Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 21, 2012

PANASSS..!!! BUKTI PEMUDA PAS POLITIKKAN PILIHANRAYA KAMPUS..!!!

Riduan Mohd Nor
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat yang terkenal dengan “buih pepsi cola”nya menuduh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempolitikkan Pilihanraya Kampus (PRK) dan meminta semoga ia disegerakan.

Ketua Penerangannya yang dikatakan sedang cuba melobi untuk menjadi calon mewakili PAS pada PRU ke-13, Riduan Mohd Nor berkata, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac lalu namun ia ditangguhkan oleh KPT dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) sehingga September ini.

Dia memberi alasan bahawa penangguhan itu merupakan satu “perjudian masa depan pelajar” kerana dia fikir para mahasiswa tidak punya ketua atau perwakilan pelajar di universiti-universiti awam itu.
Pertamanya, tahukah Riduan bahawa KPT tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal politik para pelajar termasuklah mengatur PRK?

Tahukah Riduan bahawa penangguhan PRK itu dilulukan KPT setelah ia disyor supaya ditangguhkan oleh HEP di universiti-universiti tersebut dan ia tiada kena mengena dengan politik atau campur tangan KPT.

Saya ingin membawa kembali kengan Riduan mengenai insiden himpunan Bershit 3.0  yang baru-baru ini mengganas di Dataran Merdeka di mana didapati ada dikalangan pelajar yang “kurang ajar” telah menyertai himpunan itu.

Mungkin mereka termakan hasutan Dewan Pemuda PAS untuk berkelakuan bodoh dan seolah-olah tidak terpelajar sebgitu, mungkin?

Namun, KPT langsung tidak mengambil tindakan terhadap budak-budak belaan Pakatan Haram itu dan hanya membiarkan kepada pihak HEP dan pentadbiran universiti terbabit untuk mengambil apa-apa tindakan yang wajar.

Jadi, di mana kebenarannya dakwaan Riduan yang mengatakan kerajaan mempolitikkan PRK mahasiswa?

Sebenarnya, secara sedar atau tidak, PAS lah yang campur tangan dan mempolitikkan PRK dan bukan kerajaan BN.

Saya ingin bertanya pada Riduan. Dia mewakili parti mana dan mengapa dia bersuara mengenai PRK tersebut di atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat? Bukankah PAS itu parti politik?

Jadi, jelaslah Riduan sendiri yang mempolitikkan PRK. Sepatutnya, Riduan harus membiarkan pihak pentadbiran universiti yang menguruskan atau menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRK di kampus-kampus.

Pihak pentadbiran universiti lebih arif tentang kalendar universiti, program-program, kursus-kursus dan sebarang aktiviti di dalam kampus berbanding Dewan Pemuda PAS yang hanya tahu “menyalak” tanpa kewarasan sebenar.

Jelaslah tuduhan Riduan itu tidak benar sama sekali dan berniat jahat terhadap kerajaan, khususnya KPT yang selama ini begitu cemerlang mengangkat martabat IPTA di mata dunia.

Namun kerana hasutan dan dengki dari Pakatan Haram, beberapa pelajar di IPTA menjadi kurang ajar, biadap, malas belajar dan lebih gemar tidur di atas jalan raya selain suka memanjat serta menggoncang pagar di waktu malam.

Malulah sedikit pada rakyat Malaysia, wahai Pemuda PAS. Harapnya selepas ini tek payahlah lagi bersuara. Bukanlah saya takut pada suara Pemuda PAS, tapi saya risau jika saya dan rakyat semua hilang rasa hormat pada Pemuda PAS. Baik diam dari merapu tak tentu hala..kan?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

merah mato said...

Salam perjuangan,
Blog tuan telah sy follow dan dipautkan di blog sy. Harap tuan dapat follow & link kan blog sy di blog tuan yang hebat ini 

http://merahmato.blogspot.com

merah mato said...

Salam perjuangan,
Blog tuan telah sy follow dan dipautkan di blog sy. Harap tuan dapat follow & link kan blog sy di blog tuan yang hebat ini 

http://merahmato.blogspot.com

Bila Kak Su Bersuara... Heh!