Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 4, 2012

GEMPARRR..!!! AZMIN DIPECAT SEBAB BELASAH ANWAR AMALKAN NEPOTISME..!!!???

parti nepo

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, baru-baru ini menegaskan bahawa PKR tidak wajar mengamalkan nepotisme di dalam parti itu memandangkan amalan tersebut dianggap tidak sihat bagi parti tersebut.

Kenyataannya itu sangat jelas menyindir pedas Ketua Umum, Anwar Ibrahim, yang juga “madu”nya, yang membariskan isteri, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR.

Pun begitu, Azmin dilihat sengaja memujuk hatinya dengan menyatakan bahawa dia yakin bahawa amalan nepotisme yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim itu tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Menurutnya lagi, PKR kononnya sangat demokratik dan sangat telus mempraktikkan amalam demokrasi di dalam setiap pemilihan kepimpinan PKR.

Saya melihat kenyataan Azmin tersebut merupakan satu kenyataan “sedih”, “kecewa”, “rasa tergugat” dan cuba meraih simpati dari para penyokong parti yang kini lebih menyedari “kedudukan istimewa”nya di mata Anwar.

Sebagaimana maklum, seluruh negara, para penyokong dan pemimpin PKR sendiri mengakui bahawa Azmin merupakan “madu emas” yang menjadi kesayangan Anwar Ibrahim.

Meskipun Anwar menerima rungutan, komplen dan laporan tidak enak yang menunjukkan sikap Azmin yang melampau serta suka bertindak sesuka hati, Ketua Umum PKR itu hanya berdiam diri dan lebih gemar menyebelahi Azmin.

Meskipun sumber PKR memberitahu bahawa Azmin pernah bertindak menyakitkan hati dan bersalahan dari semangat parti, tiada sebarang tindakan dilakukan terhadapnya.

Justeru itu, dikhabarkan bahawa Kak Wan dan Nurul Izzah tidak senang hati dengan “kekebalan” Azmin dan mereka berdua telah mendapat sokongan padu dari akar umbi PKR untuk menumbangkan Azmin pada pemilihan PKR yang akan datang.

Tambahan pula dilaporkan bahawa Kak Wan dan anak-anaknya memang tidak menyenangi Azmin sejak “peristiwa hitam” yang dikatakan ada kaitan dengan video-video yang dimiliki oleh Nallakaruppan.

Mengenangkan nama “Tivolli Villa”, “ais krim” dan nama “Shamsidar Taharin”, dikatakan bahawa hati Kak Wan dan anak-anaknya hancur lebur bagaikan hati Mak Tom yang dihancurkan oleh Azmin.

Azmin dikatakan enggan mengalah dengan memulakan serangan terhadap Kak Wan, Nurul Izzah dan keluarga Presiden PKR itu (melainkan Anwar), dengan sengaja menimbulkan isu nepotisme serta mengharapkan agar anak-beranak Anwar itu tidak dijadikan pemimpin utama PKR.

Namun, secara tidak langsung Azmin terlupa bahawa apabila dia menyebut mengenai isu nepotisme di dalam PKR, maka secara tidak langsung dia juga menyerang Anwar Ibrahim yang merupakan suami Kak Wan dan bapa Nurul Izzah.

Lebih menarik lagi, dalam kenyataannya itu juga dia mengingatkan Anwar tentang serangan bekas TPM itu terhadap mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan menuduh negarawan itu mengamalkan nepotisme (padahal Tun M tak amalkan nepotisme pun!).

Apa petanda dari kenyataan Azmin itu? Apakah dia cuba meruntuhkan dinasti Anwar Ibrahim, isteri dan anak-beranaknya di dalam PKR? Berjayakah Azmin di dalam permainannya itu? Kita tunggu episod Azmin Vs Keluarga Anwar yang seterusnya pada pemilihan PKR kali ini…

Seperkara lagi yang harus ditunggu ketika pemilihan nanti, apakah para pemimpin PKR yang bertanding mengamalkan demokrasi dengan kerusi melayang, duit berterbangan dan pergaduhan sehingga melibatkan laporan polis lagi selepas ini.

Biasalah. Kalau tidak ada drama “hindustan”, bukan PKR namanya, kan?

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

pkrbengkok bengkok said...

http://www.youtube.com/watch?v=JqfcvxX26fA&feature=youtu.be

jom tonton and share ramai-ramai,
video penipuan pakatan rakyat

pkrbengkok bengkok said...

http://www.youtube.com/watch?v=JqfcvxX26fA&feature=youtu.be

jom tonton and share ramai-ramai,
video penipuan pakatan rakyat

Anonymous said...

Bak kata bidalan melayu 'Alang alang menjolok pekasam'. Aku tak dapat kau pun melepas.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!