Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 16, 2012

TERJAH BALAK AZIZAN DI BALING: EPISOD I - LATA CHELAK...

Hak milik Azizan & co..???
Baru-baru ni aku berpeluang untuk ke Baling untuk "melawat" projek balak "Azizan Razak" di Gunung Inas bersama beberapa orang rakan. Aku disambut oleh rakan, Kamera Kupang, yang janji nak bawa aku terjah kawasan balak Azizan tu...

Aku bagitau dia, masa aku nak ke Baling, aku berselisih dengan beberapa lori balak. Haaa..tu diaaaa.. Azizan punya la tuuuu..heh!

Yang balak kecik macam ni pun Azizan sebat..???
Tengahari tu...aku dibawa ke Lata Chelak. Aku dok bayangkan Lata Chelak tu macam Lata Bayu atau Lata Bukit Hijau laa..airnya sejukkkk...jernihhh...dengan kehijauan flora dan fauna yang mengkagumkan...heh! Cuma..aku tak bawak seluar extra..kalau tidak..boleh la aku berendam..!!!

Tapi bila sampai di Lata Chelak, aku tengok airnya pun aku dah geleng kepala. Keruhhhh..!!! Macam air teh ais! Heh! Member aku dari Kedahan69ers pun setuju! Potong stim betoi...! Sampah pun bertabur..

Lata Chelak..dah jadi Lata " Teh Ais & Sampah"..?

Air keruhhhhh...sikit lagi jadi macam air Sungai Klang laaa....
 Kami berhenti kat sebuah kedai makan kat Lata Chelak. Kedai tu nampak usang. Kata Sarjan Kamal yang bawak kami tu, kedai makan tu dah lama tutup. Ye laaa...dah takdak orang mai berkelah kat situ.. mana la tuan kedai tu tahan..tutup kedai laaa...

Kedai makan ni terpaksa ditutup dipercayai akibat disabotaj Azizan Razak...

Menurut Sarjan Kamal, kawasan Lata Chelak di dulu tiap-tiap hari ramai orang mai berkelah. Tak pernah tak dak orang. Kadang-kadang, ramai jugak yang mai camping kat situ dua tiga hari. Tapi tu beberapa bulan dulu laaa..sekarang ni dah takdak orang mai dahhhh..

Huuiiii...geram betoi laaa...sayangnya airnya keruh dan tercemar...ni semua kerja Azizan..!!!
Kalau tengok kawasan berkelah Lata Chelak tu, memang menarik! Kamera Kupang kata, dia dulu selalu mai mandi dan lepak kat situ dengan family dan kawan-kawan dia. 

Tapi semua tu dah berlalu...dah berlalu sejak air kat situ dah bertukar jadi "teh ais"...sikit hari lagi terus jadi "teh ais sungai Klang" kat KL tu...heh!

Sarjan Kamal kata, air Lata Chelak tu jadi keruh dan tercemar disebabkan aktiviti balak di Gunung Inas, punca air terjun Lata Chelak tu. Disebabkan aktiviti pembalakan kat situ.. maka Lata Chelak jadi macam tu..habis jahanam tak menarik lagi...

Kalau aktiviti balak tu stop..apakah air Lata Chelak ni akan kembali jernih..?
Aku tertanya-tanya, apakah pasal hasil balak yang berjuta-juta tu maka Azizan sanggup gadaikan keindahan alam semulajadi dan rosakkan lokasi pelancongan tu?

Aku jadi panasss..! Geram. Tak sabar aku nak masuk kawasan "store balak" Azizan Razak... Dan aku meneruskan perjalanan ke kawasan "hot spot" itu...

Apa yang aku temui di kawasan balak tu..? Nantikan cerita aku selanjutnya selepas ini...

1 comment:

Johan said...

Kenapa pulak mesti marah kepada Azizan? Bukankah masa zaman UMNO pun sama juga? Azizan semangnya nakkan balak itu bertukar tangan sahaja... bukan untuk dirinya tetapi untuk rakan-rakannya.... towkey balak kawannyakan ramai... Tentang sungai itu menjadi keruh tak kan nak salahkan Azizan... nak sungai bersih bolehlah kat resort...kenalah bayar....nak minum air keruh tanggung sendirilah... Azizan taklah boleh dipersalahkan...kerana yang bersalah dalam kes ini adalah UMNO..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!