Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, June 17, 2012

AISHAH...ALAHAI LA AISHAH OIII...

aishah 1
Sungguh meloyakan anak tekak bila artis yang baru menyertai PAS, Aishah, menyatakan bahawa ramai golongan bijak pandai di negara ini menyertai PAS, parti kelas ketiga yang berjaya diperbodoh dan “dikeldaikan” oleh DAP dan PKR.

Baru saja menyertai PAS, tapi Aishah yang dipercayai dalam usaha menjadi calon PAS pada Pilhanraya Umum ke-13 (PRU ke-13) itu cuba mencari pengaruh dan memberikan kenyataan tidak berasas yang mencerminkan realiti sebenar.

Aishah cuba memburuk-burukkan UMNO dan membayangkan bahawa PAS juga pandai mentadbir negara dan mengaitkan kononnya ramai cendekiawan yang menyertai parti itu sejak kebelakangan ini.

Tidakkah Aishah tahu bahawa PAS dipenuhi oleh mereka-mereka yang dungu, tidak berpelajaran, tidak bertamadun, berotak udang dan tidak berakal?

Tidakkah Aishah sedar bahawa mereka yang dikatakan bijak pandai di dalam PAS itu hanya pandai bercakap, pandai berceramah, pandai menipu, bijak menabur fitnah dan sangat hebat memutar belitkan Islam demi kepentingan politik mereka?

Sewajarnya, Aishah perlu membuka mata dan minda seluas-luasnya sebelum menyatakan sesuatu yang jelas tidak masuk akal.

Untuk pengetahuan Aishah, pak-pak lebai PASlah yang begitu “pandai” dan “bijak” sehingga berjaya dimanipulasi untuk tidur di atas jalan raya sambil memegang bendera dan apakah Aishah fikir orang bijak pandai akan berkelakuan seperti itu?

Aishah patutnya tahu tentang kebodohan ahli-ahli PAS yang memegang bendera DAP dan PKR sedangkan sangat jelas bahawa DAP itu sangat anti kepada sebuah kerajaan Islam dan Melayu, manakala PKR pula sangat akrab dengan Zionis Yahud Israel.

Aishah juga patut membuka pemikirannya untuk mengkaji bagaimana dasar perjuangan PAS yang telah “dinodai” oleh DAP dan PKR di dalam negeri-negeri jajahan Pakatan Haram.

Lihat saja di Selangor bagaimana seorang pemimpin PAS yang dipecat dari jawatan Exco dan Parti semata-mata kerana memperjuangkan dasar Islam sebenar dan mempertahankan aqidah umat Islam yang terancam.

Apakah itu insiden itu semua menunjukkan PAS mempunyai cendekiawan, orang bijak dan pandai?
Apakah semua insiden itu menampakkan daya intelektual Islam yang mampu diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya oleh golongan kafir harbi dan agen Yahudi di negara ini?

Saya tidak menafikan bahawa di sepanjang lebih 50 tahun UMNO mentadbir negara bahawa parti keramat itu tidak pernah melakukan sebarang kesilapan. UMNO bukanlah “maksum” sebagaimana PAS disifatkan.

Namun UMNO sanggup mengaku kesilapan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada di dalam pentadbirannya demi kepentingan rakyat. UMNO sanggup berubah dan mencipta sebuah negara yang bertamadun serta disegani oleh kawan dan lawan.

Apakah PAS mampu menyaingi pentadbiran UMNO?

Lihat saja apa yang berlaku di Perak. Dalam tempoh kurang setahun, lihatlah bagaimana Nizar “dibonekakan” oleh Nga dan Ngeh sehingga mencetus kemurkaann DYMM Sultan Perak dan menyebabkan rakyat marah padanya.

Lihat pula bagaimana Nik Aziz mentadbir Kelantan yang tidak maju-maju sama ada dari sudut pembangunan sosio-ekonomi mahupun dari sudut kerohanian atau spiritual.

Jika Nik Aziz berjaya, takkanlah hanya ada satu saja Tesco yang dibanggakan sangat oleh Menteri Besar Kelantan itu dan takkanlah ada rumah pelacuran dan maksiat berhampiran dengan pejabatnya di Kota Bharu?

Dan bandingkan pula dengan pentadbiran negeri Melaka yang mampu menjana keuntungan tahunan yang mencecah berbilion ringgit selain beberapa negeri lain seperti Johor dan Perak yang semakin maju dibangunkan oleh kerajaan BN.

Dan lihat pula di negeri Selangor yang semakin merudum dan hampir hancur dikerjakan oleh rejim Khalid Ibrahim yang “dibonekakan” oleh para pemimpin DAP seperti Ronnie Liu, Teresa Kok dan sebagainya.

Apakah itu yang Aishah maksudkan sebagai PAS mampu dan lebih bijak mentadbir kerajaan berbanding UMNO dan Barisan Nasional? Rasanya Aishah mungkin perlu menjalani rawatan sakit jiwa…

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

zigler said...

Aishah tu pun bukan pandai sangat, suruh gi belajar, dia gi nyanyi. Bila dah nyanyi sibuk nak kawin. Bila dah kahwin tak reti jaga suami. Saperti buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap...

Apa yang boleh buat lagi, cari salah orang lah dan tentunya bertentang arus...

Masa belajar tak setuju dgn mak bapak,
Masa menyanyi tak setuju dgn kumpulan nyanyi,
Masa dah kahwin, tak setujudgn suami,
Masa buat bisnes, tak setuju dgn supplier, customer
Masa dpt kontrak sikit sikit masa down, tak setuju dgn production hse, gigit tangan orang yang tolong,
Sekarang... Siapa lagi yang boleh dibuat musoh...?
Masuk politik...tak setuju pulak dgn kerajaan yg banyak menolong dia dulu...
Sampai sudah tak ada budi bahasa, tak tau syukur
Dari muda sampai dewasa,
Dari kurus sampai gemok...begitula Aisyah Janji ManisH

zigler said...

Aishah tu pun bukan pandai sangat, suruh gi belajar, dia gi nyanyi. Bila dah nyanyi sibuk nak kawin. Bila dah kahwin tak reti jaga suami. Saperti buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap...

Apa yang boleh buat lagi, cari salah orang lah dan tentunya bertentang arus...

Masa belajar tak setuju dgn mak bapak,
Masa menyanyi tak setuju dgn kumpulan nyanyi,
Masa dah kahwin, tak setujudgn suami,
Masa buat bisnes, tak setuju dgn supplier, customer
Masa dpt kontrak sikit sikit masa down, tak setuju dgn production hse, gigit tangan orang yang tolong,
Sekarang... Siapa lagi yang boleh dibuat musoh...?
Masuk politik...tak setuju pulak dgn kerajaan yg banyak menolong dia dulu...
Sampai sudah tak ada budi bahasa, tak tau syukur
Dari muda sampai dewasa,
Dari kurus sampai gemok...begitula Aisyah Janji ManisH

Anonymous said...

SEBENARNYA PAS BUKANLAH TEMPAT MULIA UNTUK MEREKA YANG ADA KEMULIAAN, PAS ADALAH SATU HABITAT TEMPAT BERKUMPULNYA SPESIS SPESIS YANG MENGALAMI SINDROM SAKIT HATI, SAKIT ROHANI SERTA HATI MATI.....HANYA MEREKA YANG BERAKAL PENDEK DAN BEROTAK UDANG SAHAJA YANG MENGAKU PAS ITU CERDIK PAS ITU PANDAI.......HAKIKATNYA PAS ADALAH TEMPAT PELUPUSAN INSAN-INSAN YANG BERJIWA KOSONG DAN BEROTAK MERENG.....LIHAT SAJA HASSAN ALI INSAN PINTAR,CENDEKIAWAN SERTA BERMARUAH DITOLAK OLEH PAS SEBAB PAS TAKUT KANDANG MEREKA DIPENUHI OLEH INSAN CERDIK SAPERTI DATO HASSAN ALI.....PWMIMPIN PAS SAMA TARAFNYA LEMBU DAN KAMBING...MEREKA GAGAL MENGGUNAKAN OTAK DAN AKAL DENGAN SEAJARNYA......MEREKA ADA OTAK TETAPI OTAK MEREKA KERING DAN KONTANG.....IDEA-IDEA YANG DIUTARAKAN OLEH MEREKA NBANYAK YANG MERAPU DAN TAK BOLEH DIPAKAI......MEREKA BOLEH DIUMPAMAKAN SAEKOR KELDAI TUA YANG MEMBAWA KITAB YANG BANYAK DI ATAS BELAKANG...TETAPI HAKIKATNYA MEREKA TIDAK TAHU APA YANG DIBAWA...DARI APA YANG SAYA PERHATIKAN TIADA SEBESAR ZARAH PUN JASA PAS UNTUK AGAMA......TIADA SEBESAR ZARAH PUN KEINDAHAN ISLAM YANG DITONJOLKAN PAS.......FIKIR-FIKIRLAH WAHAI AISYAH KU........

Bila Kak Su Bersuara... Heh!