Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, June 1, 2012

PANASSS DARI KEDAHHH..!!! TOK BASHAH "TABUH" AZIZAN RAZAK SUKU NYAWA..!!!


Perggghhh!!! Nampaknya UMNO Kedah dah main "kasar". Heh! Semalam, Tok Bashah dan "balun" Azizan Razak...muahahahahaaa...!!! 

Boleh tahan jugak Tok Bashah...berani dia "balun" Azizan..! Setahu aku, tak ramai pemimpin UMNO Kedah yang berani "balun" Azizan secara terbuka...heh! Bravo Tok Bashah. Tak rugi aku mengundi kat DUN Bakar Bata...

Paling best, Tok Bashah kata Azizan ni macam "joker"..!!! Heh! Kalau kat istana, kiranya Azizan ni pangkat jadi "jester" laaaa...tukang buat lawak bila Raja tengah marah...heh!

Tok Bashah "belasah" Azizan pasal balak kat Kupang tu. Kes kat balak kat Kupang tu, aku dan kawan-kawan blogger aku yang keluarkan kes tu secara eksklusif..!!! Lepas kami blast, baru RTM, TV3, Sinar dan media arus perdana datang cover kes tu...heh!

Kerja aku and the geng la tuuuuhhh..! Heh! Pueh hati aku wehhhh..!!!

Aku tak mau kata apa lagi. Aku akan belasah kes balak kat Gunung Inas tu sampai Azizan surrender! Kes lain ada banyak lagi dalam tangan aku...heh! 

Buat masa ni, aku bagi kredit penuh untuk Tok Bashah pasal berani "balun" Azizan...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan Menteri Besar Kedah Azizan Razak sebagai pelawak apabila tidak memandang serius desakan orang ramai mengenai pembalakan di Baling.

"Membaca reaksi Azizan yang berkata air sungai itu keruh kerana hujan lebat dan beliau menyindir pemuda pemudi yang membuat demo itu, saya rasa kenyataan itu hanya sesuai dibuat oleh seorang pelawak," katanya.

"Beliau sepatutnya memandang serius perkara berkenaan kerana melibatkan kepentingan rakyat. Mereka bersuara kerana gelisah dengan apa yang berlaku. Tetapi Azizan memperkecilkan suara rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan kerajaan persekutuan kepada 25 persatuan pemandu teksi dan 43 persatuan penjaja di Anak Bukit hari ini.

Ahmad Bashah berkata air keruh itu berpunca daripada hujan yang turun yang membawa bersama hakisan tanah.

Hakisan tanah itu berlaku kerana sudah tiada pokok yang menguatkan struktur tanah, katanya.

"Daripada maklumat penduduk, dahulunya sungai itu airnya jernih dan digunakan untuk saluran air masyarakat tetapi sekarang sudah tidak boleh digunakan kerana sudah kotor," katanya.

Ahmad Bashah berkata rakyat mahu melihat tindakan dan bukannya penafian.

"Ambil tindakan segera sama ada arahkan berhenti pembalakan itu dan kaji semula pembalakan di situ, bukannya memperlekehkan mereka yang bersuara. Mungkin Azizan perlu meninjau sendiri masalah rakyat di sekitar Baling abru beliau memahami penderitaan mereka kerana pembalakan," katanya.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!