Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 6, 2012

PANASSS..!!! BEKAS KETUA PENERANGAN PAS KANTOI MENIPU..!!!

Bekas Ketua Penerangan PAS yang diturunkan pangkat menjadi AJK PAS biasa, Idris Ahmad, cuba menonjolkan dirinya seolah-olah cuba menjadi juara apabila menafikan sebarang bentuk pembayaran atau “duit minyak” kepada para penyokong PAS yang menyertai Himpunan Hijau 100k Ke Putrajaya baru-baru ini.

Dalam kenyataannya di laman rasmi PAS, Harakahdaily, semalam, dia yang bagaikan “kemaruk mahukan jawatan Ketua Penerangan” parti itu kembali, menyatakan bahawa orang PAS tidak seperti orang UMNO yang kononnya perlu disogok untuk ke majlis anjuran parti.

Sebenarnya, tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya para pemimpin UMNO terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi para penyokong tidak mampu mengeluarkan belanja, tapi bersemangat mahu menghadiri majlis anjuran parti.

Sebagai contoh, sekiranya majlis tersebut berlangsung di Alor Setar, para penyokong yang tinggal jauh seperti di Baling, Sik dan kawasan-kawasan lain terpaksa mengeluarkan wang yang agak membebankan mereka dan keluarga.

Namun, atas dasar membantu dan meringankan beban para penyokong tersebut, maka mereka diberikan sedikit wang untuk mengisi minyak kenderaan.
Salahkah pemberian seperti itu?

Dan untuk pengetahuan Idris Ahmad, para penyokong yang tidak layak, mampu dan tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut sememangnya tidak mendapat apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Tapi mereka tetap juga hadir di majlis…

Tapi, Idris menafikan sepenuhnya bahawa PAS tidak membayar sebarang bayaran meskipun dalam bentuk “duit minyak” sebagaimana UMNO.

Benarkah dakwaan Idris Ahmad itu? 

Pada saya, sama ada orang PAS atau UMNO, kita semua beragama Islam dan Islam melarang umatnya berbohong.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan PAS, khususnya dari golongan muda bahawa ramai di kalangan para penyokong parti itu menerima bayaran “duit minyak” dari pemimpin-pemimpin mereka.

Tidak banyak pun bayaran yang mereka terima.

Katanya, bagi penunggang motosikal akan diberikan sebanyak RM20 untuk petrol. Bagi mereka yang datang dengan bas pula akan diberikan sebanyak RM50 dan mereka yang datang dengan kereta sendiri pula akan diberikan sebanyak RM150.

RM20 itu ialah untuk satu kepala. Ia diberi sebanyak itu memandangkan mereka yang menunggang motosikal dipercayai tinggal berdekatan dengan Alor Setar dan memadai untuk mengisi minyak dan membeli air bagi melepaskan dahaga mereka menjerit atau bertakbir.

RM50 juga diberikan ikut jumlah kepala bagi yang menaiki bas. Ia diberikan sebanyak itu kerana dipercayai mereka datang dari jauh dari luar Kedah seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor, Perak dan sebagainya. Sekurang-kurangnya bayaran itu boleh menampung perbelanjaan makan minum mereka di sepanjang perjalanan.

Bagi yang berkereta pula, RM150 itu untuk satu kepala itu diberikan kepada mereka yang juga datang dari luar Kedah, atau yang tinggal agak jauh dari Alor Setar seperti di Sik, Baling dan sebagainya.

Wang tersebut diberikan untuk “milage claim”, minyak dan makan minum, yang diselalunya dikongsi bersama  bagi seisi kereta. 

Pada saya, bayaran atau pemberian itu adalah wajar dan patut diberikan kepada para penyokong PAS yang hadir di majlis Himpunan tersebut.

Namun, rakan-rakan PAS saya itu juga tidak menafikan bahawa ada juga para penyokong PAS yang hadir dan tidak mendapat sebarang bayaran dari mana-mana pihak. Ia adalah kerana dipercayai mereka mampu atau “tidak diberitahu” mengenai bayaran tersebut.

Persoalannya, semua maklumat tersebut diceritakanoleh rakan-rakan saya dari Kelantan dan Terengganu yang kebetulan masih di Kedah. Lebih penting lagi, mereka menceritakan soal bayaran tersebut ketika saya bertemu dengan mereka pada malam himpunan itu.

Dalam ertikata lain, mereka menceritakan “rahsia bayaran” dari PAS kepada para penyokong parti SEBELUM Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan menafikan bayaran tersebut. Rahsia terbuka lebih awal dari penafian?

Jadi, siapa yang berbohong? Idris Ahmad atau rakan-rakan saya yang membelanja saya makan bihun sup di gerai himpunan pada malam itu dengan “duit bayaran” tersebut? Idris Ahmad menipu atau para penyokong PAS (rakan-rakan saya) yang menipu?

Saya ingatkan sekali lagi, penganut agama Islam sebenar tahu bahawa hukum menipu adalah berdosa dan jangan ingat saya tiada rakan-rakan yang menyokong PAS secara “totok”…

1 comment:

Anonymous said...

Agak-agaknya ajaran PAS membolehkan ahlinya berbohong kerana nawaitu mereka ingin menegakkan negara Islam, chup, negara kebajikan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!