Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 9, 2012

ANWAR TAK LEMBAB, TAPI DIA BONEKA BERJAYA..!!!

anwar murung
Memang melucukan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa”dia bukannya lembab” untuk membiarkan mana-mana pemimpin DAP, khususnya yang bukan Melayu beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam kenyataan media yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan, Anwar yang bercakap di negeri yang majoritinya umat Islam menyatakan bahawa DAP sememangnya “faham” bahawa Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan orang Melayu memandangkan bangsa itu sebagai majoriti di Malaysia.

Anwar dalam kenyataannya menafikan dakwaan Hasan Ali yang sebelum ini menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kebarangkalian Anwar hanya akan menjadi PM selama 3 bulan sahaja sebelum menyerahkan jawatan itu kepada DAP, atau lebih tepat lagi Lim Guan Eng.

Apa yang menariknya, kenyataan Anwar itu jelas sangat bertentangan dengan cita-cita Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu melihat seorang yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Dalam kenyataan Karpal sebelum ini, adalah menjadi matlamat baginya untuk melihat perkara itu berlaku dengan menegaskan bahawa tiada peruntukan di dalam perlembagaan yang melarang bagi seorang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya, setelah 4 tahun bergabung di dalam satu pakatan parti politik yang tidak berdaftar (Pakatan Haram), kini barulah PKR, DAP dan PAS mengaku bahawa mereka tidak berkongsi hala tuju yang sama.

Anwar sebagaimana maklum dari dulu lagi memperjuangkan dirinya sebagai “ketua” bagi gabungan parti pembangkang itu sejak 2008. Dia beriya-iya mempromosikan dirinya sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya.

DAP pula dari dulu lagi sememangnya konsisten mahu meng“Singapura”kan negara ini dengan tujuan mendapatkan kuasa tertinggi ke tangan bukan Melayu Muslim. Pada mereka, jika DAP mampu menguasai “Temasik” yang dulunya bersultan, mengapa DAP tidak boleh merepublikkan negara ini?

PAS pula hanya berani “bercakap di belakang” dan “berbisik di dalam kelambu”. Mereka hanya mampu melihat bagaimana DAP dan PKR memperjuangkan pemimpin masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin PAS tidak berani menyuarakan hasrat mereka memperjuangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri memandangkan mereka mahu “menjaga hati” PKR dan DAP yang juga mahukan kuasa tertinggi mentadbir negara itu.

Pada saya, dari pengamatan selama 4 tahun terhadap hubungan DAP, PKR dan PAS, tidak dapat dinafikan bahawa Anwar Ibrahim mungkin adalah pemimpin yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang pilihanraya.

Memang Anwar “tidak lembab”, tapi dia dijangka akan menjadi “boneka” DAP sahaja. DAP tak perlukan jawatan PM kerana dengan mengugut keluar dari Pakatan Haram, Anwar boleh tumbang sekelip mata.

PAS pula tidak akan menjadi masalah bagi DAP dan PKR. Ini adalah kerana parti itu boleh “dijinakkan” dan “dikawal” melalui parasit-parasit Anwarinas yang ditanam di dalam parti tiu sejak sekian lama.

Saya percaya, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil Malaysia akan “direpublikkan” menurut acuan DAP. Apa yang rakyat boleh buat ketika itu selain menyesal?

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Apabila kerajaan boneka ini wujud, DAP akan memaksa Agong dan Sultan untuk mengurniakan Pingat Gagah Berani kpd tokoh2 komunis yg berjasa membunuh anggota pasukan keselamatan majoritinya Melayu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!