Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2012

TONY-KAMARUDDIN NAIK MAS FIRST CLASS DAN “MAMAT” TU BUANG DUIT MAS...

Baru-baru ni kawan-kawan aku ada dedahkan tentang dua orang BOD Air Asia, Tony Fernandes dan Kamaruddin Meranun yang dapat tiket penerbangan MAS first class secara percuma.

Actually, pendedahan tu dibuat oleh YB Wee Choo Keong di blognya.

Dan “privillege” yang diberikan MAS kepada dua orang yang dianggap “musuh” MAS tu dah menyebabkan kawan-kawan aku di Blog House, termasuk Parpukari bengang...

Aku faham, MAS beri privillege tu pada Tony dan Kamaruddin sebab diorang sempat jadi BOD MAS masa “swap share” hari tu. Dan kini mereka adalah “bekas BOD” MAS setelah “swap share” tu ditarik balik...

Pada aku, biar apa pun alasannya, MAS tak perlu beri layanan begitu istimewa pada kedua orang kuat Air-Asia tu. Maksud aku, diorang dah cukup kaya untuk diberi layanan begitu dan rasanya, diorang pun tak perlukan layanan begitu...

Pada aku, kalau Tony atau Kamaruddin nak naik MAS, walaupun di ekonomi class, mereka perlu bayar penuh macam penumpang lain jugak! Apatah lagi kalau diorang naik first class...

Sebab? Sebabnya, MAS tu tengah “sakit” dan perlukan duit. At least, walaupun “ciput” saja bayaran first class dari Tony atau Kamaruddin, at least ia mampu tunjukkan tanggungjawab nak membantu kepada pemulihan kewangan MAS..!

Lagi satu, kawan-kawan aku pun ada jugak komplen pasal “seseorang” yang pandai-pandai “up-grade” seat ekonomi kepada seat First Class...

Apa? Dia ingat jawatan dia yang besar tu membolehkan dia buat sesuka hati je bila naik MAS? Beli tiket untuk ekonomi...tapi bila ada sikit problem personal, dia guna kuasanya untuk up-grade seat ekonomi kepada seat First Class..!

Mana boleh bro! Harga ekonomi class tu murah dan jauh bezanya dengan business class! Macam tu ke bro nak jaga syarikat? Dah la tak bayar bila up-grade class tu...ingat MAS tu company sendiri ke?

Err...sapa nama “mamat” tu? Err... Dann..Danny...alaaa.. yang macam orang putih tu la... Heh!

Aku setuju dengan artikel ABITW baru-baru ni yang mahukan agar "mantan" BOD yang dapat travelling privilleges tu dihapuskan saja. Bagi la support sikit..."mantan-mantan" tu semuanya kaya-kaya belaka. Diorang takkan miskin kalau bayar service MAS yang diorang guna tu..bayar la harga tiket tu macam orang lain...


Lagi satu, aku dengar sorang "so-called Advisor" tu dapat RM30k per month walaupun dia tidur je kat rumah dan dikatakan tak ambil tahu bila MAS dalam keadaan "tenat". Berhentikan je la "dia" tu. 

Lagipun, apa "advise" yang dia kasi kat MAS? Aku risau kalau tabiatnya yang "suka tidur" tu akan menjangkit kat MAS...lingkup la kalau macam tu..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!