sepatutnya, para pemimpin PKR Selangor patut desak Ketua Umum mereka untuk mengembalikan wang rakyat berjumlah RM3 bilion yang dimilikinya sebagaimana yang didakwa ramai pihak. Tak malukah mereka membuli seorang “gadis perawan” seperti Faekah?

Biarlah Faekah bertugas di Pejabat MB Selangor. Lagipun, PKR memang terkenal dengan sifat suka menyalahguna kuasa dan Faekah hanya mencontohi perangai Anwar dulu, salahkah? Kalau Anwar dulu boleh salahguna kuasa, mengapa Faekah tak boleh?

Simpanlah Faekah baik-baik. Lagipun, PRU dikatakan bakal menjelang tidak lama lagi. Faekah boleh dijadikan antara bahan terbaik untuk “mengebom” Pakatan Haram Selangor. Simpanlah dia, nanti senang sikit BN masa berkempen PRU ke-13 di Selangor..

Faekah lambang penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan penipuan Pakatan Haram di Selangor. Kalau individu berjawatan kecil macam Faekah pun dah teruk, bayangkan para pemimpin Pakatan Haram yang lebih tinggi jawatannya di Selangor!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!