Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 11, 2012

MAS Bukan Badan Kebajikan Masyarakat, Kan? Heh!


Memandangkan aku pernah sentuh mengenai cerita MAS tempohari, rasanya aku sebagai rakyat yang turut membayar cukai, wajar memberi sedikit sebanyak komen dan pandangan mengenai perkembangan terkini syarikat penerbangan tu...

Bukan apa, baru-baru ni aku dapat tahu bahawa MAS dapat fund dari beberapa buah agensi kewangan, termasuk dari beberapa bank. Walaupun ia adalah dalam bentuk sukuk, aku percaya pihak yang berikan pinjaman itu yakin dengan keupayaan MAS untuk bangkit kembali...

Ye laaa...kalau diorang tak yakin, takkan la diorang nak bagi MAS pinjam duit diorang pulak, kan?
Aku dengar, MAS dapat fund RM9 bilion. Walaupun bukan dapat seketul RM9 bilion dan hanya dapat sikit-sikit, aku lihat itu adalah perkembangan positif...maknanya, dana yang diperlukan itu bukannya datang “directly” dari Kerajaan atau Khazanah...

Then, aku dapat tahu bahawa baru-baru ni MAS ada jemput media buat coverage testing pesawat Airbus A380 yang baru sampai kat KLIA tu. Khabarnya first route akan menghala ke London Julai ni...

MAS akan terima 6 buah pesawat Airbus A380 dan berbelas pesawat Boeing 737-800 baru. Maknanya, takde lagi alasan dari MAS nak kata pesawat tak cukup atau tak mampu nak bersaing dalam industri penerbangan dunia.

Duit dah dapat, pesawat pun dah dapat...

Yang tinggal sekarang ialah hal ehwal “man power” MAS. Siapa lagi kalau bukan pihak pengurusan MAS dan 20,000 kakitangannya..?

Hari tu, kakitangan MAS “sentap” sekejap sebab isu “swap share” dengan Air-Asia tu. Tapi dah settle dah sebab “swap share” tu dah dibatalkan.

Kemudian, CEO MAS tu pun dah mula bergerak dan buat kerahan tindakan dalam MAS. Aku dengar, diorang dah start buat plan-plan yang boleh dikatakan bagus...

Contohnya, MAS akan gunakan tenaga kerja staff sendiri sepenuhnya dibeberapa bidang yang sebelum ni di“outsource”kan dan MAS kaji balik beberapa kontrak yang dilihat boleh save budget syarikat.

Aku dengar, langkah-langkah tu dijangka mampu kurangkan operational expenditure MAS sebanyak beratus juta ringgit sebulan! Banyak tu bebbb...

Lagipun, laporan kewangan MAS baru-baru ni menunjukkan kerugian yang dialami tidak seteruk tahun lalu. Not bad..tapi perlu diperbaiki lagi. Dari dakwat merah (rugi/negatif), rekod kewangan MAS perlu bertukar kaler ke warna hitam...

MAS dan kakitangannya perlu ingat bahawa syarikat penerbangan tu bukannya sebuah “badan kebajikan masyarakat”. Ia adalah sebuah syarikat yang membawa nama dan imej negara dengan menggunakan duit cukai rakyat... Ya lah Khazanah tu kan gomen punya..

Jangan ingat bila duit kerajaan atau duit rakyat, maka MAS tak perlu jaga performance dan boleh biar syarikat tu rugi. Ingat rakyat ni kerjanya cop duit untuk MAS ke..?

Pada aku, MAS dah cukup bertuah sebab kali ni diberi kesempatan untuk “bernafas”. Kalau syarikat penerbangan lain, dah lama “bungkus” dah. Contohnya, kalau Air-Asia tu nak lingkup macam MAS, korang fikir ada ke rakyat atau kerajaan nak tolong? Heh! Sorry la brooo...

Sebab tu la MAS dan kakitangannya kena strive hard untuk survive dan beri performance terbaik. Jangan sia-siakan harapan dan duit rakyat.  Sampai bila rakyat nak tanggung you all? Takkan sampai you all pencen kot..?

So please la..kan? You all semua hebat-hebat. Dari CEO, “drebar” kapal terbang, awek-awek cun dan jejaka-jejaka tampan..sampai la pekerja ranking paling bawah sekali, jangan la persiakan peluang kali ni.

Bukan apa..Malev kat Hungary dan Pan Am dari Amerika yang pernah beroperasi lebih dari 60 tahun pun boleh bankrap dan gulung tikar. MAS nak jadi macam tu jugak ke? Rakyat tak mahu tanggung korang sampai mati bebbb...! Heh! Let's follow the footsteps of Garuda and JAL that are now flying high after its recovery...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!