Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 22, 2012

PANASSS..!!! ZED ZAIDI "DATING" DENGAN 3 ARTIS CUN SERENTAK..???

Memegang jawatan tertinggi dalam persatuan Seniman iaitu sebagai Pengerusi persatuan itu, Zed Zaidi berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala kemelut masalah yang melanda antara artis-artis negara ini.

Setelah ‘risau’ dengan gelombang pergaduhan yang berlaku antara tiga pelakon wanita; Neelofa, Anzalna Nasir dan Tasha Shilla, Zed Zaidi pernah mengeluarkan kenyataan untuk campur tangan dalam hal tersebut.

Kerisauan Zed Zaidi semakin bertambah apabila Neelofa telah bertindak melantik peguamnya sendiri untuk mengendalikan kes fitnah yang dilemparkan oleh Anzalna terhadap dirinya.

Terbaru, Zed Zaidi dilaporkan akan memanggil ketiga-tiga pelakon wanita itu untuk duduk berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan isu fitnah-memfitnah itu di luar mahkamah.

Kata Zed Zaidi, Seniman berhak untuk menyelesaikan kes ‘rumit’ artis-artis itu memandangkan setiap dari mereka adalah ahli Seniman juga.

“SENIMAN bertanggungjawab menjadi ‘orang tengah’ bagi menyelesaikan pertelingkahan Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla kerana mereka adalah ahli persatuan.

“Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman.

“Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik,” kata Zed Zaidi dalam laporan Berita Harian.

Zed Zaidi sempat memberitahu, Anzalna sendiri ada berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dan langkah-langkah dalam menangani isu pergaduhan itu.

“Anzalna berjumpa saya di sebuah majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dia menceritakan segala-galanya dan saya akan berjumpa Neelofa tidak lama lagi untuk bertanya perkara sama,” katanya.

Bagi Zed Zaidi, isu remeh itu tidak perlu diperbesarkan. Sebaliknya, ketiga-tiga artis itu pelu bersatu dan berdamai supaya sumber rezeki mereka tidak terjejas memandangkan dunia artis di Malaysia tidaklah sebesar mana.

“Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti.

“Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik.

“Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh,” katanya.

Tasha Shilla dan juga Anzalna sudah pun memberikan reaksi positif mengenai cara penyelesaian perdamaian yang dibuat oleh Zed Zaidi ini.

Tetapi, Neelofa dikhabarkan masih lagi berdiam diri dan enggan mengulas lanjut apabila ditanya oleh pihak media. Apakah Neelofa turut bersetuju atau masih lagi berdegil untuk menyelesaikan isu fitnah yang disebarkan oleh Anzalna di dalam mahkamah? - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!