Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, June 26, 2012

ISLAM APAKENAMA KALAU DOK FITNAH PERBURUK ORANG..???

harakah
Mungkin pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah muak dan bosan diserang dengan pelbagai dakwaan palsu, tohmahan serta fitnah jahat yang dilemparkan terhadap agensi bebas itu oleh pihak Pakatan Haram selama bertahun lamanya.

Ekoran tidak tahan lagi dengan segala tuduhan yang direka-reka untuk menjatuhkan kreadibiliti mereka, SPR semalam telah bertindak balas dengan membuat satu laporan polis terhadap lidah rasmi PAS, Harakah, yang terkenal dengan pembohongan terancang.

Harakah melalui keluarannya pada Bilangan 1750, yang diterbitkan pada 21-24 Rejab 1433 bersamaan  dengan 11 hingga 14 Jun 2012, telah menyiarkan dakwaan Zulkifli Ismail, kononnya satu nama boleh mengundi di semua unit pusat pusat mengundi.

Zulkifli juga mendakwa bahawa dia pernah mengundi dua kali pada pilihan raya umum tahun 80-an di dua pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Kunci Air Tanjung Karang, Selangor.

Selain itu, Harakah juga dengan “bangga” menyiarkan dakwaan kononnya tiga rakan Zulkifli yang tidak dinamakan, tidak dapat mengundi disebabkan nama mereka sudah digunakan oleh orang lain pada pilihan raya umum tahun 2008.

Malah lebih buruk lagi, Harakah turut mendedahkan kenyataan Zulkifli yang menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain serta gambar orang yang mengundi.

Paling kelakar ialah kenyataannya mengenai maklumat yang mengatakan bahawa SPR menggunakan nama pengundi yang dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik mengundi.

Lebih banyak lagi tuduhan dan kenyataan karut-marut Zulkifli yang disiarkan Harakah, seolah-olah wartawan akhbar itu tidak punya akal untuk mempersoal tentang logik dakwaan yang dibuat oleh Zulkifli itu.

Sebenarnya, saya juga berstatus jounalis sambilan yang selalu menghadiri sidang media atau temuramah eksklusif dengan ratusan orang di negara ini. Namun saya masih punya akal untuk berfikir dan mengajukan pertanyaan sekiranya fakta yang diberikan agak mengelirukan saya.

Saya pernah menemui seorang wanita tua yang tidak waras dan seorang anaknya di Ampang. Hebatnya wanita ini dia mengaku bahawa dia adalah seorang permaisuri dan salah seorang kerabat DiRaja kerajaan Riau Lama.

Mengejutkan saya, dia mengaku memilik harta yang bernilai berbilion ringgit selain mengaku bahawa bangunan baru siap setinggi empat tingkat yang menjadi tempat tinggalnya itu adalah miliknya!

Kalaulah saya tidak waras, mungkin saya akan terpesona dengan cerita makcik itu memandangkan hikayatnya sungguh lengkap dengan salasilah dan susur galur keturunan yang dikatakan pemilik takhta Riau itu.

Namun saya masih waras dan sempat merasa simpati atas keadaan makcik tersebut. Saya sempat menghulurkan sedikit wang dan kuih untuk kedua beranak yang tinggal di kaki lima. Kasihan…

Tapi yang peliknya, apakah wartawan Harakah yang menulis tentang cerita Zulkifli itu tidak berfikir sebelum menulis hikayat “dongeng” tersebut? Editor Harakah pun terlepas pandang?

Sebagai wartawan yang bertanggungjawab, dia perlu menyiasat dakwaan Zulkifli itu dan memastikan sama ada dakwaannya itu benar atau tidak. “Follow up”, itu penting untuk memastikan kebenarang berita yang mahu disampaikan kepada pembaca.

Apatah lagi wartawan Harakah itu mahu menulis tentang satu dakwaan berkaitan fakta yang terperinci dan meragukan. Saya faham Harakah mahu sensasikan cerita. Namun kalau nak sensasi bagaimanapun, buatlah cara Islam!

Bagaimana jika Zulkifli itu gila dan tidak waras? Bagaimana jika saya menemuramah seorang yang gila dan kemudian mendakwa perkara tidak benar tentang PAS dan saya siarkan kepada umum, apakah PAS sanggup membenarkan perbuatan itu?

Nah! Sekarang terimalah padahnya. Suka sangat dengan cerita palsu dan fitnah, bersedialah dengan soalan-soalan cepumas pihak polis. Jangan terkencing dalam seluar nanti, sudahlah…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

It is indeed high time for SPR to do something about it report polis drag them to court ask them the prove investigate thoroughly,interrogate properly,whether he made up story or it really happened,"berani kerna benar takut kerna salah " always use this motto so you will never feel afraid but your own mistake,....long life SPR

Johan said...

Surat khabar HARAKAH surat khabar yang penuh penipuan dan langsung tidak boleh dipercayai.... Tidak ada pahalanya membaca surat khabar ini.. malah mungkin menambah dosa... Harakah adalah surat khabar terbitan Syaitan...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!