Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 22, 2012

PANASSS..!!! IZARA TAK INGIN BERAKSI DI RANJANG..!!!

KUALA LUMPUR – Nama pelakon wanita baru yang kian meningkat naik, Izara Aishah, 20, tetap dengan prinsip dan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran berlakon yang melibatkan aksi di ranjang atau pun watak wanita yang bersikap jahat buat masa ini.

Mengakui dia masih lagi baru dalam bidang lakonan, Izara tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang pelakon baru perlu mengaut apa sahaja watak yang ditawarkan.

Malah, dia menegaskan masih punya hak untuk menetapkan watak apa yang sesuai dibawakan olehnya dalam sesebuah drama atau pun filem.

“Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.

“Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa,” katanya seperti dalam mStar Online.

Baginya, dia tidak pernah menjadi besar kepala setelah mengecapi populariti untuk menjadi selektif dalam watak-watak yang ditawarkan.

Usianya yang masih muda dan memikirkan masih lagi banyak watak lain yang perlu diterokai membuatkan Izara tidak terlalu terdesak untuk melakonkan watak aksi ranjang.

“Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai. Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan karier gadis manis itu, Izara baru sahaja selesai terlibat dengan pembikinan iklan komersial bagi satu jenama makanan segera, Burger King.

Burger King Malaysia baru sahaja melancarkan iklan video komersial sepanjang 40 saat yang turut menampilkan pelakon lain seperti Fiffy Natasya bersama Izara Aishah.- Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

perkara yg pahit tapi benar...

pemakaian yg ketat dan menunjukkan susuk tubuh badan jugak ibarat telanjang jadi penolakan aksi ranjang bagi aku secara personal ni tak guna...

bila la golongan artis ni nak berubah pun aku tak tau tapi bila nak ubah jgn segan2 masuk pas ok...

kebajikan artis dijaga oleh PARTI ANJING SETIA...

BENJAMIN HADI AWANG yg penah kata mcm tu ok...

pejuang hamas...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!