Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 7, 2012

PAKATAN HARAM JANJI TAK MENGGANAS, HANGPA PERCAYA KE..???!!!

pakatanharamjamin



SELEPAS Bersih 3.0 berakhir dengan keganasan, Pakatan haram cukup trauma dikaitkan dengan perkataan itu (keganasan).  Maklumlah, nak cakap mereka pencinta keamanan pun dah tak  boleh sebab banyak bukti menunjukkan Pakatan haram dan 3 komponennya PAS, PKR dan DAP adalah pejuang keganasan.

Justeru mereka reka dan provok banyak kejadian selepas 28 April untuk kaitkan pihak lain dengan keganasan, terutama sekali UMNO atau paling tidak polis.

Beberapa kejadian di kesan antaranya di Johor, di Lembah Pantai malah di Himpunan Langau Hijau di Alor Star 1 Jun lepas pun ada cubaan mengaitkan polis cuba menimbulkan keganasan disitu, berikutan penemuan 2 bungkusan plastik berisi Bateri kereta dan jam loceng – gambarannya bom buatan sendiri.

Apa bateri kereta dan jam loceng boleh dikaitkan dengan letupan, dari segi logik mustahil sama sekali, tapi yang dah tuduh pun Mahfuz, SRP tak lulus, terima sajalah tuduhan itu macam lawak jenaka biasa.

Tapi pokoknya disini ialah cubaan Pakatan haram menunjukkan pihak lain, bukan mereka yang ganas.

Sebab itu bila bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menuduh PAS, DAP dan PKR akan menimbulkan kekecohan jika kalah dalam pilihanraya umum akan datang, perkara pertama sekali yang dilakukan Pakatan haram ini ialah mengeluarkan kenyataan berbentuk keamanan seperti sopan (Hadi), gentleman (Anwar) dan seumpamanya.


Kalau difikirkan, ini respon balas yang agak pelik melainkan Pakatan haram ini memang rancang sesuatu dan terperanjat bila Mahathir menyebutkannya, “macam mana Mahathir tahu?”, mungkin itu yang bermain diminda.

Dalam keadaan biasa, Pakatan haram akan menyerang Mahathir dulu, selepas itu baru cerita.  Ini dia cerita dulu, kondem Mahathir kemudian.

Dan sememangnya kita perlu risau dengan kebarangkalian itu (keganasan kalau Pakatan kalah).  Sekarang pun Anwar sudah main persepsi Pakatan haram ini kuat dan akan menang, kalau kalah itu sebab penipuan.  Dia main isu ini hari-hari, tanam dalam pemikiran rakyat, jadi kalau mereka kalah besok, senanglah dia nak tekan butang merah – serang (cetus keganasan).

Kalau tak percaya lagi, masuklah juga dalam blog dan facebook pro Pakatan haram, semuanya penuh dengan kebencian, penuh dengan kemarahan dan penuh dengan provokasi.  Kalau takde isu dia reka, isu kecil dia besar-besarkan, isu besar, depa letup-letupkan.

Ini semua persediaan untuk memulakan kekecohan nanti sebab Pakatan haram ini tahu depa akan kalah.  Lagipun takde sebab mereka boleh menang, tahun 2008 itu berbeza, itu ada isu Paklah & co.  Anwar watu itu pun tak tahu nak menang banyak, sebab itu kualiti ahli parlimennya hancur bancau, yang tak reti cakap melayu pun ada.

Tak tahu dunia mana Anwar hidup, sebab logiknya tidak ada siapa yang berani meramalkan Pakatan haram ini menang.  Temberang banyak, janji banyak tak tunai, sokong yahudi, pertahan negara Israel, masalah air tak selesai dan sebagainya.

Sedangkan BN laksana begitu banyak janji, yang tak dijanjikan pun dilaksanakan juga.  Rakyat nampak dan rakyat merasainya sendiri, bukan sekadar angan-angan kosong macam janji palsu Anwar.

Oleh yang demikian, penulis yakin Pakatan akan kalah dan kekecohan besar besaran menolak kekalahan itu akan dilaksanakan Anwar.  Ingat saja cakap penulis ini sebab inilah yang akan berlaku nanti.

Bersih 3.0 membuktikan Pakatan haram ini ada keupayaan melakukan keganasan dalam skala besar, yang melegakan, Bersih 3.0 juga menunjukkan polis kita sentiasa bersedia dengan apa juga kemungkinan.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

boleh percayakah biawak berkata-kata-lidah bercabang.kalau depan belakang semua sapu ,inikan pula hanya bermadah?.lidah tak bertulang oii!.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!