Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 4, 2012

TERKINI DARI KEDAH..!!! PAS KEDAH TERUS BUSUK BERSAMA SAMPAH...!!!


ALOR SETAR – Masalah sampah semakin menjadi-jadi di sekitar daerah Kota Setar, khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang padat seperti di taman-taman perumahan di sekitar bandaraya ini.
Menurut tinjauan kami di beberapa lokasi, menunjukkan masalah sampah yang menghantui rakyat Kedah di Alor Setar masih juga belum dapat diselesaikan setelah empat tahun PAS mengambil alih pentadbiran negeri dan mendapat dana bantuan dari Kerajaan Pusat untuk mengatasinya.
Hanya lebih kurang 500 meter dari kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon, terdapat longgokan sampah yang tidak dipungut bersih di Lorong Padi Emas, sehingga menimbulkan bau dan pemandangan yang kurang menyelerakan.
Membelok ke kanan melalui Jalan Pantai Johor, kami dapati sampah-sarap dilonggok dan terbiar begitu saja di tepi jalan berhampiran Sungai Kedah yang mencacatkan pandangan orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Sampah sarap yang dihurung lalat dan ulat itu bagaikan menyambut orang ramai yang menuju ke arah Pantai Johor melalui jalan itu.
Memandangkan perut yang sudah mula ‘berkeroncong’, kami membelok ke selekoh sebelah kiri menuju ke Taman Wira Mergong yang dahulunya lebih dikenali sebagai Perumahan Awam Mergong untuk menjamu selera.
Malangnya apabila kami membelokkan kenderaan, kami disambut pula dengan longgokan sampah busuk yang terbiar di tepi jalan masuk ke taman perumahan yang padat dengan penduduk rata-ratanya berpendapatan rendah itu.
Cuba memujuk selera yang hampir hilang, kami meronda sebentar di sekitar kawasan perumahan itu untuk meninjau keadaan pengurusan sampah.
Memeranjatkan, kami dapati sampah sarap melimpah-ruah di lorong-lorong utama perumahan tersebut dan terbiar begitu saja seolah-olah tidak diberi perhatian oleh pihak yang diberikan tanggungjawab oleh rakyat.
Menurut salah seorang penduduk yang ditemui, Ibrahim Mat, 53, para penduduk di kawasan tersebut sudah bosan dengan keadaan sampah-sarap yang busuk itu tidak diselenggara dengan baik oleh pihak terbabit.
“Sudah beratus-ratus kali kami komplen termasuk secara individu, melalui ADUN atau NGO, tapi macam tu jugak. Bila kami telefon depa, depa kata tunggu sat. Depa mai clear sampah sat, lepas tu jadi lagu tu jugak…teruk!
“Mentang-mentang la kawasan ni kawasan orang miskin macam kami ni.. Cuba pi tengok kat kawasan rumah Ustaz Azizan kat Jalan Day (kini Jalan Sultanah) tu..kawasan tu depa jaga elok ja sebab kawasan tu kawasan rumah orang-orang kaya…kerja besar-besar,” katanya.
Menurutnya lagi, masalah sampah sarap itu akan menjadi bertambah kronik ketika musim-musim perayaan, cuti umum atau cuti sekolah.
 Meskipun lori sampah ditambah dan lebih banyak pihak kontraktor diupah, masalah sampah tidak juga selesai memandangkan jadual pungutan sampah yang tidak teratur dan tempat pembuangan sisa pepejal yang terletak di Jabi agak jauh dari Alor Setar.
Selain itu katanya, pengurusan sampah yang tidak cekap itu sering menjadi rungutan orang ramai yang balik kampung di musim-musim perayaan di mana jadual pungutan sampah juga turut “bercuti” sama.
“Time hari raya, depa pun cuti. Maka sampah pun berlungguk tidak dikutip. Busuk sangat sampai berulat-ulat. Lepas hari raya baru depa mai kutip. Tu pun pasal kami komplen, kalau tidak depa tak mai laaa..,” katanya lagi. - Kedahan69ers.com

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!