Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 23, 2012

PANAAASSS..!!! RAFIZI BERSKANDAL DENGAN FAEKAH...???!!!

rafizi
Nampaknya krisis politik yang melanda Pakatan Haram semakin meruncing. Terbaru, Rafizi Ramli telah meletak jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan tindakan secara drastik itu telah menjadi tanda tanya dan mencetus pelbagai spekulasi.

Iyalah, tiba-tiba saja letak jawatan sebagai CEO. Rafizi beri alasan bahawa dia “letih” dan mahu berehat menjelang Ramadhan. Kononnya, dia mahu berehatlah…

Bolehkah diterima alasan tersebut? Jawatan yang tinggalkan Rafizi itu bukan jawatan biasa seperti kerani atau peon, tapi CEO..! Bukan kecil anak jawatan tersebut. Hanya kecil sedikit dari jawatan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Dia bekas orang No.2…

Khabarnya ada Rafizi Ramli yang sememangnya “adik didik” Anwar dan sekutu “team” Azmin, tidak sebulu dengan Faekah Husin, Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Faekah pula sudah semestinya pro-Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim pula adalah pro-Wan Azizah dan Nurul Izzah. Sudah tentulah mereka “tidak sebulu”.

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa sikap “singa betina” Faekah terhadap “team” Azmin telah menyebabkan Rafizi tidak bebas bergerak dan melakukan aktiviti sesuka hatinya dengan menggunakan dana dari Kerajaan Negeri Selangor, meskipun dia seorang CEO Pejabat Ekonomi.

Faekah dikatakan mengawal semua keluar masuk kewangan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, termasuk Rafizi dan Anwar sendiri.

Ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati Rafizi terhadap Faekah yang selalu mempertikaikan segala perbelanjaan Pejabat Ekonomi Selangor yang dikendalikan oleh Rafizi.

Sedangkan yang peliknya, Faekah dikatakan tidak pernah mempersoal segala peruntukan atau “claim” yang dipohon dari “team” Khalid Ibrahim dan Kak Wan. Ia dijangka telah menyemarakkan lagi kemarahan Rafizi terhadap Faekah.

Begitulah ceritanya mengenai perletakan jawatan Rafizi Ramli dari satu sumber dalaman yang saya terima petang tadi. Benarkah begitu, wahai Rafizi?

Pada saya, agak tidak masuk akal untuk meletakkan jawatan CEO yang dilantik Anwar, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang dikatakan akan berlangsung tidak lama lagi.

Sepatutnya, ketika inilah Rafizi sebagai CEO Pejabat Ekonomi Selangor sebok menguruskan ekonomi negeri itu dan melaporkan laporan ekonomi negeri yang dikatakan “untung besar” di bawah Pakatan Haram.

Lainlah jika Rafizi malu untuk dedahkan prestasi ekonomi Selangor yang sebenarnya merudum ke graf paling bawah dalam sejarah negeri itu.

Lainlah jika Rafizi enggan bertanggungjawab dengan laporan audit yang diputar belitkan dan mengaku hakikatnya Selangor sememangnya hampir muflis.

Lainlah jika Rafizi meletak jawatan kerana malu untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa terdapat penyelewengan besar di dalam perbendaharaan negeri Selangor.

Pada saya, Rafizi tak perlu malu untuk mengaku segala kelemahan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Lagipun, Penasihat Ekonomi bertaraf “RM1” itu bukannya seorang yang berlatar belakangkan pendidikan ekonomi.

Dia pegang jawatan Menteri Kewangan pun dulu gagal! Dia nak jual pulak negara kepada IMF. Macam itukah seorang “economist”? Rasanya, buat bajet belanja dapur pun dia tak mampu…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Solat isthikhrah dulu sebelum tulis apa-apa atau sokong mana-mana parti

Bila Kak Su Bersuara... Heh!