Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 20, 2012

TERGEMPARRR..!!! MUFTI TAMPAR MUKA DEWAN ULAMA PAS...???!!!

MARAH kepada Mufti Perak, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ibrahim Zakaria secara emosi meminta agar Tan Sri Harussani Zakaria untuk kembali kepada tugas Mufti untuk menasihati kerajaan negeri dalam hal ehwal mengenai agama Islam.

Ibrahim turut mendakwa bahawa barisan Majlis Syura Ulama PAS adalah setaraf dengan barisan para Mufti yang dilantik oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu di setiap negeri.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS itu juga marah kepada Mufti Perak kerana mendakwa perjuangan parti yang dicintainya itu, kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan Agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Dia turut mempertikaikan penggunaan kalimah “Islam” pada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam di peringkat negeri ekoran kenyataan Tan Sri Harussani yang meminta agar penggunaan perkataan “Islam” pada parti PAS dikaji semula kewajarannya.

Persoalannya, salahkah apa yang didakwa oleh Tan Sri Harussani itu? Apakah seorang mufti bagi sesebuah kerajaan tidak boleh menasihati, menegur atau menyeru umat Islam untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar?

Dan yang paling disangsikan, apakah benar Majlis Syura Ulama PAS adalah setaraf dengan barisan mufti yang dilantik? Paling menarik, apakah wajar sebuah parti politik menggunakan nama “Islam” di negara ini?

Memang benar bahawa tugas-tugas seorang mufti ialah menasihati kerajaan. Dan di dalam peranan tersebut, Tan Sri Harussani tidak pernah gagal menasihati kerajaan dan para pemimpinnya.

Tan Sri Harussani bukan hanya dikenali sebagai mufti “biasa”. Sebelum ini, beliau beberapa kali telah menegur pihak kerajaan dengan pelbagai isu termasuk isu murtad, hukum dan macam-macam lagi.

Menariknya, teguran beliau disambut baik oleh kerajaan dan beliau serta para jemaah Majlis Fatwa membincangkan isu-isu berbangkit dengan baik, sekaligus mencapai kata sepakat yang berpihak kepada Islam.

Harussani tahu tatasusila dan adab menegur kerajaan dengan cara yang berhikmah dan kena dengan caranya. Berbanding PAS, parti itu kononnya berniat menyeru ke arah Islam, tapi lebih berminat untuk memperlekeh, memburuk-burukkan umarak dan memberi teguran yang “meruntuhkan”, bukan membina!

Teguran yang dibuat oleh para Mufti jelas menunjukkan bahawa mereka menggunakan uslub terbaik mengikut apa yang dianjurkan Islam. Manakala PAS pula lebih kepada amarah dari Syaitan, berkiblatkan nafsu serakah politik dan berniat menjatuhkan saudara seagamanya.

Akhlak dan tindakan siapa yang lebih Islamik? Para Mufti atau PAS? Atau Ibrahim hanya mahu para Mufti menguruskan hal ehwal nikah kahwin dan zakat sahaja seperti Tok Kadhi? Salahkah seorang mufti menegur umat Islam yang dilihat melampau dan keluar dari batas-batas Islam?

Rasanya, ekoran perbezaan akhlak mahmudah yang dimiliki oleh para Mufti, berbanding akhlak mazmumah yang berpaksikan nafsu politik dan gila kuasa “ulama us-suuuk”, ia membuktikan bahawa taraf para Mufti jauh lebih tinggi berbanding Majlis Syura Ulama PAS.

Apalah gunanya jika ilmu sama tinggi, tapi mempergunakannya untuk perkara-perkara yang mengkhianati Islam dan menggalakkan pepecahan umat Islam di negara ini hanya kerana POLITIK?

Tiada salahnya meletakkan nama “Islam” pada JAKIM ataupun Jabatan Agama Islam Negeri memandangkan ia adalah tertakluk di bawah kuasa DYMM Yang DiPertuan Agong. 

Malah, ijtihad mahupun syura mereka lebih muktabar berbanding “ulama politik” yang hanya berfatwa demi kuasa!

Apakah JAKIM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa “Allah menggalakkan umat Islam mencarut”, “Allah samseng” dan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar?

JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri tidak berkepentingan politik, mereka hanya memperjuangkan Islam dan semata-mata agama Allah itu mengikut muamalah Islam yang sebenar. 

Kalau benar ada fatwa JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam salah, sila kemukakan dan bahas secara ilmiah tanpa kepentingan politik. Susah sangatkah PAS untuk berbuat demikian?

Sebenarnya, jika Tan Sri Harussani mendakwa perkara yang negatif mengenai “sindrom PAS” yang terkini, sudah tentu ada yang tidak kena mengenai PAS. Dulu, Mufti Perak itu tidak pernah mendakwa sedemikian mengenai PAS dan mengapa baru kini beliau menegur?

Kalau susah nak menerima teguran atau nasihat dari ulama muktabar, payah lah begitu. Takkanlah PAS semuanya betul dan benar-benar belaka? Para pemimpin dan Majlis Syura Ulama PAS itu malaikat dari syurga mana? Allah SWT utuskan “para malaikat” yang “maksum” untuk menubuhkan PAS, kah?

Hebat sangatkah Ibrahim berhujah mengenai fatwa, ijtihad peribadi dan memperjuangkan Islam di negara ini? Kalau benar hebat, mengapa diam bila Khalid Samad membenarkan kuffar di negara ini menggunakan kalimah “Allah”?

Mengapa Ibrahim membisu bila Ambiga mempromosi LGBT dan mengapa pula menyokong wanita biadap itu menuntut 14 perkara yang mengancam Islam di negara ini? Mengapa pula Majlis Syura PAS tunduk pada kafir harbi dan agen Yahudi?

Akuilah PAS sudah menyeleweng dari perjuangan dasarnya. Rasanya, kalau Allahyarham Yusuf Rawa dan Fadhil Noor kembali bernyawa, sudah ditamparnya Nik Aziz, Hadi dan Mat Sabu sampai berbuih mulut mereka…

Sumber: Perak Today

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah, Ya Tuhan, apa dah jadi dengan mamat ni. Tahu kah dia apa yang dia katakana itu? Nik Aziz mintak perkataan Islam digunapakai menggantikan kebangsaan, tapi mamat ni pulak mintak perkataan Islam digugurkan pada JAKIM. Tahu kah mamat ni tugas dan tanggungjawab seorang mufti? Jikalau salah dari segi hukum tak boleh nak tegur nak buat macamana lagi?

- barisan Majlis Syura Ulama PAS adalah setaraf dengan barisan para Mufti yang dilantik oleh DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu di setiap negeri.

Siapa cakap melainkan pengikut pengikut yang berfikiran tidak waras sahaja yang menganggapkanya. Fatwa fatwa yang majlis syura keluarkan adalah berdasarkan kepada nafsu dan kepentingan. Moto parti saperti “undi Pas masuk syurga” itu ada kah benar? Orang orang Melayu yang dah layu macam si mamat ni mungkin percaya, tetapi orang orang Cina dan India, aku tidak fikir percaya. Mereka mungkin “mengundi” Pas tapi bukan hendakkan syurga tapi hendakkan DAP berkuasa. Mereka tidak sebodoh orang orang Melayu yang PAS fikirkan.

Penggunaan perkataan Islam semangnya berpatutan dan rasanya pemimpin, pengikut atau segala apa yang ada hubung kait dengan PAS tidak perlu dilayan lagi. Mereka hanya pandai memutarbelitkn fakta yang memberikan ruang seluas luasnya untuk kaum bukan Islam memperlekehkan agama yang suci ini. Seolah olahnya sudah ada anutan yang baharu yang berselindung dibelakang Islam bagi menghancurkan agama yang diredha ini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!