Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 16, 2012

TERJAH BALAK AZIZAN DI BALING: FINALI EPISOD - AZIZAN PERLU JAWAB PADA RAKYAT KEDAH..!!!

Balak Azizan Sdn Bhd?
Dah lebih 2 jam kami meronda kat dalam kawasan balak kat Gunung Inas, Kupang, Baling ni. Dan kami buktikan bahawa pembalakan berlesen ini telah dilakukan secara melampau sehingga menyebabkan gunung ini hampir botak dan gondol...

Gunung Inas dan jadi Gunung "Gondol"...
..Atau Gunung "botak"..

...Atau Gunung "balak Azizan"..???
Siapa yang patut bertanggungjawab? Sanusi Mat Nor, Setpol Azizan tu kata dulu, BN yang luluskan tanah ni.

Tapi melalui siasatan yang aku buat, BN tak pernah luluskan kawasan ni untuk jadi kawasan balak. Pada tahun 2003 dulu (zaman Syed Razak), memang ada permohonan dari syarikat luar nak buat balak kat sini. Syarikat tu kata nak buat guna helikopter sebab tak mau musnahkan alam semulajadi...
botak seluruhnya...

Licin dikerjakan Azizan...
Tapi, Syed Razak time tu tak lulus pun. Sebab kawasan tu kawasan tadahan air dan digazetkan sebagai hutan simpan. Jadi, Sanusi Mat Nor bohong!

Perkara ni disahkan sendiri oleh penduduk kampung di situ. Kata depa, aktiviti balak di Gunung Inas ni hanya bermula tahun lepas!

Tengok betul-betul tarikh expired..!!! Aku rakam gambar ni pada 14.5.2012 dan masih ada aktiviti pembalakan..!
Kalau tengok tempoh tarikh kuatkuasa tu start pada "3.11.2011" dan tempoh kuatkuasa sambungan lesen terakhir tu pada "2.5.2012". Maknanya dah tamat tempoh pembalakan kat situ...!!!

Tapi, masa aku pi kat situ, aktiviti pembalakan masih berjalan dan lori balak masih keluar masuk bawak balak keluar dari situ! Apa cerita ni Ustaz Azizan??? Sanusi?

Actually, perjalanan kami tersekat kerana dihalang oleh sebatang pokok yang tumbang akibat tanah runtuh. Maknanya, berlaku hakisan tanah di kawasan ini.

Nasib tak baik..perjalanan lebih 2 jam kami tersekat...
Kami terpaksa buat u-turn dan balik sebab hari nak hujan. Kalau terperangkap kat laluan balak dalam keadaan hujan akan menyebabkan kami terpaksa bermalam kat situ. Tak boleh wooo...bahaya wooo..

Kami sengaja lalu kat area depa simpan balak! Sama macam kat pedu, balak kategori "betis" pun depa balun jugakkk..!!! Ada balak yang sebesar 4-5 pemeluk manusia dewasa. Yang lain semua saiz standard. Tapi kalau dapat sebatang...gerenti kaya cepat..! Heh!
tiba di store balak Azizan...?

Balak siza standard..4 batang...ada tulis nama Mahfuz kat situ?

Balak saiz betis...banyakkk...ada tulis nama Phahrolrazi?
Balak bertanda merah ni milik Amiruddin ke?

Rasanya yang ni milik Azizan Razak..?


Yang ni mungkin Taulan Rasul punya...?

Haaaa...yang ni kami jumpa lepas keluar dari kawasan balak..mungkin Sanusi Md Nor punya...?
Aku dengar, kawasan Gunung Inas ni Azizan nak buat "Ladang Rakyat". Katanya nak tanam getah di Gunung Inas sela\uas 5,000 hektar.

Maknanya, Azizan akan gondolkan Gunung Inas seluas 5,000 hektar. Itu juga bermakna, Azizan memberikan konsesi balak seluas 5,000 hektar untuk dibotak licinkan oleh syarikat bukan bumiputera.
Cantik air terjun ni..tapi sayang airnya tercemar..
Kejernihan air Lata Chelak yang sebenar yang kami rakam di punca airnya di Gunung Inas..!!!
Aku sempat basuh muka dengan air jernih di punca air terjun Lata Chelak ni sebelum tercemar di kawasan balak Azizan... Perghhhh nyamannnn..!!!
Lepas tu, baru dia akan buat lereng tanam pokok getah. Aku tak sure bila pokok-pokok getah tu nak besar dan boleh ditoreh. Tapi, rasanya bertahun jugak la nak menunggu...

Persoalannya, apakah wajar Azizan belasah balak secara melampau macam ni? Kat Pedu, kat Baling, dan aku dengar kat Pendang pun ada jugak! Betul ke Kak Su?

Patut la Amiruddin dok bangga kata Kerajaan PAS Kedah dapat RM80 juta dari hasil balak pada 2011. Kalau macam ni punya pulun, bukan setakat RM80 juta ni...aku anggarkan lebih dari RM100 juta harganya..!!! Lagi RM20 juta tu mana perginya...???

Tak hairan jugak kalau Kerajaan BN Kedah dulu dapat setakat RM9 juta - RM10 juta saja. Kerajaan BN dulu kawal ketat pembalakan kat Kedah. Hutan Simpan kagt Kedah perlu diperlihara. Tapi tangan-tangan puak-puak PAS begitu rakus menjahanamkannya..!!!

Azizan tak peduli pencemaran, hilang potensi pelancongan, haiwan liar hilang habitat dan masuk ganggu kawasan rumah orang kampung, musnahkan kawasan tadahan air bersih penduduk kampung dan mini-hidro, jejas pendapatan hasil hutan dan bagi projek balak kat bukan bumiputera.

Aku desak perkara ni dibawa ke sidang DUN. Azizan perlu jawab semua persoalan ni. Dia perlu bertanggungjawab dan jelaskan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan terbabit. Azizan perlu buat kerja cara Islam..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!