Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, June 13, 2012

BILA PRU DIDAHULUKAN, RUKUN ISLAM DIKEMUDIANKAN...

haji
Agak panas apabila puak-puak PAS mula bermain spekulasi mengenai tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 apabila sesuka hati mengandaikan bahawa ia akan berlangsung pada musim haji tahun ini.

Yang paling “kalut” ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang awal-awal lagi mengeluarkan arahan kepada jentera-jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji mereka tahun ini sekiranya Parlimen dibubarkan di musim haji kali ini.

Itu belum lagi termasuk kutukan dan maki hamun yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS yang menyatakan bahawa kerajaan BN sangat zalim dan seolah-olah satu dosa besar untuk mengadakan Pilihanraya Umum di musim ibadah tersebut.

Dalam pengakuannya di Harakah semalam, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.

Menurutnya lagi, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.

Malah lebih dahsyat lagi, Ketua Penerangan PAS itu menfatwakan kepada para penganut ajarannya bahawa adalah WAJIB untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikataka “zalim” dan “rasuah”.

Pada saya, adalah sangat menghairankan apabila tiba-tiba saja PAS mereka-reka cerita mengenai tarikh bubar Parlimen dan Pilihanraya Umum, sedangkan tiada sebarang asas yang kukuh untuk mengandaikan cerita itu.

Ada dengar Perdana Menteri umumkan PRU ke-13 akan berlangsung pada musim haji? Tak ada, kan? Jadi, mengapa PAS suka buat-buat cerita? Tidakkah ia kelihatan seperti syubhah fitnah?

Selepas mengandaikan yang bukan-bukan, PAS kutuk dan kecam pula kerajaan BN sesuka hati. Katanya tak patut dan tidak prihatin tentang musim haji.

Paling mengejutkan, PAS sanggup memberi arahan “tangguhkan” haji bagi jentera-jentera dan mereka yang terlibat dengan PRU ke-13. Hanya kerana pilihanraya yang bersifat duniawi, maka PAS tergamak melengah-lengahkan Rukun Islam yang kelima?

Parti Islam jenis apa begini? Rukun Islam pun boleh ditangguh-tangguhkan? Ajal maut boleh tangguh juga, kah? Setahu saya, dari sudut Islam sebenar, Rukun Islam lebih penting dari pilihanraya umum. Tak tahulah bagaimana PAS boleh mempunyai hukum yang bertentangan dengannya…

Paling hebat, Ketua Penerangan PAS ini membuktikan dia memiliki “maqam” setaraf dengan Nik Aziz apabila berani mengeluarkan fatwa “WAJIB” untuk menjatuhkan kerajaan BN dengan alasan kononnya mengamalkan rasuah dan zalim.

Persoalannya, benarkah kerajaan pusat sedia ada zalim dan mengamalkan rasuah? Atau perkataan zalim dan rasuah itu hanyalah helah serta tuduhan berbentuk fitnah kepada kerajaan BN untuk menghalalkan perbuatan PAS dan sekutu-sekutu “syaitan”nya?

Rasuahkah kerajaan BN bila sejak zaman berzaman berusaha berkempen sepanjang masa memerangi gejala rasuah? Bila indeks rasuah Malaysia menurun, apakah ia masih menunjukkan kerajaan BN itu menggalakkan rasuah?

Rasuah memang ada di mana-mana. Walau bukan kerajaan BN memerintah sekali pun, rasuah tetap berlaku. Rasuah hanya boleh dibanteras melalui kesedaran diri individu. Biar siapa pun memerintah, ia tidak menjamin rasuah itu tidak berlaku.

Jika tidak percaya, tanyalah Nik Aziz, Azizan Razak, Guan Eng, Nizar dan Khalid Ibrahim. Ada rasuah di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka, cuma kekurangan bukti sahaja…

Zalimkah BN bila meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan meletakkannya di kedudukan istimewa di negara ini? Dalam masa yang sama, agama-agama lain bebas diamalkan di seluruh negara, zalim jugakah polisi itu?

Zalimkah mengawal rusuhan ganas dengan cota dan gas pemedih mata? Atau kerajaan BN akan dikatakan adil melayan pengganas jalanan dengan menggunakan bantal peluk dan pistol air mainan kanak-kanak?

Agak pelik bila Kerajaan BN dikatakan zalim dan rasuah. Jika BN zalim dan rasuah, sudah tentu sudah lama negara ini sudah lama ranap dan runtuh kemajuan serta sosio-ekonominya. Sesebuah kerajaan yang korup dan zalim tidak akan maju dan aman jika mengamalkan polisi zalim dan rasuah.

Nampak sangat tuduhan zalim dan rasuah itu sengaja dibuat-buat untuk menimbulkan persepsi buruk yang menanam kebencian rakyat terhadap BN. Padahal, semua tuduhan itu palsu dan fitnah-fitnah belaka, serta gagal dibuktikan kebenarannya selain dari sekadar cakap-cakap mulut saja.

Jadi, wajarkah umat Islam, khususnya jentera PAS menangguhkan haji mereka semata-mata kerana arahan dari seorang Ketua Penerangan parti yang jelas mengutamakan duniawi, melupakan rukun Islam dan keutamaan ibadah kepada Allah SWT..?

Tepuk dada, tanyalah ulama Islam sebenar. Jangan tanya ulama PAS. Ulama PAS itu hanya mengeluarkan fatwa politik manakala ulama Islam sudah tentu akan mengeluarkan fatwa berlandaskan hukum Islam sebenar…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!