Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 20, 2012

PANASSS..!!! BLOGGER PAS KATA DYMM SULTAN JOHOR "BODOH"..? NAK MAKAN PENAMPOR KE..???!!!

SEBAGAIMANA maklum, kenyataan Nizar di Twitter mengenai pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh DYMM Sultan Johor telah mencetus kontroversi sehingga membangkitkan kemarahan rakyat kepada bekas MB Perak yang aktif sebagai “boneka Nga dan Ngeh” itu.

Nizar dilaporkan semakin tertekan mengenai bantahan dan kebencian rakyat kepadanya, termasuk ramai penyokong PAS di Perak yang panas hati dengan keceluparan bekas Menteri Besar itu terhadap institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

Dulu Nizar derhaka kepada DYMM Sultan Perak yang sebelumnya melantiknya sebagai Menteri Besar. Kini dia biadap, kurang ajar dan derhaka pada DYMM Sultan Johor pula.

Dia sedar mengenai kemarahan rakyat, khususnya umat Islam dan masyarakat Melayu padanya berkenaan isu ini. Dia juga tahu para penyokong PAS Perak marah padanya. Pada siapa dia nak mengadu?

Desas-desus ada menyatakan bahawa Nizar terpaksa menggunakan khidmat penulis blog “upahan” PAS, Sayuti Omar untuk melakukan “damage control” atas onar yang dilakukannya kali ini.

Terbaru, Sayuti tanpa rasa bersalah menulis di blognya untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap Nizar dan bekas Menteri Besar itu disarankan agar tidak lagi melayan isu tersebut selepas ini.

Sayuti dalam tulisannya menganggap isu tersebut sebagai remeh dan mendakwa bahawa DYMM Sultan Johor tidak bijak dalam menangani isu tersebut selain menyatakan bahawa Baginda tidak perlu murka pada Nizar.

“Apalah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh martabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar” kata Sayuti yang dipetik dari laman blognya baru-baru ini.

Jika diperhalusi makna di sebalik tulisan Sayuti itu, jelas menunjukkan dia meremehkan penghinaan dan sikap kurang ajar Nizar terhadap DYMM Sultan Johor.

Tahukah Sayuti bahawa isu kurang ajar dan biadap merupakan satu insiden yang sangat serius sehingga boleh menyebabkan seseorang itu merengkok di dalam penjara dalam tempoh tertentu?

Di Thailand, seorang warganegara di negara itu pernah dipenjarakan akibat keceluparannya menghina dan menderhaka kepada Raja Thailand.

Rasanya di Malaysia belum ada lagi tindakan undang-undang yang dikenakan kepada penderhaka walaupun insiden itu pernah berlaku sebelum ini dan apakah Nizar mahu menjadi yang pertama dipenjara kerana kebiadapan tersebut?

Sayuti berkata, martabat DYMM Sultan Johor tidak jatuh sekiranya Baginda tidak murka mengenai isu tersebut?

Saya ingin bertanya kepada Sayuti, sekiranya saya menghina dan menyindir sesuatu yang tidak benar mengenai ibubapa atau dirinya sendiri, apakah dia tidak perlu marah?

Adalah normal untuk mana-mana manusia di dunia ini untuk berperasaan marah jika ada yang berkurang ajar dengannya dan DYMM Sultan Johor tidak terkecuali dalam hal tersebut. Apa hak Sayuti menafikan hak DYMM Sultan Johor untuk murka pada Nizar dalam isu tersebut?

Sayati kata DYMM Sultan Johor “bijak” jika mendiamkan diri dan “lebih bijak” kalau memaafkan Nizar.

Dalam kata sebaliknya, Sayuti bermaksud bahawa “DYMM Sultan Johor ‘bodoh’ kerana murka terhadap Nizar dan ‘lebih bodoh’ kerana tidak memaafkan Nizar”, bukan?

Jelaslah kenyataan ini juga boleh dikategorikan sebagai satu penghinaan terhadap institusi kesultanan dan Raja-Raja Melayu, khususnya DYMM Sultan Johor!

Ia adalah satu lagi bentuk penderhakaan yang berlaku. Jika sebelum ini Nizar saja yang menderhaka, kini Sayuti dalam usaha cuba membersihkan nama Nizar, dia sendiri telah menderhaka..!!!

Pada saya, DYMM Sultan Johor berhak murka pada Nizar yang celupar. Baginda Sultan perlu murka padanya setelah Nizar sebelum ini menderhaka kepada Kekanda Baginda, DYMM Sultan Perak.

DYMM Sultan Johor juga sangat bijak menempelak Nizar dan menzahirkan kemurkaannya terhadap Nizar kerana jika Baginda membiarkan penderhakaan sebegini berlaku, ia akan menggalakkan lebih banyak individu yang biadap terhadap DYMM Sultan-Sultan lain di negara ini.

Pada saya, Nizar dan Sayuti kini bolehlah disenaraikan sebaris bersama nama-nama pengkhianat serta penderhaka lain seperi Raja Mendaliar, Si Kitul dan sebagainya. Mereka harus diambil tindakan dan dihukum segera atas penderhakaan yang dilakukan itu..!

Sumber: Perak Today

5 comments:

SELAMATKAN MALAYSIA said...

tak payah cela mak bapak..


cukup panggil nik aziz tanpa panggilan depan 'Tuan Guru' orang pas dah marah kononya tak hormat tok guru kesayangan mereka...

sayuti omar..malam yang celaka untuk kau

Anonymous said...

sayuti omar kamu ni goblok ,mangkok taktau baca sbb berpaksi dgn parti bodoh pas dan bersekongkol dgn lebai2 dunia
i hope you dont mind with my statement

Anonymous said...

sayuti ni memang dah lama goblok pun..apa nk heran. si nizar tu lagi la. sejak kereta terbalik makin mengong kepala hotak dia..tak lama lagi ke tg rambutan le tu. pasal dia ingat dia masih MB prak eh perak.

tak lama lagi dia akan bercakap seorang dan tak ada orang yang nak mendengar selain dari room mate dia yang kat tg rambutan tu ..hahahaha

Anonymous said...

memang remeh kecik pnya hal. klu sultan yg adil lg bijaksana bejiwa rakyat tak zalim dia yg akan minta maaf bukan rakyat kerana pekara begini amat sensitif menyentuh jiwa golongan rakyat marhaen yg nak bayar cukai m/sikal 2rm pun tak mampu!? kenderaan rasmi raja, menteri dan pembesar tak pakai no plat pun tak pa sebab tak yah r/tax dan tak akan disaman!!!???

Anonymous said...

sayuti dan nizar otak tak cukup bilangan neutronnya... tulah pasal kurang bijak! eh jangan marah yer, aku bukan kutuk cuma menyatakan pendapat peribadi... jangan marah yer, adalah lebih BIJAK kalau tak marah!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!