Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 6, 2012

OH YEAHHH..!!! POK NIK BER"K-POP" BERSAMA ANWAR BERAHIMMM..!!!

bertam+nite+tari[1]


Tika ini sesetengah media maya  masih seronok memperdebatkan isu K-pop terutama sekali yang melibatkan persembahan artis Korea di Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB 2012) minggu lalu.

Di masa yang sama sebahagian lagi turut mengulas perihal penyertaan kumpulan K-pop di Konsert MTV World I-City di Shah Alam yang berlangsung kurang seminggu sebelum Ramadhan 2011.


Dalam pada itu, paling terbaru entah apa k-pop pula yang memeriahkan majlis makan malam anjuran PKR Pulau Pinang sampaikan kalut habis pimpinan PKR melakukan sesegera mungkin langkah damage control.
http://1.bp.blogspot.com/-FWUWgrXfyf0/T830tY3iKyI/AAAAAAAADKg/iiomsOBBjEQ/s1600/bertam+nite+tkm+pp.jpg 
Macam biasalah modus operandinya sama, bila kena atas dahi sendiri tak payah mengaku salah melainkan di cari saja kambing hitam ataupun sapu saja bawah karpet semata-mata takut di kritik dan enggan mengaku kesalahan sendiri.
 
Inilah yang terjadi bila tiga orang wanita seksi ala-ala 60-an tergedik-gedik menari sambil gelek kiri kanan di majlis PKR, punyalah tertekan dengan pendedahan video tarian jelik tersebut tak semena-mena mereka menyalahkan penaja program.
Pihak penaja telah dengan sengajanya mencemarkan majlis ini yang membuatkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Adun Penanti Dr Mansor Othman terkejut biawak sehingga tamatnya tarian ini muncul di atas pentas pihak pengacara majlis yang telah menjelaskan tentang perkara ini…
jelas pihak penaja dengan sengajanya telah mensabotajkan program ini…jika masih ada keraguan boleh hubungi saya ditalian 0124607557..-saya yang menjalankan tugas,Khairul Nadzmi Ramli,AMK Permatang Pauh- (link)
Yang syok tu, dalam pada terkejut biawak dan menyalahkan pihak penaja, boleh pula dibiarkan saja tarian gelek itu berlangsung hingga tamat. Berjurus sungguh.

Dah jadi macam lebai malang pula, terkejut beruk tengok jantan spastik meliwat kambing sambil mata memandang dengan penuh gelora nafsu sampailah si jantan spastik itu selesai aksi songsangnya. Tak ke gila namanya tu? Mengarut punya alasan.
 
Berbeza sekali dengan isu K-pop yang melibatkan program anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS), bila ramai pihak termasuk mufti mengkritiknya, pihak KBS tidak pula menuding jari menyalahkan pihak penyelia atau penaja program sebaliknya mengambil tanggungjawab penuh meminta maaf dan bersedia memantaunya pada masa akan datang.
PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. (Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012– Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

1 JUN 2012
Dua isu yang hampir sama – hiburan oleh artis yang berpakaian menjulingkan mata, tapi cara bertindak yang berbeza. Satu pihak macam biasa mencari kambing hitam sambil sapu sampah ke bawah karpet, satu pihak lagi gentleman menghadapi kritikan dan bersedia mengakui kesilapan.

Perbandingan di antara dua pihak ini dalam menghadapi situasi tertentu dan permasalahan yang dihadapi, rasanya mencukupi untuk kita membuat penilaian yang tepat siapa yang lebih layak untuk terus mentadbir negara kita. 

Kalau suka hidup dalam denial syndrome pilihlah parti yang suka bermain dengan tetek kambing, tapi kalau sebaliknya, anda tahu pihak mana yang selayaknya.

* sambil itu apa kata kita layan seketika video kat bawah dari genre kelate pop (k-pop jugak). ini pun satu lagi masalah syndrome down aka denial syndrome, masih ada lagi yg malu-malu kucing nak mengaku yang minah-minah tembam seksi ni semuanya anak Kelate. Balik-balik puak tu kata ni artis dari Siam. ha..ha..

1 comment:

pkrbengkok bengkok said...

http://www.youtube.com/watch?v=o2cPV8RMkNg&feature=youtu.be

mari bersama tonton and share

janji tipu pembangkang

Apa guna berjanji

Bila Kak Su Bersuara... Heh!