Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 28, 2012

GEMPARRR..!!! GAMBAR ALTANTUYA TENGOK EURO2012 DI POLAND PULA TERSEBAR DI INTERNET..!!!

Maka bersoraklah laman-laman web pembangkang bila tersebarnya gambar model Mongolia, Altantuya Shaaribuu di Perancis.

Ini secara tidak langsung, mereka nak beritahu…Altantuya memang pernah pergi Perancis, Altantuya memang kenal Razak Baginda, Altantuya memang kenal Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan yang paling mereka nak tak sabar nak beritahu, Perdana Menteri memang terlibat dalam kes pembunuhan itu dan kes korupsi melibatkan pembelian kapal selam Scorpene, betulkan? Tak payahlah nak malu-malu untuk mengakuinya…
Baik, mari kita melihat fakta.

Pertama, penyiasatan polis Perancis menunjukkan Altantuya Shaariibuu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

Laporan mengenai siasatan polis Perancis telah disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dalam artikel bertajuk ‘French probe: Altantuya never entered France’ (Siasatan Perancis: Altantuya tidak pernah masuk Perancis’).

Habis kalau begitu, gambar awek mata sepet yang ‘berposing’ sakan di Perancis itu siapa? Hantukah?
Mungkin ada pihak boleh kata yang Altantuya boleh jadi menggunakan nama lain untuk mengaburi pihak imigresen Perancis untuk masuk ke negara berkenaan.

Kalau begitu, SUARAM sebagai NGO yang paling lantang mengaitkan isu ini dengan Najib kenalah adil juga, kenapa tak hantar bantahan pada kerajaan Perancis, kenapa tak hentam imigresen negara itu yang GAGAL mengenal pasti orang yang keluar masuk negara mereka, kenapa hanya Najib saja sasaran itu dihalakan?

Dan tak mustahil juga Altantuya pernah masuk ke negara berkenaan sebelum tahun 1999 lagi, siapa tahukan?

Kita kena ingat, usaha untuk menjatuhkan Najib melalui tuduhan kononnya beliau ada kaitan dengan Altantuya dan kapal selam ini memang telah dirancang dengan teliti.

Antara yang terlibat adalah peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu Datuk Zulkifli Noordin.

Zulkifli dalam pendedahan di Dewan Parlimen mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang itu untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.


Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.

“Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.

“Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

“Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan,” katanya.

SUARAM sebelum ini, untuk rekod, pernah mengatakan kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.
Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.

Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi.

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.
Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.

Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.

Jika benar Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.

Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut: USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata.

Nak kata apa lagi? - Mynewshub.my

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!