Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 23, 2012

TERKINI DARI KEDAHHH..!!! PKR PERLU BANTUAN SEGERA DARI ANWAR BERAHIM..!!! DISABOTAJ AZIZAN..???



Gambar yang anda saksikan di atas dirakamkan dalam salah satu ceramah PKR di Dewan Hoo Teck Soo, Sungai Lalang, Sungai Petani. Mungkin ada yang cuba membuat penafian dan penyangkalan dengan alasan, gambar tersebut adalah SUPER IMPOSED.

Malangnya, gambar-gambar seperti ini adalah perkara biasa jikalau ia membabitkan PKR. PKR tanpa PAS di Kedah, tidak ubah seperti sebuah parti Red Indian di bumi Kutub Utara. Tiada siapa yang peduli dan tiada siapa yang mahu.

Dinginnya sambutan masyarakat terhadap PKR tidak sahaja berlaku di Sungai Petani walaupun Sungai Petani ibarat Ampang di Selangor yang mana Pakatan Rakyat menguasai Kerusi DUN dan Parlimennya. Malah demam tidak peduli kepada PKR turut melanda kawasan Kulim dan Bandar Baru.

Biarpun sokongan kepada PAS dilihat tidak begitu menurun secara drastik di sebalik krisis kepimpinan yang menyaksikan Phahrolrazi cuba merampas kuasa, namun PKR sememangnya sudah sampai ke liang lahad. Tinggal lagi tidak dikambus tanah.

Terlalu ramai yang keluar dari PKR sepanjang 4 tahun ini. 

Padang Serai mencatatkan penurunan drastik sokongan terhadap PKR walaupun pada masa yang sama, PKR masih lagi berusaha untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kulim dan Padang Serai serta Lunas yang mereka menangi pada tahun 2008. 

Bukit Selambau yang pernah menjadi kebanggaan PKR kerana berjaya memenanginya semula pada Pilihanraya Kecil, juga menyaksikan masyarakat pengundi semakin bosan dengan wakil rakyat mereka sendiri.

Apakan tidak, walaupun berjawatan Exco, ADUN Bukit Selambau tidak langsung turun padang dan mengambil tahu tentang masyarakat di situ.

 Sebaliknya yang lebih kerap turun dan menjadi destinasi penduduk untuk mendapatkan bantuan adalah penyelaras-penyelaras DUN Bukit Selambau dari Barisan Nasional. 

Malah lebih menarik lagi, pejabat UMNO turut menjadi tempat mereka membuat serbuan bagi mendapatkan bantuan.

PKR langsung tidak berfungsi di mana-mana tempat yang mereka menangi.

Di Sungai Petani, Rashid Din, Ahli Parlimennya pula mencerca dan menghina masyarakat India yang menurutnya tidak mempunyai sebarang signifikan dalam kemenangan PKR dan Pakatan Rakyat. 

Pun begitu, PKR tidak pernah serik dengan apa yang berlaku sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan yang mereka sebenarnya mendapat sokongan kuat dari rakyat dan masyarakat pengundi Kedah.

PKR masih lagi bersungguh-sungguh untuk merebut beberapa kerusi lain untuk ditandingi walaupun hakikatnya mereka tidak mempunyai keupayaan langsung untuk bertanding dalam PRU akan datang. 

Manakala PAS yang mempunyai kekuatan besar di Kedah pula, sekadar terpaksa mengalah demi menjaga persahabatan dan kolobarasi dengan DAP-PKR.

Gambar di atas sebagai bukti, PKR memang sudah sampai ke sakratulmautnya!!!

1 comment:

Anonymous said...

Memang patut dah PKR ni di bungkus dari sekarang. Hidupnya hanya untuk menipu je.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!