Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 2, 2012

PANASSS..!!! ZUNAR MEROYAN BILA DIHARAMKAN, DIA HARAMKAN ORANG BOLEH PULAK..!!!

zunar gari
Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Suruhajaya Piliharaya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa penggunaan bahan kempen berbentuk karikatur tidak dibenarkan pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, tindakan tersebut diputuskan bagi mengelak sebarang unsur fitnah yang dilukis pada karikatur tersebut memandangkan ia boleh direka-reka mengikut kehendak akal dan mampu menjurus kepada bentuk tohmahan yang tidak benar.

Maka ekoran pengumuman itu, maka melentinglah Zunar, seorang kartunis upahan pembangkang yang mencari rezeki mencipta persepsi dan fitnah berbentuk sindiran di dalam karikaturnya.

Reaksi itu adalah normal bagi mereka yang cari makan dengan kartun-kartun fitnah seperti Zunar dan rakan-rakannya.

Meskipun begitu, ia juga satu keputusan yang agak mengecewakan saya kerana saya sebelum ini banyak melihat kartun-kartun yang berbentuk positif, informatif dan berfaedah yang diterbitkan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi menafikan dakyah kartun Zunar dan konco-konconya.

Bagaimanapun, saya terpaksa menghormati keputusan SPR tersebut memandangkan salah satu tanda sikap bertamadun ialah mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Dalam konteks ini, saya perlu patuh pada keputusan SPR itu.

Namun, khabarnya Zunar sudah mengeluarkan kenyataannya semalam mengenai pengumuman SPR tersebut dan dia menegaskan bahawa dia tetap mahu meneruskan kempen PRU ke-13 kali ini dengan karikatur-karikatur karyanya bagi menentang BN.

Pasa saya, reaksi sebegitu pun sudah dijangkakan. Maklumlah, puak-puak Pakatan Haram sememangnya tidak bertamadun, menggunakan undang-undang rimba dan memang suka melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Persoalannya, jika Zunar berdegil dan mahu SPR membatalkan keputusan itu, apakah Zunar sanggup menerima risiko buruk dari pembatalan tersebut?

Sekiranya dibatalkan keputusan SPR itu, Zunar sudah tentu akan lebih giat mengeluarkan karya-karya fitnah dan tohmahan dengan agenda hasutan jahat bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk membenci BN.

Sudah pasti Zunar akan menggunakan kartun-kartunnya menggarap persepsi buruk terhadap para pemimpin BN pada PRU ke-13 ini.

Namun, apakah Zunar sanggup berhadapan dengan kartun-kartun yang bakal diterbitkan oleh para penyokong BN nanti?

Apakah Zunar sanggup melihat para penyokong BN melukis gambar-gambar aksi panas Anwar, Azmin, Shamsidar, China Doll, Siam Doll, Mat Sabu, Normah dan lain-lain pemimpin Pakatan Haram?

Bagaimana nanti kalau para penyokong BN mengeluarkan kartun dalam versi rakaman video pendek yang menceritakan bagaimana modus operandi Anwar menghilangkan diri selama 2 jam dan beraksi bersama China Doll?

Bagaimana pula nanti jika wujud pula komik bersiri mengenai rentetan kisah Anwar yang beraksi panas dengan Shamsidar sambil makan “ais krim” sebagaimana yang diceritakan oleh Nallakarupan menerusi koleksi-koleksi videonya?

Apa kata kalau para penyokong BN mengeluarkan karikatur Zunar sendiri yang mempamerkan dirinya menerima upah lumayan dan “Siam Doll” dari agen Yahudi untuk memburuk-burukkan para pemimpin BN dan UMNO?

Kalau karikatur-karikatur sedahsyat itu dikeluarkan oleh para penyokong BN dan Pakatan Haram pada PRU ke-13 nanti, apakah Zunar sanggup menanggung dosa para pelakunya?

Jelas sekali akal Zunar “pendek”. Dia tidak merenung jauh tentang keputusan SPR itu dan tidak tahu untuk menilai yang mana satu baik dan yang mana satu yang buruk.

Agak memalukan apabila Zunar bersikap seperti keanak-anakan apabila gagal memahami sesuatu larangan yang mampu memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Agaknya, Zunar sudah kehabisan idea untuk menyerang kerajaan, mungkin…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

FreeKedah said...

Ketua kartunis Wayar Putus.

Zunar ni teringin jadi menteri katun selepas PRU.

Asal seorang kartunis yg tak berapa laku. Katun dia pun tak lawak sangat. Menumpang populariti & gelombang politik.

MUnkin dia rasa dia ni level Tok Lat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!