Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, June 14, 2012

GEMPARRR..!!! ADUN PAS SELANGOR ISYTIHAR KELUAR PARTI..???!!!

 

Tidak perlu dinafikan lagi, bahawa persengketaan di antara Hasan Ali dan PAS bukanlah rahsia.

Hasan Ali, dalam siri ceramahnya secara terang-terangan menyatakan akan ketidakmampuan PAS mengendalikan isu-isu yang berkait rapat dengan soal agama Islam di Selangor.  Sungguhpun Hasan Ali melabelkan golongan ini sebagai parasit, mahu tidak mahu Hasan Ali harus mengakui bahawa itu adalah pendirian parti Islam Se Malaysia itu.

Ia bukanlah pendapat peribadi, tetapi dasar parti dalam satu kerajaan yang punya kuasa untuk memerintah.  Berkuasakah PAS di Selangor dalam mengangkat Islam di tempat yang mereka war-warkan?

Isu perlantikan exco setelah pemecatan Hasan Ali sangat kontroversi dan panas.  PAS, yang difahamkan hanya menghantar satu nama kepada pihak Istana, iaitu Pesuruhjaya Negeri merangkap YB Meru.  Sehinggakan, terdengar desas-desus bahawa YB Meru telah berjumpa dengan pembantu peribadi seorang Exco Negeri yang lain bagi mengetahui hal-ehwal dan tugas seorang Exco.

Allah maha kuasa, rupanya ADUN Sijangkang, YB Dr. Ahmad Yunus Hairi telah dilantik sebagai Exco oleh pihak istana, yang kemudiannya diberi portfolio hal ehwal adat dan belia oleh Khalid Ibrahim.

Hari ini, ADUN Sijangkang ternyata tidak terkongkong oleh budaya “cetek akal” yang menjadi pegangan kebanyakkan ahlul PAS dan Pakatan Rakyat. Kenyataannya yang menyokong pembinaan lebuhraya bertol iaitu Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).  

Menurut laporan, YB Dr. Ahmad Yunus mahukan rakyat memanfaatkan lebuhraya berkenaan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup tanpa mempolitikkan isu lebuhraya tersebut.


Wow!!! Mempolitikkan lebuhraya?  Nada kenyataannya jelas menyanggah kegemaran politikus Pakatan Rakyat, yang acapkali menjadikan lebuhraya sebagai isu untuk memenangi hati rakyat.
Apakah kenyataan ini benar, atau akhbar terbabit memanipulasi kenyataan asal beliau?

Sekiranya benar, maka kenyataan itu sama sekali bertentangan dengan apa yang pernah diwar-warkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, yang cukup gemar mengambil tol lebuhraya sebagai contoh peningkatan kos hidup dalam beberapa ceramahnya.

Apakah YB Sijangkang, secara berkias, menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak tergolong di dalam golongan disebut oleh Hasan Ali sebagai “parasit”?

Jika diteliti, kenyataan YB Sijangkang itu sebenarnya melawan arus, atau songsang dari apa yang sering dipolitikkan oleh PAS dan ahlul-ahlulnya.  Dan ini boleh dianggap sebagai pendekatan berhemah YB Sijangkang bagi mendekati kem Hasan Ali.

Apapun, penulis ucapkan tahniah kepada YB Sijangkang, yang berani berfikir di luar kotak, sambil menimbang keperluan lebuhraya bertol.

Jangan malu-malu untuk menyertai Hasan Ali, kerana khuatir sikap “gentleman” YB Sijangkang akan terus karam bersama golongan parasit pada PRU 13 nanti. - Sumber

1 comment:

Anonymous said...

http://rinnzbundle.blogspot.com/2012/06/undi-pas-masuk-syurgaundi-anwar-tempah.html

Bila Kak Su Bersuara... Heh!